Saturday, 15 December 2012

- Marry Your Daughter 11 -

MYD 11 - Ayumi punya version.




SAMPAI di rumah, AR terus masuk ke dalam. Penat yang amat tapi dia tetap bawa langkah masuk ke dapur. Ibu sedang memasukkan barang-barang dari plastik ke dalam peti sejuk dan kabinet dapur. AR mendekati seraya menghulur tangan untuk bersalam.
            “Baru balik?”
            AR angguk. “Ibu nak buat apa barang banyak-banyak ni?”
            “Abah Ad nak buat jamuan sikit katanya. Jamuan ringan sekali dengan panggil orang datang buat solat hajat kat rumah kita ni. Dia cakap nak jemput kawan-kawan tentera dia tu. Ni barang-barang ibu beli nak masak untuk jamuan tulah,” jelas Puan Masitah.
            “Ohh...” AR terangguk-angguk. Memang tak peliklah kalau abah yang plan nak buat jamuan tu. Memang biasanya sekali setahun, wajib untuk abah buat solat hajat berjemaah kat rumah ni. Tapi biasanya jemput saudara-mara terdekat dan juga jemaah masjid, mungkin tahun ini berlainan sikit sebab Encik Hamid jemput sekali rakan-rakan tenteranya. Agak-agak, Iadid ada tak?
            Okey, lupakan.
            “Ad dah solat Asar?” Puan Masitah bertanya sambil menoleh ke arah anak gadisnya itu.
            AR menggeleng. Riak mukanya nampak penat.
            “Pergi mandi, lepas tu solat. Nanti turun bawah tolong ibu masak untuk makan malam ni,” suruh Puan Masitah. Tangannya mencapai kuali yang tersangkut di tepi singki.
            AR mengangguk. Terus dia berlalu naik ke tingkat atas. Masuk ke bilik, telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan sambil duduk di atas katil. 20 missed calls daripada Iadid. AR hembus nafas panjang. Dari pagi tadi, tak berhenti-henti Iadid telefon dia. Dalam sejam, mesti ada dua atau tiga kali Iadid telefon. Pelik sungguh, tak kerja ke mamat tu? Agaknya hari ni free kut, itu yang terlebih rajin asyik telefon aje kerjanya. AR tak pula matikan telefon bimbit, tapi memilih untuk silentkan telefon bimbitnya tu. Saja nak mendera Iadid.
            Kejam? Mungkin. AR angkat bahu sebelum bangkit menuju ke bilik mandi.


BERKALI-KALI tudung di kepala dibetulkan, tetap tak menjadi juga. AR merengus geram. Apalah susah sangat nak pakai tudung ni? Bukanlah dia tak pernah pakai tudung langsung. Pernah masa sekolah dulu tapi tak tahu kenapa kali ni susah sangat. Agaknya sebab dah lama tak pakai kut?
            Sedang terkial-kial mengemaskan pin pada tudungnya, pintu bilik terkuak. AR menoleh ke muka pintu. Ibu masuk dengan senyuman manis.
            “Dah siap ke? Tetamu dah ada yang datang tu. Nanti tolong ibu hidangkan makanan atas meja,” kata Puan Masitah sambil menghampiri anak gadisnya itu.
            “Belumlah, bu. Susah sangat nak pakai tudung ni. Kalau macam ni Ad tak payah pakai tudunglah!” rungut AR geram.
            “Eh, kenapa cakap macam tu? Tak elok, Ad...” tegur Puan Masitah. Tudung yang masih terletak di atas kepala AR dipegang. Kemudian dibetulkan perlahan-lahan sambil berkata, “Ibu suka tengok Ad pakai tudung. Cantik...”
            AR diam. Hanya menunggu sampai ibu selesai memakaikan tudung untuknya.
            “Ad tahu tak, bertudung tu wajib?” Perlahan Puan Masitah bertanya. Nadanya lembut sekali.
            AR masih tetap diam. Matanya terkebil-kebil merenung ibu.
            “Dulu masa Ad sekolah lagi, ibu dah pernah pesan, jangan buka aurat walau apa pun yang jadi. Tapi mungkin Ad lupa pesanan ibu. Tak apa, ibu tak salahkan Ad. Mungkin salah ibu sebab tak tegas tegur Ad sejak mula lagi...”
            AR terus diam mendengar. Anak matanya kini jatuh merenung lantai.
            “Ad nak dengar satu cerita?” tanya Puan Masitah. Tangannya masih membetul-betulkan tudung di kepala AR.
            AR tak menjawab.
            “Pada satu hari, ada seorang pelajar perempuan datang lambat ke kelas. Pensyarah dia tak bagi dia masuk kelas sebab memang dah tertulis dalam undang-undang, pelajar yang datang lambat tak dibenarkan masuk kelas. Pelajar tu marah-marah dengan pensyarah tu sebab tak patut dia tak dibenarkan masuk. Dia cakap, dia bayar yuran mahal-mahal untuk datang belajar tapi kenapa dia tak dibenarkan masuk? Ad tahu pensyarah tu jawab apa?”
            AR menggeleng.
            “Pensyarah tu cakap, kalau tak nak ikut undang-undang, berhenti belajar di kolej tu dan cari kolej lain yang tak ada undang-undang. Dengan cara tu, pelajar tu boleh buat apa aje yang dia suka, tak payah takut kalau ada orang lain marah. Hidup sendiri, tak ada orang peduli, kan ke macam tu lagi senang?”
            AR masih tekun mendengar.
            “Samalah juga dengan Islam. Allah dah tetapkan undang-undang untuk kita ikut. Kalau Dia kata kita wajib tutup aurat, maknanya kita wajib tutup walau apa pun yang jadi. Kalau kita tak nak ikut suruhan Dia, baiklah kita cari dunia yang tak ada Tuhan, tak ada Pencipta dan hidup untuk diri kita sendiri aje. Ad nak tak hidup tanpa Tuhan? Tanpa ada orang yang perhatikan kita siang malam? Yang kabulkan doa kita? Yang beri apa saja yang kita minta tanpa ada hadnya?”
            AR menunduk. Kolam matanya berkaca tiba-tiba. Betapa selama ini dia memandang ringan soal aurat seorang Muslimah. Ya Allah, kenapa aku jadi begini? Di mana ajaran ibu selama ini? Kenapa aku alpa dengan semuanya?
            Puan Masitah mengemaskan pin pada tudung AR. Sempurna. “Dah, cantik anak ibu pakai tudung,” pujinya.
            AR masih tak menjawab. Spontan dia memeluk ibu erat-erat.
            Puan Masitah tersenyum. Moga-moga terkesan di hati AR apa yang telah diberitahunya tadi. “Nanti turun ya, kita solat isyak dan hajat sama-sama kat bawah, lepas tu tolong ibu hidang makanan,” pesannya sebelum berlalu keluar.
            AR pandang wajahnya di cermin. Ciptaan Allah itu semuanya cantik. Tapi pasti lebih cantik andainya ciptaannya itu ditutupi dan dilindungi hanya untuk tatapan yang halal sahaja. AR menyapu air jernih di birai matanya.


SUNGGUH AR tak tahu-menahu Iadid yang akan jadi imam malam itu. Di ruang tamu yang sudah dikosongkan, para jemaah mendirikan saf. Jemaah lelaki di bahagian depan, jemaah perempuan di bahagian belakang dengan dipisahkan dalam beberapa jarak.
Ketika terdengar suara lelaki itu melaungkan azan isyak, hati AR tersentuh. Dalamnya terasa. Apatah lagi ketika Iadid melaungkan bacaan surah-surah di dalam solat. Sambil berusaha untuk khusyuk dalam setiap rakaat yang dilakukan, AR tak dapat menafikan perasaannya malam itu. Lain daripada biasa. Sungguh. Tak pernah dia merasakan perasaan itu sebelum ini. Hati yang keras bagaikan mencair dengan sendirinya, hanya dengan mendengar alunan suara Iadid melagukan ayat-ayat suci Al-Quran.
Selesai solat isyak dan juga solat hajat, AR menyambut huluran tangan para jemaah wanita. Kemudian cepat-cepat dia membawa diri naik ke tingkat atas. Di dalam bilik, duduk bersendirian di atas katil, otaknya masih belum mampu berhenti berfikir tentang Iadid.
Kenapa selama ini dia perlu menilai Iadid dari segi kasih sayang yang terbahagi buat dia dan Fitri sedangkan iman di hati lelaki itu lebih penting? Kenapa perlu dia pertikaikan masa silam Iadid sedangkan lelaki itu sudah berubah ke arah yang lebih baik sekarang? Kenapa perlu dia memandang Iadid melalui kisah cinta lamanya berbanding cintanya yang lebih kuat dan utuh untuk Dia Yang Maha Esa?
Tak sempat ditahan, setitis demi setitis air matanya gugur ke pipi. Ya, Adnin Rania anak Encik Hamid yang selama ini tak suka menangis, degil, nampak aje manja tapi hati keras yang amat, menitiskan air mata. Bukan kerana seorang lelaki, tetapi kerana penyesalan. Penyesalan kerana melebihkan sesuatu yang tidak penting daripada yang telah Allah syariatkan dalam memilih pasangan hidup.
Ya Allah...


PINGGAN-PINGGAN yang sudah siap dibasuh diambil dan dilap satu-persatu dengan kain di tangan. Ramai rakan-rakan sekerja Encik Hamid yang datang malam ini tapi tak semua dapat hadir sebab terikat dengan jadual kerja. Nun di depan pintu, Iadid sedang berbual dengan Encik Hamid. AR sedar berkali-kali anak mata lelaki itu singgah di wajahnya tapi dia buat-buat tak tahu aje. Cool, Ad... cool...
            Nampak cool, sedangkan di hati Allah aje yang tahu. Kalau ikut hati, nak aje dia pergi jumpa Iadid dan bagitahu, “Iadid Arsyad, saya dah maafkan awak. Jom kita kahwin?”
            Itu kerja gila. AR geleng kepala laju-laju.
            “Kenapa, Ad?”
            Sapaan itu memeranjatkan AR. Mujur tak terlepas pinggan kaca di tangan. “Ya, abah. Eh, apa abah cakap?” Gelabah.
            Encik Hamid simpan senyum. “Iadid nak jumpa Ad kejap. Ada benda dia nak cakap dengan Ad.”
            Eh? Baru aje terfikir nak jumpa mamat tu face to face malam ni, dia dah mula dulu. Berani betul minta izin abah. Dan semudah itu abah izinkan?
            “Kejap aje, jangan lama-lama. Abah tengok dari sini,” tambah Encik Hamid.
            AR angguk. Abah tetap abah. Pinggan di tangan diletakkan di atas meja. Kemudian perlahan-lahan dihampiri Iadid yang masih setia menunggu di tepi pintu rumah. “Ehem.” Deham sekali. AR buat-buat muka tak ada perasaan. Sesekali tangannya membetulkan tudung walhal tak ada cacat celanya langsung.
            Encik Hamid ambil alih tugas AR mengelap pinggan sambil anak matanya tak lepas-lepas memerhatikan anak gadisnya itu dengan Iadid.
            “Ehem...” Iadid juga pura-pura berdeham. Tiba-tiba jadi kekok. Tadi bukan main confident lagi, siap mintak Encik Hamid jadi orang tengah. Agaknya sebab AR cantik sangat kut malam ni?
            “Cantik awak pakai tudung.” Terlepas pujian itu dari bibir Iadid. Dikerling wajah AR dengan ekor mata.
            Kembang hati AR mendengar pujian itu. Walaupun muka Iadid tak dipandang, tapi dia tahu lelaki itu ikhlas hanya dengan mendengar nada suaranya.
            “Ad...” panggil Iadid perlahan.
            AR pandang luar rumah.
            “Saya tahu awak masih marah saya pasal hal tu. Saya...” Iadid tunduk bawah.
            AR diam menanti kata-kata seterusnya. Memang hati dia dah makin cair, tapi malu nak tunjuk direct depan Iadid.
            “Saya mintak maaf lagi sekali. Saya memang tak berniat nak tipu awak. Kisah silam saya, kisah cinta lama saya, saya tak nak kenang lagi. Itu semua cerita lama. Saya tak ceritakan pada awak sebab saya nekad nak mulakan kisah baru dengan awak. Kisah cuma ada awak dan saya.” Tenang Iadid menyusun kata. Tapi AR tak tahu dah sehari suntuk hari ni dia menghafal ayat-ayat tu. Bukan sekadar nak ambil hati, tapi memang ikhlas dari lubuk jiwa.
            Sekali lagi hati AR rasa pilu. Kenapa cepat sangat dia tersentuh malam ni? Pertama, masa dengar nasihat ibu. Kedua, masa solat dan Iadid jadi imam. Ketiga, waktu ini, situasi ini, berdepan dengan Iadid yang tiba-tiba bertukar jadi mat jiwang. Tapi AR suka. Eh eh...
            “Mungkin awak takkan faham apa yang saya rasa. Tapi Ad... saya janji, saya takkan berhenti sampai awak maafkan saya. Fitri masa silam saya dan awak masa depan saya.”
            Okey, air mata dah nak jatuh. Cepat-cepat AR pusingkan tubuh menghadap pintu sambil tangan kiri mengesat air itu. Tak mau Iadid nampak. Touching woo...
            Iadid tak cakap apa-apa lagi. Dia berlalu mendapatkan Encik Hamid. Selepas menyalami orang tua itu, dia terus meminta diri untuk pulang. Ketika berselisih dengan AR di muka pintu rumah, hanya senyuman manis dihulurkan buat gadis itu.
            Hati AR tersentuh lagi. Ditahan sekuat hati untuk tak menangis. Tidak di depan abah, apatah lagi di depan Iadid.
            Di dalam kereta, Iadid memandu sambil berkhayal melayan lagu yang diputarkan di corong radio.

Aku bertahan di sisimu demi cinta
Takkan kutinggalkan dirimu kerana cinta
Tak mudah untuk dimengerti
Dan mungkin memang tak perlu dimengerti...

            ‘Fitri masa silam, AR masa depan,’ bisik hati Iadid.


***********************************************

Okeh! Akhirnya berjaya jugak daku menyambung MYD ni. Thanks a lot untuk Kak Yus sebab dah susah2 bukak ruang untuk saya sambung cerita ni. And finally, dah terpost di sini dengan selamat. Hope uolls suka dengan entri ni. Ni aje yang termampu, harapnya semua puas hati. Nak lebih lagi, mintak dengan Cik Moon.

Okey Moon, dah tak susah sangat ni kot. KOT laa kan. Good luck untuk MYD 12! :)

~bersambung~


Tuesday, 11 December 2012

Marry Your Daughter ~ 10




Pening!  Pening! 

Kalau perempuan lain mungkin senang sikit nak pujuk, hantar je bunga dua tiga lori, dua tiga hari tunggu depan pintu pagar mesti dah hancur luluh meleleh-leleh hatinya.  Tak pun, basking je dengan gitar tong nyanyi lagu jiwang-jiwang karat dapat empat lima hari, mesti tak sempat nak kata sorry pun mesti dulu-dulu dah senyum empat lima depa tapi apabila kena kat anak Encik Hamid ni.. hadoilah, bukan takat bunga dua tiga lori, kalau hantar pakai Airbus MAS tu tiga empat buah pun tak tentu lagi dia nak tunjuk muka apatah nak kata, it’s okay, I understand why you did that. 

Huh, susah betul nak pujuk perempuan seorang ni.  Orang kata, lagi susah lagi thrill kan.  Eh, iya ke?  Lagi haru adalah, suku lagi nak sasau ada duk memikir macam mana nak cari jalan untuk pujuk semula hati si Adnin Rania tu. 

Adnin Rania.  Adnin Rania.  Adnin Rania.  Adnin Rania. 

Dah penuh kertas A4 diconteng dengan nama perempuan tu.  Bukan setakat atas kertas A4 tu je, kat dada, kat hati, kat kepala malah kat semua tempat hak milik peribadi Iadid dah penuh dengan nama Adnin Rania.  Gila.  

Salah aku jugakan.  Siapa yang suruh tak cerita semuanya awal-awal.  Iyalah, tapi aku rasa macam tak penting je nak ceritakan kisah silam yang dah aku simpan dalam lipatan diari semalam.  Memang tak akan berganti kasih pada arwah Fitri.  Kasih pada arwah Fitri tak pernah akan sama dengan kasih pada Adnin Rania.  Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza dan nilai cinta yang berbeza juga.  Tak adillah kalau AR nak samakan rasa kasih aku pada dia dengan kasih aku pada Fitri.  Tak pernah akan sama.  Tak boleh nak bandingkan kasih sayang kedua-duanya.  Tak ada tandingan dan darjah ukuran.  Dua-duanya berbeza.  Kalau aku boleh terangkan satu persatu dah tentu aku terangkan bulat-bulat tapi perasaan ni bukan boleh ditunjukkan dengan kata-kata.  Sekadar meluahkan rasa kasih dan sayang tu bolehlah, itu pun bukan macam nak baca A, B, C.  Iadid dah mula berperang dengan perasaan sendiri, sudah mula pandai berkata-kata sendirian.

Bosan dengan aktiviti menconteng nama Adnin Rania di atas kertas A4 yang sepatutnya dipenuhi dengan nota-nota tugasan yang perlu dilakukan, sudahnya Iadid  beralih kepada lappy yang terletak di atas katil.  Masih terpasang fb yang dibiarkan hampir dua jam tanpa log out itu.  Tiba-tiba dia terpandang notification yang masuk.

‘AR posted in Luahan Kasih…Belaian Jiwa’

Hah, online rupanya anak gadis Encik Hamid ni.  Serentak itu juga Iadid tersenyum kerana di fikirannya kini ada sesuatu yang perlu dilakukan.  Walau pun tak terpujuk, tetapi sekurang-kurangnya ini langkah pertama bagi perjuangan yang harus diharunginya.

Lincah jari jemari panjang Iadid menaip sesuatu.

“DJ Iskandar Basha, tolong putarkan lagu Relaku Pujuk, Spider.  Ditujukan khas untuk AR”

Iadid yakin benar DJ Iskandar Basha di Soulfm akan putarkan lagu permintaannya dan dia benar-benar confident yang Adnin Rania pasti akan mendengarnya serta membaca postingnya di ruang group Luahan Kasih… Belaian Jiwa itu.  Hmm.. DJ tu kawan baik Iadid sebenarnya, satu sekolah masa di sekolah menengah dulu.  Iadid memang tahu sangat AR selalu mendengar Soulfm tu.  Mana tidaknya, Imanina a.k.a informer tak rasminya tu selalu sangat melaporkan aktiviti AR yang satu tu. 

Tidak sampai lima minit, kedengaran suara Tam Spider di corong speaker lappy Iadid.  Cun.  Mesti AR sedang mendengarnya.  Harap-harap gadis tu fahamlah perasaan hatinya saat ini.


Ku dikejar bayang bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya
Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku...


************************************

Mata AR tertumpa pada posting yang tertera di wall group itu.  Hish, biar betul mamat ni.  Alunan lagu nyanyian Tam Spider memenuhi ruang kamar beradunya.  Suasana suram membawa AR hanyut dalam perasaannya sendiri.  Posisi duduknya sudah mula bertukar.  Kepala diletakkan perlahan ke atas bantal bersampul putih bersih berbunga kecil.

Putih.  Bersih.  Begitu jugalah dengan sebuah hubungan hati baginya.  Perlu suci dan murni.  Perlu dimulakan dengan kejujuran dan keikhlasan.  Salahkah apa yang dia lakukan? 

Kadang-kadang rasa cemburu pun ada juga apabila memikirkan apakah pandangan redup yang sering dihadiahkan untuknya itu turut pernah dihadiahkan kepada arwah Fitri.  Hish, gila …

Memang gila pun kalau orang tahu dia cemburu pada orang yang telah tiada.  Namun cemburu yang mencengkam ini bukan cemburu sembarangan.  Cemburu kerana sayang.  Hah, sah dan tepat sekali, memang Adnin Rania telah mula jatuh sayang pada Iadid, mamat airforce yang asyik duk merasuk fikiran dia siang dan malam tu. 

Memang tak dinafikan, semua rakan-rakan sedia maklum akan perangainya yang sentiasa mahu menjadi nombor satu dalam hati insan yang bakal memilikinya.  Namun itu tak bermakna dia akan menolak takdir yang telah ditulis untuknya.  Cuma, dia terkilan.  Amat!  AR merasakan perlu untuk Iadid menjelaskan tentang masa silamnya sebelum mereka memulakan perhubungan.  Sebuah perhubungan yang mempunyai banyak lorong dan ruang rahsia sukar untuk bertahan lama.  Apabila sedikit demi sedikit kisah silam terbongkar, takut-takut ia mampu merentap tangkai hati sehingga mengorbankan masa depan. 

Bibirnya bergerak-gerak mengikut rentak dan lirik lagu Relaku Pujuk tanpa henti.  Memang berhantu pun lagu ni.

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk


AR tersenyum sendiri.  Hmmmm… sanggup ke mamat airforce tu nak pujuk aku.  Ingat senang ke?  Heh, setakat lagu Tam Spider ni belum cair lagi.  Dalam diam, AR akui, dia bukan tak tersentuh dengan langkah pertama Iadid tu.

Sebenarnya bukan dia betul-betul marah pun cuma rasa macam nak ajar kat mamat tu je.  Biar dia rasa gelabah tak hengat.  Ingat senang nak pujuk Adnin Rania.  Hambik kau!  Senyuman AR semakin melebar.  Dia akan terus mendiamkan diri dan melihat sejauh mana langkah Iadid dalam memujuk hatinya.  Kalau Iadid benar-benar ikhlas untuk menerima dirinya, tentu mamat airforce tu akan timbul dengan bermacam-macam cara. 

Kalau nak seribu daya.  Kalau dah jodoh, tak ke mana!  


*****************************************************

Psstttttt... oleh kerana Ayumi sibuk dengan assignments dan studies beliau sekarang ni, Kak Yus ambil dululah baton ni ye.. Maaf juga sebab ambil masa yang sangat lama nak hapdet blog ni.. harap anda semua tak jemu menanti.. Mohon kak yus maaf utk ketidaksempurnaan entry ni.. Terima kasih.


Saturday, 13 October 2012

Marry You Daughter 9 # by Rinsya

Versi RinsyaRyc@ Aireen Aryana tulis;; Enjoy yahhh!  XoXo!



BAB 9

IADIDAKAN couple with this cutie and sweety Ad. Got it? AR yang confess, bukan Yadidyadad kita tahu? AR kata;;

“Saya tak peduli siapa ‘someone’ awak tu, Iadid because I really need to tell you this. I…I’m starting to love you, Iadid and ‘Ad’ yang saya cakap tadi tu adalah awak. Iadid Arsyad.  Arsyad, Ad… Saya…” 

Kind of cheesy wedges right? Terasa nak euww diri sendiri pun ada.Di manakah AR mendapat kekuatan sebegitu sekali siap pandang mata Iadid penuh manja tambah menggoda itu?Hati Iadid bergetar tahu?

Okey, tolak cerita couple-to-be sebab Iadid kata malam ni nak jumpa bakal pak mentua minta kebenaran couple (Iadid punya konfiden gila tahap tingkat teratas sedangkan AR langsung tak konfiden), sekarang ni better fikir fasal bagaimana hendak memenangi hati ayahanda terchenta untuk memberi kebenaran anak dara dia seorang bercouple. Pehh. Gila susah. Hampir tercabut lutut AR sebabnya dari tadi dia nampak misai Tuan Hamid agak terlebih panjang hari ini.

Satu petang AR bertungkus lumus di dapur untuk memasak hidangan istimewa makan-malam. Siap bodek sang abah tolong ironkan seragam seminggu (selama ni punya payah bila disuruh iron baju), buatkan kopi special punya kaww-kaww  (selama ni tolong hidang je), tolong abah basuh dan mandikan kereta (satu jam duk service dari dalam hingga keluar Waja putih abah), dan yang paling highlight sekali, urutkan kaki abah sedangkan selama ni bila disuruh urut terus AR mencicit lari.

Naik hairan Encik Hamid siap garu kepala melihat kerajinan tahap melampau AR.

“AD, come here…” panggil Encik Hamid lembut selepas AR siap menyusun pinggan-mangkuk di atas meja makan. AR menoleh sekilas.

“Yes papa...?” AR melangkah menghampiri Encik Hamid dengan lenggok manja. Mana pernah AR nak terlenggok-lenggok macam ni, special edition punyala. Sehari ni je boleh tengok, hari lain harap maaf.

“AR abah ni ada buat salah ke?”

Apa pulak?

AR terus naikkan kepala. Excuse me, buat baik sikit pun terus kena tuduh ada buat salah?

“Okey, kalau dah Ad buat muka macam ni padaabah, tandanya Ad tak de buat salah.”Encik Hamid tersenyum lucu.AR terus tarik muka lega.

“AR nak cakap something pada abah?Atau nak minta sesuatu pada abah?”

Gotcha! Muka AR jadi merah menyala.Malu satt terus terbayang wajah Iadid terchenta di ruang mata. Habislahhhh….

“Takde la abah..Mana ada,” spontan bibir AR menjawab.Takkan la nak cakap, Ad dengan Iadid nak couple, boleh tak abah?Namati ke tak sayang nyawa namanya?

“Habis sejak bila Ad ada masa tolong abah mandikan Waja abah yang Ad kata buruk sangat tu?”

Sedar pun abah kereta dia buruk! AR hampir nak tersengih. Betullah tu…Waja tu dah buruk sangat tapi taknak beli kereta baru, padahal duit abah berlambak dalam bank.

“Saja, tiba-tiba mood rajin datang…” tak sempat AR habiskan ayat telefon bimbit abah berbunyi.

“Assalamualaikum?”
“Ohhh, Iadid.”

AR jegilkan mata. Bertuah punya pakwe, call abah tak kasi tau aku! Naik biru muka AR melihat abahnya menala mata ke wajahnya. I’m dead meat!

“Malam ni ya? Okey, datang aje, uncle ada kat rumah.”

Telefon di matikan dan abah pandang wajah Ad macam tengah cakap,  ‘Okay Ad, you need to explain everything to me…’ AR senyum segaris, tak mampu nak bersuara.

“Adnin Rania masak malam ni sebab tahu Iadid Arsyad datang ke?”
“Right…”

“Adnin kemas rumah, tolong abah basuh kereta, ironkan baju abah, sebab Arsyad makan malam di sini ye?”

AR tunduk lagi dan lagi.
“Right…”

“Adnin Rania suka Iadid Arsyad ke?”
“Right.”

“Right?” Am I dreaming? Adnin Rania mengaku suka anak teruna orang depan-depan abahnya ini? Encik Hamid bulatkan mata luas-luas, terkejut.

“Bukan Ad je yang suka Iadid, dia pun suka Ad jugak!”AR bela diri.

5 minit kemudian suasana jadi senyap.AR telan air liur saat abah tiba-tiba melangkah terus ke tingkat atas.Abah marah?

Di tangga tengah Encik Hamid kembali menoleh ke arah Adnin Rania.

“Abah tak kisah kalau Ad nakkan Iadid, dia lelaki yang baik.Ad tahu ke Iadid pernah bertunang?”

Pardon?

“Fitri meninggal dunia kerana brain tumor. Is it still okay for you? Sebab abah tahu Ad tak suka jadi yang kedua di dalam hidup lelaki yang Ad suka…”

AR ketap bibir.Iadid tak pernah cakap pun?!




SO NOW…

AR picit kepala kuat.Pelipis kening ditekan juga kuat.AR baru tahu ada Fitri di dalam hidup Iadid.AR pun baru tahu Iadid pernah bertunang, malah hampir berkahwin kalau tak disebabkan Fitri ada brain tumor.Astaghfirullah. Brain tumor, mesti sakit kan? Kasihan Fitri.

Dan AR baru menyedari bahawa perkenalan antara Iadid dan dirinya baru setahun jagung, baru menginjak angka beberapa bulan.Begitu mudah cinta ini bersemi.

Iadid pernah menyanyikan lagu Tong Hua untuk AR. Pernah tak dia menyanyikan lagu itu untuk Fitri?Lagu yang mampu menyentuh hati AR yang paling dalam, dan tidak mustahil turut menyentuh hati Fitri suatu ketika dulu.AR telan air liur kelat.Ala, orang dah tak ada… takkan nak ambil hati jugak kut Ad?

Tiba-tiba AR terasa tak nak dengar lagi lagu Alif Aziz yang sudah menjadi ringtone telefonnya sekarang.Apa barang dengar lagu yang Iadid dah pernah kasi pada perempuan lain kan? Nanti AR nak suruh Iadid belajar key lagu terbaharu, lagu Cukup Sudah khas buat dirinya seorang. Ehem, itu lagu putus cinta kalau tak salah…

“Iadid dah datang tu…”
Iadid dah datang?

AR pandang sekilas Iadid yang berdiri di muka pintu bersama Imanina dan tersenyum mesra kepadanya.AR mencebik, spontan.

AR buat muka kayu aje duduk di ruang tamu sambil menonton filem Kau Yang Terindah di TV3.Tawar hatinya menyambut kedatangan Iadid walhal tadi petang dialah yang paling berdebar di rumah itu menantikan hari menjelang malam.

Punya payah Iadid hendak berkomunikasi dengan AR sehingga terpaksa menjadikan Imanina perantaraan semasa makan malam.Encik Hamid yang melihat hampir tertawa.Anak dara dia buat hal, pandai-pandai Iadid hendak memujuk.Kalau betul Iadid serius, tentu AR cair juga dipujuk suatu hari nanti.AR tu bukan keras mana, ego aje lebih.

“Kak, abang tanya, sejak bila akak jadi ice princess.”

Terjungkit kening AR. Ice princess apa ke benda pulak dah?

“Akak tak tahu…” ringkas aje jawapan AR. Imanina pun dah naik pusing melihat keadaan di tengah-tengah meja makan ini. Abang tercinta dengan muka confuse, bakal kakak ipar masam sepuluh asam. Abang kata Adnin Rania dah setuju untuk menjadi kekasih Iadid Arsyad secara official, ini bermasam muka apa kes?

“Dia kata, ‘akak tak tahu’…” sampai Imanina kepada Iadid. Iadid dah naikkan muka pandang wajah AR. Ad, tolong pandang saya…

Tapi Ad langsung tak pandang Iadid.Sampai lepak di ruang tamu Ad tetap mengelak bertemu empat mata dengan Iadid.Dalam hati AR terasa sedih juga.Fitri pergi sebab meninggal dunia, jadi ada kemungkinan Iadid masih meletakkan perasaan sayangnya pada Fitri.Tak ke?

“Abang ni betul ke dah tanya betul-betul pada Kak Adnin?” bisik Imanina pada Iadid.

“Dah…”

“Habis? Dia macam tak suka aje abang datang?” soal Imanina straight to the point.Berubah wajah Iadid mendengarnya.

“Dia suka abanglah…” balas Iadid menekan suara.

“Betul ke?Kalau dia tak suka abang tiba-tiba macam mana?”

Eh budak ni nak kena ikat ke mulut dia? Iadid jegilkan mata. Geram kerana asyik di provoke oleh adik tersayang.

“Iadid, uncle ingat kamu nak cakap sesuatu datang ke rumah uncle ni?”tiba-tiba Encik Hamid bersuara. Yelah dari tadi duduk bersama tapi masing-masing membisu, hanya Imanina dan Iadid aje yang berbisik-bisik, tak manis pula kan? Tetamu kena dilayan baik-baik, nak harapkan Ad, jangan haraplah.Tengok muka dia yang masam tu Encik Hamid dah sah yang AR tengah marah pasal bekas tunangan Iadid.

Iadid berdehem kecil.Terasa serba-salah tiba-tiba. Yelah kedatangan dia pun sebab dia nak cakap pada Encik Hamid yang AR dan Iadid akan bercouple tapi melihat AR sekarang ni rasanya macam tak jadi je bercouple…

“Saya dah fikir masak-masak… Saya nak ambil Adnin Rania sebagai isteri saya, kalau uncle izinkan…” lembut Iadid bersuara.

“Tak nak!” tiba-tiba suara AR mencelah.Siap berpeluk tubuh dan merenung wajah Iadid sinis. Iadid separuh menggelabah menanggung kepala menghadap AR. Terkejut kerana AR tiba-tiba menolak dirinya sedangkan AR sendiri yang cakap, I’m starting to love you. Ke Iadid selama ini salah dengar?

“Tapi kita dah bincang pagi tadi… Dan awak setuju?” soal Iadid menala wajah AR tajam.

“Saya tak nak kahwin!” balas AR kuat.Iadid menahan hati, memalingkan muka ke sisi.Hati dah cukup pedih kerana penolakan AR satu hal, malu kepada Encik Hamid satu hal lagi.Sampai hati AR buat begini pada dirinya.

“Uncle, boleh tak saya bawa AR keluar sebentar?” Iadid tanya.

“Pergilah…” Encik Hamid memberi kebenaran.

“I’m not going anywhere!” AR terus berdiri, ingin menuju ke tingkat atas.Cepat-cepat Iadid menahannya.

“Don’t be childish, Ad… you know what I mean. Kita dah janji pagi tadi, takkan cepat sangat awak boleh terlupa janji kita?” Iadid tanya dengan suara meninggi. Siapa suruh AR mencabar dirinya, kan dah keluar suara naga? Tahu orang tu tentera, lagi nak acah-acah, kan? Sengaja mencari pasal.

AR tersentak.Terasa dirinya tercabar bila perkataan ‘childish’ keluar dari mulut Iadid. “So why don’t you tell me about your Fitri?!” tempelak AR geram.

Tercengang Iadid di situ. Fitri? Dari mana AR tahu pasal kewujudan Fitri Aiman?

“Your fiancĂ©, right?”

“Awak buat sikap macam ni sebab Fitri?” soal Iadid dengan nada perlahan.

AR tarik nafas dalam, cuba menenangkan diri sendiri sebelum kembali bersuara. “Kita, lebih baik kenal dahulu. I don’t want to be a silly girl. Couple tapi tak kenal siapa awak yang sebenar…” AR ikut mengendurkan suara.

Iadid cerlungkan matanya pada AR. Ikutkan hati dia mahu memaksa AR untuk menarik balik kata-katanya tadi. Kata nak kenal baru couple, tapi sesiapapun yang mendengar suara AR akan tahu maksud AR untuk let’s end everything here. Ingat Iadid bodoh sangat ke?

“Fitri is my past, you are my future, got it?” tanya Iadid dalam-dalam. AR tundukkan kepala.

“Kita putus.”
“Adnin Rania!!” naik suara Iadid.Wajah lelaki itu dah naik merah.Okey, belum couple dah putus memang tersangat canggih, tetapi kenapa Iadid terasa marah yang amat?

“Kita putus. Got it?” Adnin Rania berlari naik ke tingkat atas meninggalkan Iadid tercengang di situ.Kecewa. Ingatkan tinggal memikat hati Encik Hamid aje, rupanya hati Adnin lagi susah diikat.

Iadid pandang wajah Encik Hamid dengan pelbagai perasaan.Kecewa, malu, marah dan sakit hati menjadi satu.

“I told you, kena beritahu segala-galanya pada Adnin before you make your step.”

Encik Hamid tersenyum kecil sambil menepuk bahu Iadid berkali-kali, cuba menenangkan hati anak muda itu.

Iadid diam cuma. Dalam hati menggumam geram, orang tua ni kalau tak ungkit fasal Fitri tak boleh ke?

Memanglah ujian Encik Hamid untuk jadi suami Adnin tahap sukar dari ujian ketenteraan!

“The key is Adnin’s heart. It does not matter to me… because I trust her…” tiba-tiba Iadid teringat kata-kata Encik Hamid satu ketika dulu, sebelum Iadid bertemu Adnin, sewaktu Encik Hamid pernah menyatakan kerisauan tentang anak daranya yang seorang itu kerana belum bertemu putera hatinya.



Love is unnamed feeling, makes you wanna cry and laugh, until you find the ending.



P.S:: Alhamdulillah akhirnya mampu jugak tertulis MYD malam tadi. Busy x hengat. Pagi tadi x dpt upload awal sbb kena pegi kursus memandu.. mueheh. <---dah tua baru nak belajar!


(ehem, kalau ada salah grammar harap dimaafkan yeppp.. Biasala main hentam dah bertahun tak pegang buku BI lagi dah. hihihi)



So now, pass to Ayumi Syafiqah. Caiyok3!!