Sunday, 13 January 2013

Marry Your Daughter 13 - Rinsya



BAB 13
ORANG ada cakap masa kita tengah bertunang ni darah manis sangat sampai semut pun takut nak hurung! Boleh pakai ke teori tu. Hello? Ni zaman bila kena pakai darah manis semua tu, tapi sebab teori gila tu juga Iadid nak anjak tarikh kahwin ke depan. Yang mana sebenarnya AR belum bersedia memikul tanggungjawab untuk menjadi isteri. Isteri tu doe. Bukan adik angkat atau kekasih angkat tetapi isteri!
“Anak abah tak reti lagi nak masak padahal sikit masa lagi nak jadi isteri.”
Terasa gugur jantung AR mendengar suara Encik Hamid yang tiba-tiba aje masuk ke dapur sewaktu dia sedang membuat cupcake.
“Lama lagilah abah… Rilek-rilek, chill…” hampir hilang rentak suara AR keluar dari tekak. Segan punya pasal sebab selama ni tak pernah terfikir olehnya Encik Hamid, abah… akan mengungkit pasal Adnin Rania yang nak kahwin tu. Pijar terasa di pipi menahan segan yang mencuit hati.
“La mana boleh rilek Ad, nak kahwin tu bukan main-main lagi-lagi lelaki seperti Iadid tu, perlukan seorang isteri yang mahir masak tau?”
Ye ke? AR dah tunjuk muka cemas. Cuak mendengar kata-kata abahnya walaupun di bibir tersungging sebuah senyuman tidak bergula, masih mahu menyembunyikan perasaannya gementarnya daripada abah tercinta!
“Dia tu umur dah berapa Ad, bukan nak kahwin main-main tapi mencari isteri yang boleh dijadikan tempat bersandar seperti abah bersandar pada ibu Ad. Dia memang tak cakap dengan Ad tapi tak perlu nak cakap Ad sendiri kena sedar tanggungjawab yang bakal Ad pikul. Belajar masak sebelum kahwin tu penting. Ha ni kuih ni dah siap ke?” soal Encik Hamid sambil memegang satu persatu cupcake yang pelbagai bentuk dan hiasan di atasnya penuh minat.
“Ha? Ah, dah siap.. Makanla…” AR jawab tanpa semangat.
Baik punya abah dia pergi psiko anak sendiri sampai AR pun dah rasa macam nak jatuh demam aje. Memang Adnin Rania takde masalah nak masak yang simple-simple sebab hari tu pun dia ada masak bila Iadid datang ke rumah tapi kalau nak masak macam isteri Encik Hamid punya ‘rasa’ masih dalam peringkat cukup-cukup nak gagal je tu. Pasal tu jugak Encik Hamid selalu banding-bandingkan rasa masakan AR dengan isterinya walau hakikat sebenar masakan AR tidaklah seteruk mana!
Boleh ke dia menjadi seorang isteri yang baik dan memenuhi cita rasa Iadid nanti? AR tertanya-tanya dengan diri sendiri. Sebenarnya tak banyak pun yang dia harapkan bila dah kahwin dengan Iadid nanti. Sekurang-kurangnya Iadid berbangga beristerikan AR dan bahagia hidup dengannya itu aje sudah lebih dari mencukupi!
Tapi bila difikir-fikir rasa nak sekeh-sekeh je kepala Iadid, saper suruh Iadid buat kerja gila minta dikahwinkan dalam masa tiga bulan. Tengok apa jadi? AR masih lagi baru nak belajar resepi masak sayur doeeeeee… Terbayang-bayang di ruang kepala AR nak masak daging kambing special untuk Iadid hancur begitu saja.
Bala!



BEG disangkut di bawah meja apabila sampai aje ke mejanya. AR terduduk sambil membuka fail-fail yang ada di atas meja. Petang nanti nak kena jalan dengan Iadid cari baju nikah ekspres, cari cincin dan hantaran. Urusan pelamin dan kenduri insyaALLAH Encik Hamid sekeluarga dan Iadid sekeluarga yang uruskan yang penting AR tak nak campur tangan. Take a revenge kepada Iadid sebab paksa kahwin cepat-cepat padahal dulu pernah aje si Iadid berjanji setahun bertunang baru nikah tapi ni dah reduce angka jadi tiga bulan!
Bila di pejabat ni pula, yang lain duk sibuk sokseksoksek bergosip sampai AR pun jadi bengang. Adakah cakap kat Adnin Rania pasal cara-cara memikat suami? Kalau cara yang baik takpe tapi diaorang kasi cadangan yang super mengarut sampai AR rimas sendiri.
“AR, ada orang call kau kenapa tak angkat?” Hilman buat muka hairan memandang wajah AR yang blur memanjang hari ini. Hilman tahu AR nak kahwin tak lama lagi tapi patutnya gadis itu sekarang mempamerkan wajah berseri. Ke AR kena paksa kahwin macam dalam novel-novel Melayu tu?
AR terkedu sebentar sebelum menggelabah mencari telefon bimbit di dalam begnya. Jumpa!
Butang accept ditekan dan telefon dilekapkan di telinga.
What?” sepatah aje keluar dari mulut AR kerana dia tahu si pemanggil ialah Iadidyadad yang merupakan encik tunangan merangkap bakal suami tak lama lagi dan sekarang ni otak AR tengah bercelaru jadi mood tak berapa nak baik untuk bergurau senda pun!
Are you okay my dear?” soalan Iadid mencatu hati AR. Alamak, dia panggil my dear la… Wajah AR merona merah ala-ala segan gitu walaupun Iadid tiada di hadapannya. Hangat terasa menyapa jiwa. Jiwang karat sungguh si Iadid walhal hari tu cakap nak romantik lepas kahwin tapi ni belum kahwin dia dah bersayang-sayang.
“Okey je. Apasal call?” soal AR sambil berdehem kecil.
“Just want to tell you something.”
“Apa dia…” AR menyampuk. Kedengaran tawa di hujung suara Iadid. Sejak bila AR tak reti bersabar ni? Teringat kali pertama bertemu dengan saudari Adnin Rania yang sombong lagi kerek itu barulah Iadid tersedar memang AR dari dulu tak reti nak bersabar.
“Bulan depan saya pergi umrah, awak nak ikut?”
Brrr!
Uhuk! Uhuk!
AR menutup mulut menahan suara. “What?!”
“Saya pergi umrah. With your lovely daddy. Tak ikut ke?” soalan Iadid buat AR tercengang muat bola lisut ke mulut. Dia cakap nada main-main padahal AR dah terkejut separa nak mati.
“Apasal tiba-tiba nak umrah tak kasi tahu? Kenapa tak cakap abah pun nak ikut? Saya tak dapat ikut kalau bercuti tiba-tiba!” Nah kan AR dah naik suara. Iadid di hujung talian sudah menggelengkan kepala.
“Ad listen, pergi umrah tu kerja baik tau? Kenapa nak marah-marah?” soal Iadid lembut. AR gigit bibir. Masalahnya bukan marah ke tak tapi ni kira khianat tak kasi tahu awal. Tak tahu ke Iadid tu dia dah bertunang dengan Adnin Rania? Kecik hati Adnin bila Iadid tak beritahu awal-awal lagi. Bulan depan tu bukan lama mana pun dua tiga hari dah kira bulan depan.
Let say saya pergi sebab abah awak suruh, awak tak marah kan?” Iadid mula rasa serba-salah. AR tengah marah boleh pula dia pergi lembing si AR dengan ayat dia yang maha sinis. Pergi-umrah-kerja-baik-kenapa-nak-marah. Tak berdarah ke hati AR mendengarnya?
“Okay fine. You go with my father and please take care of him.”
Talian dimatikan. Abah pun sama jahat macam Iadid, nak umrah tak kasi tahu awal-awal kenapa?
AR dah mula kesat air mata yang jatuh ke pipi. Iadid tak sensitif pun apa yang ada dihatinya. Tahu tak sekarang ni AR tengah berada dalam dilemma? Susah hati mengenangkan diri tak cukup sempurna untuk lelaki sebaik Iadid Arsyad. Baik ke Iadid Arsyad tu? Kalau baik takkan dia sanggup marah balik pada AR bila AR naik angin tadi, kan?
AR mengambil beg tangan dan berlari menuju ke luar. Nak jumpa dengan Iadid sekarang-sekarang ni jugak!



IADID call 15 kali, 15 kali juga AR tak angkat. Iadid jadi susah hati.
‘Angkatlah call,’
Iadid mesej buat kali yang entah ke berapa. Terasa sesak otaknya seketika. Segera lelaki itu mengambil kunci kereta dan terus menuju ke pintu utama rumahnya. Tak boleh tidak kena jumpa dengan Adnin sebab gadis tu bukan boleh agak pun apa yang dia akan lakukan nanti.
Apabila aje Iadid membuka pintu dia lihat kelibatan seorang gadis tengah bersandar di keretanya. Iadid membesarkan mata untuk melihat lebih jelas dan apabila dia sedar gadis itu bernama AR, dia terperanjat yang amat. Budak ni pun dah call tak angkat-angkat rupanya dia duk berdiri tepi kereta tu pula.
“Ad kenapa berdiri kat situ?”
“Sedih.”
Iadid berjalan mendekati AR. “Sedih ke? Sedih sebab saya pergi umrah? Bukan tak biasa tak berjumpa dua tiga minggu kan?”
Banyak cantik Iadid? AR julingkan mata.
“Sedih ada orang menipu,”
“La siapa pula yang tipu Ad?” Iadid mengerut dahi. Hampir-hampir keningnya bercantum mendengar aduan AR tersebut.
“Awak dengan abahlah siapa lagi?” AR cebikkan mulut.
“Bila masa saya tipu awak ni, Ad…” Iadid dah tergelak-gelak. Manja gila budak ni sikit benda pun tak boleh usik perasaan dia. Kalau Encik Iadid dah jadi suami Adnin Rania silalah bersabar banyak-banyak.
“Saya pergi umrah tak lama.”
Pujukkan Iadid tidak berbekas di hati. Iadid pun agaknya tak sayang dia sebab dia tak sebaik bekas tunangan Iadid dulu.
“Ad, saya bukan tak nak beritahu awak. Tapi abah awak tiba-tiba ajak saya pergi umrah beberapa hari yang lepas dan saya tak berkesempatan lagi nak beritahu awak. Asal nak beritahu aje mesti tak sampai hati sebab saya tahu awak akan marah macam ni.”
AR terdiam seketika. Matanya terarah ke wajah tenang Iadid. Tiba-tiba aje AR jadi sayu. “Saya ni kebudak-budakan, kan? Mesti awak malas nak melayan perangai saya yang entah apa-apa. Dah la saya tak pandai masak…”
Pulak dah?” Iadid tenung wajah AR hairan yang maha.
Come masuk kereta. Kita pergi tempat lain kat sini tak elok berbincang,” Iadid buka kunci kereta automatik dan terus membuka pintu kereta untuk AR. Nasib baik AR tidak banyak membantah.
“Saya ni manja sangat, kuat merajuk pula, mesti awak menyampah kat saya lepas ni kan?” soal AR sewaktu Iadid reverse kereta. Iadid pandang wajah AR sebentar. Cuba mencerna kata-kata AR yang tidak pernah dia dengar itu.
“I love you just the way you are. Tak kisah apa yang awak lakukan dan apa pun kelemahan awak, saya masih tetap sayangkan awak. Memang saya tak pernah ketemu Adnin Rania yang ni, saya ingatkan Adnin super cool sampai saya takut nak dekat. Tapi bila dah kenal sudut lain dalam diri awak, saya jadi sedar yang awak perlukan saya sebagai pelindung. Kalau awak menerima saya apa adanya, Ad, saya seribu kali menerima awak seadanya…”
Kata-kata Iadid menusuk hati AR yang paling dalam. AR tertunduk sendirian. Iadid menerima dia seadanya sudah cukup membuatkan dirinya lega. Perlahan dia melemparkan pandangan ke wajah tenang Iadid.
“Kalau awak pergi umrah awak tak akan lupakan saya kan? Awak tak akan berubah fikiran nak cari perempuan yang lebih baik daripada saya, kan?”
“We change together.”
“Maksud awak?”
“Kita jadi lebih baik bersama-sama. Saya tak akan sesekali meninggalkan awak sebab pada saya, saya adalah lelaki yang paling bertuah mendapatkan awak sebagai peneman hati.”
“Iadid kalau awak pergi umrah nanti, kalau saya pula yang lupakan awak bagaimana?” soal AR sengaja menguji. Berubah wajah Iadid mendengarnya. Jiwanya diserang satu perasaan ganjil. Dia berjauh hati!
“Awak nak lupakan saya ke?”

AR jeda. Tak la, saya tak akan lupakan awak sampai bila-bila pun… Saya sayangkan awak! Tapi ayat itu hanya tertinta dihati. Dia bukannya seperti Iadid yang mampu meluahkan kata-kata cinta dan kasih secara berterus-terang. Dia hanyalah seorang Adnin yang mempunyai perasaan segan yang menebal. 
Melihat Adnin tidak menjawab membuat Iadid resah sendiri namun ditelannya rasa hati kerana sedar yang Adnin masih berada dalam keadaan keliru. 
“Ad, awak ikut tak umrah nanti?” soal Iadid lembut.
“Saya tak pergi…” 
Sekali lagi Iadid terasa terpukul dengan kata-kata Adnin Rania. Wajahnya yang sengaja dimaniskan terus berubah menjadi keruh serta-merta. 
“Iadid awak hantar ke rumah saya aje, saya nak balik.” 
“Hmmm…”
Stereng kereta di pusingkan. AR telan air liur sendiri bila terasa ada aura tak sedap tiba-tiba. 
“Awak marah ke?”
Soalan AR dibiarkan tidak berjawab. AR kelu. Iadid merajuk ke? Iadid kecil hati? AR pandang wajah Iadid cuba mentafsir air muka tunangannya itu. 
“Iadid, saya janji yang saya tak akan melupakan awak… Tadi saya acah je. Maafkan saya okey?” 
Tapi Iadid tetap diam juga. AR gigit bibir tahan cuak. Iadid merajuk betul ke? Macam mana ni? Aku bukannya reti nak pujuk pun... Hati AR bertingkah sendiri.


p/s : Ni Moon yang tolong postkan sebab Kak Rin ada problem sikit nak postkan bab 13 ni. Enjoyyy! :D

3 comments:

  1. Iadid punya karakter mmg makan dlm.terasa kat hati akk.I love u juz the way u are.siyes buat akk xdpt nak huraikn apa akk rs sbb karakter dia cukup perisa dgn akk.(ok,msti liya pening bc komen akk).ahaks.perkahwinn tu menyatukn jiwa2 insan yg incomplete agar they complete each other.manja lwnnya matang.rite. ^^ liya,akk suka Iadid.heheeeee

    ReplyDelete
  2. perghhhhhhhhhh,.. .besttt entry ni..sukaaaa2..

    ~jannah~

    ReplyDelete
  3. next entry,, plez...

    ReplyDelete