MYD - Rinsya Ryc tulis
“MINTA pandangan! Minta pandangan!” jeritan tu buat kepala AR terteleng. Minta pandangan? Ni zaman Portugis ke apa? Selalu dengar minta perhatian sekarang dah tukar trend semasa? AR senyum pahit. Pahit tak pahit matanya masih tertala ke arah Wan Rizwan yang tengah khusyuk buat pengumuman.
“MINTA pandangan! Minta pandangan!” jeritan tu buat kepala AR terteleng. Minta pandangan? Ni zaman Portugis ke apa? Selalu dengar minta perhatian sekarang dah tukar trend semasa? AR senyum pahit. Pahit tak pahit matanya masih tertala ke arah Wan Rizwan yang tengah khusyuk buat pengumuman.
“Dua minggu akan datang pukul 8-11 malam MSN buat tournament terbuka untuk tenis. Company kita anta tiga orang yang bertuah terpilih jadi wakil syarikat!”
Hampeh! AR tenung semula skrin laptop. Tennis ke jadah, dia tak reti nak bersukan. Lagi-lagi selama ni mana pernah dia buang tabiat lawan cakap ayah keluar dari rumah selepas waktu pejabat... Masa kat Universiti dulu pun sama, tak pernah dia nak join kelab-kelab ala purba pergi bersilat macam Adia dan pergi berbola jaring macam Mickey.
“Yeo! Aku join bro!” suara Hilman kedengaran. Masing-masing bersorak girang. Satu tempat dah terisi, tak payahlah susah-susah nak pergi aktiviti-aktiviti yang buat tulang belakang sakit tu. Buat penat. Balik tengok muka anak bini suami sudah.
“Ok Hilman dah cop satu tempat, satu lagi sape nak join? Yang satu tempat bos kita dah kata dia nak ikut!”
“Bos ikut ke Wan?” Kak Nia mencelah. Wan angguk bersungguh-sungguh.
“Akak tak nak ikut. Badan akak ni bukan baik sangat pun...” rungut Kak Nia.
Mata Hilman jatuh pada AR. Satu-satunya gadis yang masih gadis di jabatan mereka, human resource sebab yang sorang tu macam dah tak gadis lagikan? Bukan tak gadis, tapi diragui kesahihannya. Ala, ini Hilman la. Sekali ikan di kali, dia tahu jantan dan gadisnya.
AR yang menyedari dirinya diperhati terus buat muka batu nisan. Duduk kaku menekur keyboard laptop. Tolonglah jangan sebut nama aku... Jangan....
“AR, wanna join us?”
AR juling mata. Oh please?
Dia dongak tenung muka Hilman dengan amaran. Tapi Hilman buat-buat tak nampak aje bila kena jeling AR tajam-tajam. Selalu sangat perempuan tu kasi dia jelingan maut. Maut tak maut, bidan terjun masuk tournament kena cari jugak sebab bos dah macam terdesak. Kang tak pasal-pasal nama dia naik jadi wakil, tak jadi nak pergi hiking hujung minggu dengan geng.
“Okey AR akan jadi wakil syarikat kita untuk ke tournament tu. Tepuk tangan wahai sekalian penghuni office!” macam orang tak siuman pun ada bila dia pergi tepuk tangan kuat-kuat walhal orang lain dah mencemik muka buat tak tahu aje. Akhirnya tepukan Hilman jadi pelan dan mati. Bila matanya bertembung dengan mata AR, Hilman terus pecut masuk ke bilik bos. Takut kena pancung kepala oleh AR, anak tentera laut tu!
“ABAH tak kasi!” lantang suara Encik Hamid menegah.
“Syarikat yang suruh pergi...”
“Tak ada orang lain ke?” soal Encik Hamid.
“Dorang tak nak. Ad terpaksa ikutlah... Lagipun kat jabatan kitorang mana ada yang reti main tenis?”
“Jadi Ad reti mainlah ni?” sinis je suara Encik Hamid. AR ketap bibir. Apakah? Dah dari kecik abah tau yang dia ni jenis yang tak keep fit! Nak-nak cerita pasal tenis, sukan berprestij antarabangsa, mau patah riuk main benda alah tu.
“Abah jangan perli...” AR cebik bibir tanda rajuk manjanya dah datang bertiup kat jiwa.
“Dah tu? Nak juga main?”
“Mana Ad tau. Ad ikut aje arahan syarikat.”
“Malam pulak tu! Pergi pagi-pagi tak boleh ke?”
Ya ALLAH! Banyak gila soalan abah!
“Nak pergi pagi tu boleh tapi masa yang ditetapkan pukul 8 hingga pukul 11.”
“Sebelas?!” hampir tercekik Encik Hamid dengar jawapan anak gadisnya. Selama 24 tahun dia jaga AR dari kecik sampai besar, paling lambat budak tu balik ke rumah setakat pukul 7 malam je. Tu pun bila dia ada escort teman AR dan ibunya pergi shopping. Kalau tak ada dia, harap maaf nak kasi anak isteri keluar sampai lewat senja. Pantang keluarga Encik Hamid jalan lepas senja! Hantu tau tak? Kalau tak tau, syaitan tau? Kena rasuk kang baru nak terngadah apa kes?
“Abah tak kasi, abah kena bertanggungjawab bila Ad kena buang kerja!” ugut AR. Nak pula dia pergi ke game yang dia cakap bosan tu kan?
“Abah bukan tak kasi, Ad... Its for your sake okey? Bila nak bahagia, pantang bagi keluarga kita...”
Mulut AR dah muncung ikut apa yang abah dia cakapkan sebab ayat tu dia cukup-cukup hafal! “Keluar malam dan melepak rumah kawan!”
Patutlah AR jadi kera sumbang walaupun dah hidup lebih 24 tahun di muka bumi!
“Ad tak kira. Abah kena jawab kat bos Ad!” muncung AR semakin panjang.
“Ya ALLAH budak ni... Ad boleh pergi kalau abah ada sekali. Tapi masa Ad pergi bertanding tu, abah dan ibu kena balik kampung jenguk nenek yang nak buat doa selamat!”
“Habis Ad tak boleh pergi? So abah kena cakap sendiri kat bos Ad. Ad malas nak bertekak dengan dia.”
“Adnin Rania!”
Ambik! Nama penuh disebut tanda abah dah marah. Itu tanda abah nak guna kuasa veto sebagai seorang abah. Ini juga bermakna AR tiada kuasa untuk menyangkal kata-kata Encik Hamid.
“Okey kalau Ad nak pergi juga, abah akan carikan body guard untuk Ad!”
“Abah!!!” kening ternaik, mulut ternganga. Body guard kebenda setakat pergi tournament tu? Buat malu nama AR rockies cool di depan bos dan Hilman je!
Abah pula tak nampak macam tengah main-main. Hadoiiii!!
AR resah menanti diperkarangan rumah. Ni dah pukul 7.45 tapi si body guard masih nak terhegeh bawa kereta. Tak pasal-pasal dia lewat untuk menghadirkan diri di MSN. Hish! Body guard lembab!
Kang lewat, dorang Hilman dan bos tengok dia keluar kereta body guard dia, tak ke malu? Ingat nak sembunyikan body guard kalau awal-awal boleh sampai. Body guard ape yang abah upah ni? Kerja tak efisyen langsung! Tapi... Betul ke body guard yang abah upah untuk dia? Ni bukan macam body guard ok. Abah macam tengah upah baby sitter untuk dirinya! Pffftt! keluhan AR kedengaran.
Sebuah kereta honda putih berhenti di depan rumahnya seperti yang abah pernah bagitahu dulu, body guard Ad kereta putih... Satu point dah betul.
Bila seorang lelaki keluar dari kereta honda tu, AR tengok dia punya baju. Perfectly correct! Jersi putih dengan seluar sukan! Sah ni la body guard yang abah upah!
“Hai Ad... My name is Iadid Arsyad... Nice too meet you...”
“Ad?” kening AR bertaut. Iadid angkat bahu.
“Tolong jangan panggil Ad. Panggil je AR sebab ‘Ad’ adalah panggilan untuk orang-orang yang paling rapat dengan saya!”tegas.
“Amboi... garang ada gaya Encik Hamid juga. By the way, saya ni tentera udara, best buddy your dad...”
Oh no!!!
Hahaha! Amboi, kemain lagi Iadid. Tentera udara tu <3
ReplyDeletemoon ek ? kekeke... teka siapa saya! (Akak tukar comment setting ek supaya kita bleh reply komen org .. hihihi .. jgn mareee... >.<
Deleteadoiii.. kena study lah ni ek? kekkeeke
ReplyDeletex yah nak study sngt :3 main campak jee...
Deletebest3xx....dila follow ^^
ReplyDeleteSilakan Kak Dila.. *biar Ayumi balas sebab Kak Rinsya terlepas pandang yg ni kut.. hihihi
Deletememang terlepas pndang ponnn.. kekeke.. thanks dila sudi baca ...
Deletewoaa... permulaan yg bagui...
ReplyDeletetengok abah AR..jadi ingat my ayah yg over protection....haha ..
riyanti - same goes with my late father.. he is very caring . haha ^^
Delete~rinsya~
jap.. jap.. abes si Iadid tu baya2 abah AR ke?
ReplyDeleteseriesli kak yati ? biar betul imaginasi kak yat... iadid tu konon je geng tpi beza umur dorang hampir 30 tahun kut... err, mcm rin + kak yus, beza berbelas tahun tpi kwn rapat. hahahaha!
Deletewe want more.. we want moreeeeee! hehehehe
ReplyDeletegiliran ayumi maa... hik3
Deletewaaahhh...perlu di bloglist ni...
ReplyDeletedtg lah blog Anna tgok karya Anna pulak..tq
Terima kasih Anna :) insya-Allah kami dtg singgah nanti ye :)
Delete~Moon~
intro yg menarik plus lagu ni...mmg ngam sggh. 1 of my favorite songs. teruja tuk bc lg n lg...
ReplyDeleteterima kasih kak jiba :D hehehe! lagu ni memang best kan? :DD
Delete~Moon~
hai.. baru arini tjumpa n3 ni..nak baca semua n3 dulu..
ReplyDeleteIzzati:
ReplyDeletehari ni baru terasa nak follow cerita MYD...awal2 pun dah best..hehehe..