Saturday, 1 September 2012

Marry Your Daughter epi 6

MYD ~ Ayumi version.


KALENDAR yang terletak elok di hujung meja dicapai. Dibelek-belek seketika sebelum sepasang mata bundarnya itu akhirnya terpaku pada satu tarikh. Eh sat! 20 hari bulan? Esok 20 hari bulan? Bukan ke 20 hari bulan tu...
            Birthday ibu!
            AR rasa nak terloncat tiba-tiba apabila teringatkan hal itu. Ya, esok merupakan hari jadi ibu. Dan esok juga ibu dan abah akan pulang dari kampung. AR berfikir-fikir. Setiap tahun, dia tak pernah gagal lagi buat birthday party untuk ibu. Walaupun hanya party kecil-kecilan yang tak payah jemput ramai tetamu, itu dah lebih daripada cukup.
            Nampak saja kelibat Adira melintas di depan mejanya, AR segera memanggil. Adira berpaling lalu mengangkat kening, isyarat bertanya apa kemahuan AR memanggilnya.
            “Kau free tak petang ni?” AR bertanya sambil berdiri tegak di depan Adira. Hubungan dia dengan Adira nak kata rapat tu tak adalah sangat, tapi setakat nak ajak keluar lepak sama-sama rasanya tak ada hal. Lagi-lagi kalau ajak teman shopping, laju aje minah tu setuju nak ikut. Jadi driver satu hari pun tak apa kut. Tapi kalau bab nak kongsi rahsia, AR kena fikir 200 kali dulu baru boleh cerita dengan Adira.
            “Petang ni? Lepas habis kerja aku freelah. Kenapa?” Adira bertenggek di tepi meja AR.
            “Macam ni... aku ingat nak pergi beli barang sikit lepas kerja nanti. Esok ibu aku balik dari kampung, jadi aku ingat nak masak special sikitlah untuk dia.” AR malas nak cerita hal sebenar. Cakap nak masak untuk ibu yang balik dari kampung esok dah cukup dah tu.
            “Ohh... so nak keluarlah petang ni?”
            AR angguk laju-laju.
            “Okey! No problem. Kereta aku ke kereta kau?”
            “Kereta kaulah. Kereta aku masuk ICU semalam, tak keluar-keluar lagi,” sengih AR dengan muka tak bersalah.
            “Oooo...” Adira terangguk-angguk. Faham. “Okay then, lepas habis kerja nanti...”
            “Okey, thanks Dira! I owe you one!” ucap AR gembira sambil menepuk bahu Adira sekali.
            Adira buat muka dan kemudian melenggang ke tempatnya semula.


TAMAT waktu kerja, AR dan Adira sama-sama bergerak ke arah surau kecil di tingkat paling bawah syarikat itu untuk menunaikan solat Asar. Selepas itu barulah mereka beriringan menuju ke tempat parkir kereta. Nasib baiklah Adira sudi nak temankan siap jadi driver sekali, kalau tak AR tak tahu nak minta tolong siapa lagi.
            Iadid?
            Pin! Pin!
            Bunyi hon yang boleh tahan kuat tu mengejutkan AR dan Adira. Masing-masing berpaling serentak. Tengok kereta Honda putih kat depan mata, AR telan liur. Eh mamat ni... ada sixth sense ke apa? Baru aje hati ni sebut-sebut nama dia, terus muncul depan mata. Erk.
            Iadid keluar dari kereta dengan senyuman manis. “Hai, Ad!” sapanya mesra.
            AR jeling Adira yang dah terlopong tengok Iadid. Dia tahu mesti Adira terkejut bila tiba-tiba ada mamat handsome tegur dia.
            “Err... hai! Awak buat apa kat sini?” AR bertanya sambil merenung Iadid dengan dahi berkerut.
            “Nak jemput awak baliklah. Kereta awakkan tak siap baiki lagi?” Iadid senyum lagi. Sempat dia menoleh pandang ke arah gadis di sebelah AR. “Hai... saya Iadid, bodyguard Cik Adnin Rania.” Dengan selamba dia memperkenalkan diri.
            Mulut Adira yang dah sedia terbuka, makin luas ternganga. Bodyguard? Dia pandang muka AR yang dah kelat-kelat masam.
            “Err... tak! Ermmm... sebenarnya dia ni... err...” AR kalut nak menjelaskan. Ish mamat ni, ni dah kali kedua dia mengaku dia bodyguard aku. Tapi okeylah mengaku bodyguard daripada mengaku suami macam hari tu. Kalau tak memang puting beliung bakal melanda satu ofis aku ni.
            “Ad, awak nak pergi mana?” Iadid memintas dengan soalannya.
            “Err... saya nak pergi... pergi jalan-jalan dengan kawan saya ni,” jawab AR tergagap-gagap.
            Iadid toleh jam di tangan. Sudah pukul 6.35 petang. “Tapi Ad, awak kena balik rumah sebelum pukul 7.00 malam. Remember?” Iadid mengingatkan AR tentang hal itu.
            AR mengeluh panjang. Ingatkan bila abah tak ada, dia bolehlah bebas sikit. Rupa-rupanya sama aje! Kenapalah Iadid ingatkan dia pasal curfew tu? Depan Adira pulak tu. Heh, buat malu kaum aje!
            “Tapi...” AR cuba membantah tetapi suara Iadid mematikan kata-katanya.
            “Maaf Ad, tapi ini arahan abah awak. Saya tak boleh biarkan awak langgar peraturan yang dia dah tetapkan,” tegas Iadid. Dia berdiri tegak sambil menyilangkan tangan ke belakang.
            AR mendengus geram. Peraturan! Arahan! Itu ajelah yang mamat ni tahu. Menyusahkan betul. Terkumat-kamit mulut AR membebel itu dan ini.
            Adira yang sedari tadi terlopong menyaksikan adegan depan mata mula tersedar. Lengan AR disenggol. “Kenapa ni? Jadi ke tak nak pergi ni?”
            “Maaf, Cik...” Iadid menyampuk tiba-tiba. Jari telunjuknya dituding ke arah gadis di sebelah AR itu.
            “Adira,” sambut Adira laju. Ada senyuman manis di bibirnya.
            “Cik Adira... maaf ya, tapi Cik Adnin Rania memang kena balik rumah sebelum pukul 7.00 malam. Saya harap awak faham.” Iadid membalas senyuman Adira.
            Adira terkebil-kebil. Macam tak percaya pun ada jugak ni.
            “So Ad...” Iadid membuka pintu kereta sambil tangannya mempersilakan AR masuk ke dalam.
            AR ketap bibir. “Sorry Dira... aku tak dapat pergi. Kira cancellah eh?”
            “Ohh... okey tapi...” Adira masih mahu bertanya tetapi tak sempat bila AR dah cakap ‘bye’, siap melambai lagi sebelum terus masuk ke dalam kereta. Lelaki yang mengaku bodyguard AR tadi pun dah masuk kereta. Sekejap saja, kereta itu sudah dipecut pergi.
            AR diam sepanjang perjalanan. Bukan tak ada Iadid cuba ajak sembang tapi dia malas nak layan. Perasaan geram tadi masih lagi tak hilang. Bukannya dia nak pergi buat benda tak senonoh. Setakat nak pergi beli barang untuk masak. Masak pulak bukan untuk orang lain, untuk ibu sendiri. Itu pun salah ke? Hishhh... geram tahap kuasa giga!
            Iadid yang perasan kebisuan AR itu mula dijentik perasaan gelisah. Hmm... apa nak buat eh? AR merajuk dengan aku ke? Habis tu, takkan nak kena pujuk kut? Aish... tak retilah!
            “Tadi awak nak pergi mana sebenarnya?” Iadid cuba memecah kebekuan suasana dalam kereta itu.
            AR diam. Mata terkebil-kebil pandang luar cermin tingkap. Sikit pun tak heran kat Iadid. Arh, lantaklah. Biar dia cakap sorang-sorang. Proteslah kononnya ni...
            Satu idea tiba-tiba melintas di kepala Iadid. Dengan selamba dia menaikkan volume radio ke tahap yang paling tinggi. AR yang terperanjat terus terjerit. Siap dengan melatah sekali. Terkejut beruk punya pasal, dia tak sedar dia dah terpukul lengan Iadid dengan beg tangannya.
             “Eh Ad, saya tengah drive ni. Janganlah macam ni...” Iadid kalut mengelak pukulan bertalu-talu AR. Nasib baik dia sempat mengawal stereng kereta. Kalau tak, mesti esok keluar kat frontpage surat khabar – ‘Pasangan kekasih maut dalam kemalangan kerana bergurau senda dalam kereta.’
             Erk. Macam melampau aje imaginasi kau tu, Iadid...
            “Huh. Padan muka!” kata AR sambil menjeling tajam. Dia berpeluk tubuh lalu menoleh pandang ke luar cermin tingkap kereta.
            Iadid memperlahankan semula volume radio. Niat asal cuma nak bergurau, tak sangka pulak AR makin naik angin. “Ad, sorrylah, saya gurau aje tadi tu...” Teragak-agak Iadid memohon maaf.
            AR hembus nafas kasar. “Bergurau pun agak-agaklah! Kalau saya ada sakit jantung, dah lama arwah tau?”
            “Dah saya tanya, awak tak nak jawab. Terpaksalah guna cara tu nak buat awak buka mulut...” jawab Iadid selamba.
            “Eiii...” AR masih mahu marah tapi bila melihat senyuman manis Iadid, terus amarahnya lenyap. Dia terdiam di kusyen kereta dengan getaran yang maha hebat di hati.
            “Saya tanya tadi, awak nak ke mana dengan kawan awak tu?” Iadid melembutkan suara. Melihat reaksi AR, dia tersengih dalam hati. Kalau tahu AR mudah cair tengok senyumannya, sumpah dia takkan berhenti senyum depan AR.
            AR menyandar tenang di kerusi. “Nak pergi beli barang. Esok birthday ibu. Saya ingat nak buat surprise untuk dia. Sempatlah sebelum dia balik malam esok,” jawabnya perlahan. Tak payah dipaksa-paksa, laju aje ayat-ayat tu keluar dari mulut.
            “Ohh...” Iadid terangguk-angguk. Isyarat masuk ke kiri diberikan. AR yang pelik terus kerutkan dahi.
            “Awak nak ke mana ni? Rumah saya kan ambik jalan lurus aje?” AR hairan.
            Iadid senyum lagi. “Kita cari masjid untuk solat maghrib dulu. Lepas tu saya teman awak pergi beli barang-barang tu. Okey tak?”
            AR tertelan air liur. Nada suara Iadid yang lembut itu membuatkan jiwanya bergetar satu rasa. Indah sangat!
            “Err... tapi kan... saya ada curfew. Kena balik rumah sebelum pukul 7.00 malam. Remember?” AR sengaja pulangkan paku buah keras. Sekadar satu usaha untuk menghilangkan debaran di dada.
            Iadid sengih. “Mestilah saya remember. Tapi... hari ni kira dimaafkanlah eh?”
            Erk. Boleh pulak macam tu? Haih mamat ni, macam-macam! Berani pulak tu nak bawak aku keluar malam-malam ni. Ni kalau abah tahu, silap-silap dia terus lucutkan jawatan ‘bodyguard’ Iadid.
            Eh, tak boleh macam tu. Mintak-mintaklah abah tak tahu. Fuh! Fuh! AR berdoa dalam hati.


“AWAK nak masak apa?”
            Soalan itu buatkan kepala AR tertoleh 180 darjah ke belakang. “Ermm... ibu suka makan spaghetti goreng. Tapi saya tak berapa nak pandai sangatlah nak masak benda tu.” AR menggumam perlahan. Kalau tahun-tahun lepas, bibik yang masakkan makanan-makanan tu semua. AR cuma handle bahagian buat kek aje. Tapi tahun ni... err...
            “Alaa... senang aje tu. Serahkan semuanya pada saya!” Iadid tepuk dada. Konon macam hebat aje.
            AR mencebik. “Boleh ke awak masak?”
            “Wanna bet?” Iadid kenyit sebelah mata.
            AR tertelan air liur. Pantas kepala ditoleh ke arah rak di sebelah. “Okey, awak masak,” putusnya.
            Iadid tersenyum senang.
            “Barang apa nak kena beli ni?” AR bertanya sambil menoleh sekilas ke arah Iadid yang sudah berjalan di sebelahnya.
            “Yang pertama of courselah spaghetti, kan? Kat rumah awak ada tak bawang, lada, dan semua bahan-bahan asas tu?”
            “Hmm... ada kut,” jawab AR kurang pasti.
            “Kut? Nampak sangat jarang masuk dapur.” Iadid merumus selamba. Sebelum beg tangan AR naik ke lengannya lagi, cepat-cepat dia angkat kaki.
            AR merengus. Heh, dia tak ingat ke aku yang masakkan untuk dia semalam? Ugrhhh... Dipaksa kaki untuk mengikut langkah Iadid ke hulu ke hilir mencari bahan-bahan. Sesudah itu, dia menarik lengan baju Iadid supaya mengikutnya mencari bahan untuk membuat kek. Kek tak payah nak over-over sangat. Kek coklat cincai dah cukup. Itu favourite ibu tau?
            Setelah semua barang-barang discan harganya, AR mengeluarkan dompet dari beg tangannya untuk membuat bayaran. Namun belum sempat dia menghulurkan duit, Iadid sudah terlebih dahulu membayar harga barang-barang yang telah dibeli.
            “Eh, awak... tak payahlah. Biar saya yang bayar...”
            “Tak apa, anggap aje kali ni saya belanja awak.” Selamba Iadid membalas.
            “Eh, tak naklah macam ni. Saya yang nak beli barang ni jadi biarlah saya yang bayar.” AR berdegil. Duit di tangan dihulurkan kepada Iadid sebagai ganti harga barang yang telah dibayar Iadid tadi.
            Iadid menolak tangan AR. “Tak apa, tak payah susah-susah. Biar saya yang bayar. Saya tak kisah pun...”
            “Awak tak kisah tapi saya kisah. Saya...”
            “Tak apa, saya...”
            “Awak janganlah macam ni. Ni barang saya...”
            “Tak apa, biar saya yang bayar...”
            “Iadid Arsyad!”
            “Adnin Rania!”
            AR merengus geram.
            “Err... anak berdua ni dah siap ke? Ramai lagi orang beratur ni nak...” Satu suara menegur.
            AR dan Iadid sama-sama menoleh. Baru tersedar mereka sedang menjadi tontonan umum. Gadis cashier yang berdiri di depan kaunter juga sedang merenung mereka dengan mata terkebil-kebil. AR rasakan wajahnya merah dan berbahang.
            Iadid ambil duit di tangan AR lalu diletakkan ke dalam beg tangan AR. Kemudian barang-barang yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik diangkat satu-persatu. Setelah memberikan senyuman paling manis untuk AR, dia segera berlalu pergi.
            AR terpaku sebentar di situ. Ohh Iadid... senyumanmu benar-benar mencairkan hati ini!


LAGU Sedang Ingin Bercinta yang berkumandang dari corong radio membuatkan badan Iadid bergoyang-goyang menari. Jari-jemarinya pula mengetuk-ngetuk stereng kereta sambil mulutnya menyanyi mengikut alunan lagu itu dengan perlahan. AR yang perasan tingkah Iadid itu menoleh pandang ke sebelah. Tersenyum dia melihat ‘tarian’ Iadid. Tak dapat menahan rasa lucu, gelaknya terlepas juga akhirnya.
            Iadid menoleh. “Kenapa gelak?”
            “Awaklah... kelakar tau tak?” AR gelak lagi.
            Iadid menjongket sebelah kening. “Lagu ni best apa. Cuba awak dengar betul-betul. Saya kalau dengar lagu ni mesti rasa nak berjoget lambak aje...”
            Makin kuat ketawa AR mendengar kata-kata Iadid itu. Tak sangka boleh tahan kelakar jugak mamat ni. “Apa kata kalau awak berzapin? Lagi syok!” balasnya sebelum menyambung tawanya lagi.
            Iadid tersengih. Tangan kirinya menaikkan volume radio. Kepalanya masih bergoyang-goyang mengikut alunan muzik yang semakin lama semakin rancak.

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak?
Berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir?
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala

            AR ketawa lagi mendengar nyanyian Iadid. Tak sedar bila masanya dia pun join sekaki nyanyi lagu tu. Nak-nak bila sampai part ala-ala dangdut tu, lagilah sakan menyanyi sama-sama dalam kereta. Si Iadid tu langsung tak ada rupa orang bawak kereta. AR pulak, selamba aje ikut sama menari dengan Iadid. Nasib baik dalam kereta aje, kalau dalam rumah, maunya satu kawasan perumahan tu mengamuk sebab tak dapat tidur!

Aku sedang ingin bercinta
Karena mungkin ada kamu di sini
Aku ingin...


SAMPAI di rumah, Imanina sudah sedia menanti di depan pintu. Pantas disambut beg-beg plastik yang dihulurkan Iadid. Kemudian beg-beg plastik itu dibawa masuk ke dapur.
            “Thanks, Nina! Akak dah penat sangat ni. Akak naik atas dulu eh?” AR meminta diri untuk naik ke tingkat atas.
            “Tak ada hallah, kak. Lagipun Nina free malam ni. Nak tengok TV kejap lagi.” Imanina tersengih.
            Setelah membalas sengihan Imanina, AR segera menuju ke tingkat atas. Sampai di depan pintu bilik, dia terdengar namanya dipanggil Iadid. Kepalanya tertoleh semula.
            “Terima kasih untuk tadi,” ucap Iadid sambil tersenyum manis.
            Terbuai seketika hati AR melihat senyuman Iadid itu. Mengancam habis!
            “Tadi? Maksud awak?” AR kerut kening. Tak faham maksud Iadid, atau lebih tepat lagi dia takut nak faham!
            “Err...” Iadid garu-garu kepala. Mamat ni nampak aje macho, gentleman konon tapi bila tiba bab-bab hati dan perasaan ni, berpeluh jugak sebenarnya. “Terima kasih sebab... sebab...”
            Sebab apa? Hati AR mendesak. Melihat Iadid yang terus terkial-kial, AR segera bersuara. “Tak apa, saya faham. Saya pun nak ucap terima kasih kat awak sebab dah teman saya pergi beli barang-barang tadi.”
            Fuhh! Nasib baik AR tolong cover line. Eish, buat malu ajelah kau ni Iadid Arsyad oi!
            “Sama-sama. Erm, awak tidurlah. Good night.” Iadid melambai kecil.
            AR membalas dengan senyuman nipis sebelum meluru masuk ke bilik. Di sebalik pintu yang dah tertutup rapat, AR memegang dada yang tiba-tiba berdegup laju. Bibir yang tadinya dilapisi senyuman nipis kini makin melebar. Ohh Iadid Arsyad...


TAK henti-henti AR toleh ke arah jam. Dalam 10 minit, dah 5 kali dia renung jam tu. Berharap jarum jam cepat-cepat berputar supaya dia dapat pulang ke rumah secepatnya. Sejenak, peristiwa pagi tadi kembali terlayar di ruang fikiran.
            “Nanti petang saya jemput awak balik. Tunggu sampai saya datang tau?” Iadid berpesan ketika AR sudah pun menolak pintu kereta.
            AR memusingkan kepala memandang Iadid. “Okey. Tapi jangan lambat tau? Ingat, kita kena masak petang ni. Malam nanti ibu dengan abah sampai.”
            “Ya, saya takkan lupa. Petang nanti kita masak sama-sama k?” Iadid kenyit mata. Perkataan ‘kita’ itu sengaja ditekan dalam-dalam. Eish Iadid, main mata dengan anak dara orang nampak!
            “Oi mak cik!”
            Tepukan di bahu membubarkan lamunan AR. Dia angkat kepala. Adira sedang tersengih ke arahnya.
            “Berangan apa weh? Ingatkan Encik Bodyguard kau yang handsome tu ke?” Adira mengusik sambil ketawa mengekek.
            AR telan liur. Eh minah ni... kalau ya pun janganlah cakap kuat-kuat. Kalau orang lain dengar macam mana?
            “Tak adalah. Memandai aje kau ni...” AR pura-pura sibuk sambung kerja.
            “Dia tu ke yang kau bawak masa pergi MSN hari tu?” Adira masih belum puas mengorek cerita.
            AR kembali mendongak. Nak tak nak, dia tetap kena cerita jugak. Kalau tidak, sampai ke sudah Adira takkan berganjak dari mejanya. “Ya, dia tulah. Bukan bodyguard sangat pun sebenarnya. Kawan abah aku aje...”
            “Handsome kau! Mana abah kau kenal dia tu?” Adira sudah bercekak sebelah pinggang.
            “Err... entah, manalah aku tahu!” dalih AR. Takkan dia nak buka cerita pasal kepulauan yang jadi rebutan Malaysia-Filipina tu pulak? Kang tak pasal-pasal ternganga pulak minah ni.
            “Oit, oit... ni apa sembang-sembang ni? Tak ada kerja dah ke?” Hilman tiba-tiba menyampuk. Sakit pulak hati tetiba bila dengar Adira duk puji-puji bodyguard AR. Heh, dia pasang telinga dari tadi tau?
            Adira mendengus sambil menjeling ke arah Hilman. “Sibuk ar mamat ni! Orang tak kacau dia pun.”
            “Eh, suka hati akulah. Ni bukan ofis bapak kau.”
            “Memanglah, tapi aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan ARlah!”
            “Memanglah cakap dengan AR. Tapi telinga aku ni dengar. Aku tak pekaklah weh.”
            “Yang kau menyibuk pasang telinga tu apahal?”
            AR tekup telinga. Ni kalau biar, maunya meleret sampai ke petang. Dia bingkas bangun menuju ke arah tandas.


IADID berdiri di depan pintu rumah. Ralit dia memerhati AR dan ibunya sedang makan spaghetti yang dimasak sambil bersembang rancak. Imanina pun join sekaki. Saja aje dia nak tengok muka AR puas-puas. Lepas ni entah bila nak jumpa lagi. Lagipun kejap lagi dia dah nak kena balik rumah. Gila nak tidur sini lagi? Mampus kena pancung kepala dengan Encik Hamid nanti.
            “Iadid...”
            Panggilan itu menyentakkan Iadid. Dia menoleh ke sebelah. Tak sedar bila masanya Encik Hamid sudah tercegat kat situ. “Uncle...” Memang di luar waktu pekerjaan, dia lebih senang memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘uncle’.
            “Macam mana dengan Ad sepanjang uncle tak ada ni? Dia ada buat hal?” Encik Hamid bertanya sambil merenung muka Iadid. Daripada cara Iadid merenung AR, dia sudah tahu apa yang tersirat di hati anak muda itu. Dia bukan buta untuk menilai. Lagipun dia dulu pernah muda jugak. Mesti dah pernah rasa apa yang Iadid rasa sekarang ni.
            “Tak ada, uncle. Ad okey... senang nak jaga dia,” jawab Iadid tanpa sedar kata-katanya itu menyampaikan maksud yang tersirat kepada Encik Hamid.
            Encik Hamid angkat kening. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. “Betul dia tak ada buat hal?”
            Iadid mengangguk. “Betul, uncle. Uncle boleh percayakan saya. Semuanya okey. Dijamin!” Iadid mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum bangga.
            Encik Hamid ikut mengangguk. “Memang uncle percayakan kamu. Dan uncle harap, kamu tak rosakkan kepercayaan uncle.” Ditepuk bahu Iadid beberapa kali dengan senyuman penuh makna tersirat di bibir. Kemudian dia berlalu mendapatkan isteri dan anaknya.
            Iadid rasa tak tertelan air liur. Lain macam aje bunyi pesanan Encik Hamid tu. Dia dah tahu ke pasal perasaan aku kat anak dia tu?
            Oh nooo!!!



AR versi Ayumi. Tapi mata dia tak berapa nak besar laa... hik3
~#~#~#~#~#~

Pssstttt... Thank you for reading! Maaf.maaf.maaf untuk semua kekurangan. I know n3 ni agak bosan sikit compare dengan n3 lain kan? Jadi ampunkan saya untuk itu. Sesungguhnya, kami ber4 berusaha sehabis daya untuk memberikan yang terbaik kepada uolls para readers sekalian.

Ada apa2 nak cakap? Sila tinggalkan komen di ruangan komen. Cik Ayumi sekarang tengah dalam mood orientasi. Almaklumlah, budak baru nak masuk U. Jadi lepas habis je orientasi saya akan baca semua komen tu keh! *ceh. bunyi macam banyak je komen tuh. :P

Kata orang, nak pikat anak, kena pikat ayahnya dulu. So Iadid, ada berannnnnn?

>> Kak Yus , sila asah pensil anda. :-)

~bersambung~


13 comments:

  1. Huwaaaaaaaaaaaa... camner nak sambung nih???? Nway gud job Ayumi.. suka je melayan feeling budak berdua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalagik... sambung je bak kata ayumi, suh iadid pikat tuan hamid. eh? kekeke

      -rinsya-

      Delete
  2. Habislah AR dan Ad masing-masing dah jatuh cinta...#^_^
    Apa yang akan jadi lepas ni???
    Adakah Encik Hamid akan menghalang???
    Hahaha banyak betul soalan ye sis...#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tatau jugak . tunggu apa smbungan kak yus . akak boleh jwb part akak ja. *tpi xtau lgi plot dorang nak gerak mcm mana. huahua!

      Thanks for reading dear.. ^^

      -rinsya-

      Delete
  3. hahahaha! pandai2 la Iadid nak pikat Encik Hamid. Go Iadid Go! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. go go!kak yus! *kita dua masih dlm keadaan selamat lgi. hehehe.

      -rinsya-

      Delete
  4. Nak gelak dulu... Warghh..hahahhahahahahah! Kemalangan kerana bergurau senda...?? Lawak sungguh la Ayu oiii. Tak bosan....entry nie best..sama mcm previous entries. Can't wait for next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hahahaa... Adoi kak.. K nanti kita pass kat kak yus!! :DD

      ~ Ayumi ~

      Delete
  5. cair betulla dgn Iadid n siyes comel sngt2 Ad versi ayumi.makin b'semangat nk bc versi Yus pulak.apamcm gaya Iadid nk amik anak tackel bapak.

    ReplyDelete
  6. Izzati:

    ayah AR dah tahu Iadid suka dgan AR..so silalah memulakan misi untuk menjadi menantu yg terpilih...hehee...go Iadid go!

    ReplyDelete