“DAH PENAT KE?” Soal Iadid sedikit kuat sambil tersenyum apabila melihat AR yang dah termengah-mengah. AR hanya menjeling sekilas sebelum berlari anak mendekati Iadid yang memang agak ke hadapan.
“Awak tu tentera udara. Bolehlah lari dekat sepuluh pusingan tanpa henti tapi saya ni kerja pejabat je tau! Mana larat nak lari macam awak!” AR membentak geram sambil mengelap peluhnya. Dahlah cuaca panas. Lagi bertambah panas dengan perangai Iadid ni.
Iadid cuma tersenyum sebelum kembali berlari meninggalkan AR yang terpinga-pinga dekat belakang. Hampeh mamat sorang ni! Ni ke bodyguard yang berwibawa? Aci tinggal je aku dekat belakang ni.
AR merengus sebelum turut berlari mengikut Iadid. Benci betul bila dapat bodyguard yang kuat berlari ni. Iadid ni tak tahu ke apa makna berjalan?
“Ad!” AR berhenti berlari sebelum memalingkan kepalanya ke belakang. Ni siapa pulak pandai-pandai panggil dia Ad? Hanya keluarga terdekat aje yang boleh panggil dia Ad. Ni mesti spesies macam Iadid. Tak reti bahasa!
Tapi mulut yang sudah bersedia untuk memuntahkan amarah, terkatup rapat bila melihat lelaki yang sudah berdiri tegak di hadapannya sekarang. Terasa seperti dunia bagaikan berhenti berputar. Berkali-kali AR memejamkan mata bagi menyakinkan bahawa ini semua bukan mimpi tapi bila dia membuka mata, lelaki itu masih ada. Berdiri di hadapannya dengan bibir yang terukir senyuman manis.
“Long time no see, Ad. How are you?” Tanya lelaki itu apabila melihat AR yang hanya mendiamkan diri. AR terus mengenggam tangannya kuat-kuat sambil menggigit bibir.
Lelaki ini namanya Harith Amri. Setelah sekian lama, dia sama sekali tak menyangka dia boleh berjumpa kembali dengan Harith. Cinta pertama yang dia cuba lupakan selepas abah meminta dia untuk meninggalkan lelaki ini selama-lamanya. Alasan di atas permintaan abah langsung dia tak tahu sampai sekarang. Abah cuma cakap, dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Walaupun pada mulanya, AR membantah tanpa lama-kelamaan dia mula redha. Abah pasti lebih tahu apa yang terbaik untuk dia.
“Alhamdulillah sihat...” balas AR perlahan. Wajah Harith dipandang lama. Tak berubah mana tapi semakin kacak.
“Saya rindu awak....” luah Harith dan dia cuba mencapai tangan AR namun tiba-tiba ada tangan lain yang menyambut tangannya. Serentak Harith berpaling pada lelaki yang sudah berdiri di sebelah AR dengan riak wajah yang serius. AR pulak hanya memandang Iadid sebelum merapatkan kedudukannya dengan Iadid. Biar Iadid melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan. Menjauhkan dirinya daripada mana-mana lelaki.
“Ada apa yang saudara nak dengan isteri saya?” Tanya Iadid dengan nada suara dingin. Sedaya upaya dia cuba menahan dirinya daripada melayangkan penumbuk dekat muka lelaki yang cuba menyentuh AR kesayangan dia ni!
“Isteri?” Terkedu Harith dibuatnya. Adnin dah kahwin? Dia memandang AR yang hanya mendiamkan diri di sebelah Iadid. Langsung tak membantah. Adakah itu bermakna yang AR dan lelaki ini memang sudah berkahwin?
“Betul ke Ad?”
AR mengangkat muka untuk memandang Harith sebelum mengangguk kecil. Isteri pun isterilah! Asalkan Harith cepat-cepat pergi dari sini. Iadid di sebelah dikerling sekilas. Takut jugak dia apabila melihat muka Iadid yang tegang semacam.
“Saya mintak saudara tolong jauhkan diri dari isteri saya. Ayah mertua saya tak suka kalau ada lelaki yang datang mendekati isteri saya ni. Kami mintak diri dulu. Assalamualaikum!” ucap Iadid tegas sebelum menarik lengan baju AR untuk mengikutnya. Terasa sakit di hatinya masih belum reda walaupun dia nampak anggukan kepala AR yang mengiakan bahawa mereka ini suami isteri. Hal itu memang menggembirakan hatinya tapi kalau ikutkan hati, dia ingin bertanya siapakah sebenarnya lelaki tadi? Kenapa AR terkedu sangat bila lelaki tu menegurnya tadi?
“Awak ni kenapa?” Tanya AR apabila dari tadi Iadid langsung tak bercakap walau sepatah pun. Muka pun tegang dan agak menakutkan. Sesekali dia melihat meter kereta Iadid. Hampir mencecah 140 km/jam. Gilalah Iadid ni! Nak accident ke apa?
Iadid masih mendiamkan diri. Sesekali dia memecut laju dan mencilok di antara kereta-kereta yang lain. AR mula mengurut dada. Mak aih, laju sangat ni!
“Iadid, please jangan laju sangat...” Nada suara AR dah mula terketar-ketar. Dia memang takut bila tengok meter kereta Iadid berputar ligat. Mulalah bermacam-macam andaian negatif datang hinggap kat kepala dia sekarang ni.
“Damn!” Terus Iadid memberhentikan keretanya ke tepi dan melangkah keluar dari kereta. AR yang terkejut apabila mendengar Iadid menyumpah terus mengurut dada. Kemudian, dia mengintai Iadid yang berdiri di luar sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar sukannya. Sesekali dia melihat Iadid menyebak rambutnya ke belakang berulang kali. Masa Iadid buat macam tu, serius dia cakap... Iadid nampak sangat kacak. Entah apalah agaknya yang mengganggu Iadid sampai bawak kereta macam pelesit. Takkan dia cemburu dengan Harith kot? Takkanlah kan?
AR buat-muka pandang luar tingkap bila Iadid masuk dalam kereta. Langsung dia tak tengok muka Iadid. Bukan tak nak tapi takut sebenarnya.
“I’m sorry...” ucap Iadid sambil meraup mukanya. Dia memandang AR dengan pandangan penuh rasa bersalah. Tak sepatutnya dia menyumpah tadi. Di depan Ad pulak tu. Dia sepatutnya kena lebih pandai mengawal perasaan cemburu dia. Bukannya Ad tahu pun yang dia sayangkan Ad. Memang satu tindakan yang bodoh, Iadid!
“Kenapa awak marah sangat? Terkejut saya tadi...”
“Saya...” Arghh... takkan dia nak cakap yang dia cemburu!
“Let just forget about it, shall we?” Balas Iadid dan mula memandu keretanya. Kali ini dengan kelajuan normal. Bila dengar suara AR yang terketar-ketar tadi, rasa luruh jantung dia. Tak sanggup nak menakutkan AR untuk kali kedua. Sesekali dia mengerling AR melalui ekor matanya. Gadis itu hanya mendiamkan diri dan sibuk memandang ke luar tingkap. Iadid menarik nafas lega. Nasib baik AR tak tanya apa-apa lagi. Takut dia terlepas cakap pulak nanti dan yang paling penting, dia takut kalau ayah AR tahu pasal perasaan dia terhadap AR.
****
LAMA AR memandang gadis yang berdiri di sebelah Iadid. Kemudian matanya beralih pula pada tangan gadis tersebut yang melingkari lengan Iadid. Tiba-tiba dia terasa panas tapi muka dia masih lagi selamba.
“Wife?” Soal AR.
Iadid terus ketawa sebelum mengusap kepala gadis di sebelahnya. Sumpah AR rasa macam nak tepis tangan Iadid. Sakit mata dia tengok! Ke sebenarnya dia cemburu? AR merengus. Buat apa nak jealous kan? Bukannya dia ada apa-apa dengan Iadid ni.
“Ni adik sayalah, Imanina...” ucapnya sambil tersenyum manis. Suka pulak dia tengok muka merah AR tadi. Jealous ke?
“Ohh...” Entah kenapa AR menarik nafas lega. Dia tersenyum pada Imanina sebelum menarik tangan gadis itu untuk masuk ke dalam rumah. Patutlah Iadid menghilang lepas balik dari jogging tadi. Ingatkan lelaki tu dah tak nak jaga dia lagi tapi rupanya tak. Dia bawak peneman rupanya. Lega jugak sebenarnya hati AR. Tak adalah dia berdua-duaan dengan Iadid lagi. Walaupun dia yakin yang Iadid takkan apa-apakan dia tapi Iadid tu lelaki. Manalah tahu kan kalau tiba-tiba, Iadid hilang kawalan. Masya-Allah, tak sanggup dia nak fikir!
“Imanina datang teman akak la kan?”
Imanina mengangguk sebelum tersenyum kecil. Suka betul AR melihat muka adik Iadid ni. Lembut je. Cantik pun cantik.
“Ada Nina, terus lupa saya ye?” Iadid melangkah masuk ke dapur sebelum duduk di kerusi kaunter. Sempat dia mengerling AR yang tengah terkumat-kamit mengutuk dia. Walaupun mulut comel tu mengutuk dia tapi hati tetap bahagia. Sekurang-kurangnya dapatlah dia melihat AR senyum sekarang ni. Takdelah masam je!
Lagipun, memang dia sengaja bawak Imanina datang sini. Dia pun sebenarnya kurang selesa untuk tinggal berdua dekat rumah ni bersama-sama AR. Ingatkan kat rumah AR ni ada orang gaji tapi takde rupanya. Nasib baik Imanina nak ikut dia. Kalau tak, dia tak tahu nak bawak siapa lagi.
“Hari ni nak makan apa?” Tanya Iadid sambil menongkat dagu. Matanya masih tak lepas dari memandang AR yang tengah bergelak ketawa dengan adiknya.
“Abang nak makan apa?”
“Abang tak kisah... Nina nak masak apa?”
AR memerhati Iadid dan Imanina sebelum dia berdehem kecil. Pagi tadi kan Iadid yang masak dan sekarang ni, tibalah giliran dia untuk menunjuk bakat memasak dia. Jangan ingat anak dara Encik Hamid tak pandai memasak. Abah dia pun suka masakan dia tau!
“Kali ni biar akak yang masak.” AR sengih panjang sebelum memandang Iadid yang dah menjungkit kening.
“Kenapa buat muka macam tu?” Tanya AR tak puas hati. Menyindir la tu!
“Awak pandai masak apa?”
“What do you want to eat?” Soalan berbalas soalan. AR mula berpeluk tubuh sambil mengangkat kening pada Iadid.
Iadid senyum sinis dan mengetuk-ngetuk hujung bibirnya dengan jari telunjuk. “Apa-apa pun boleh eh?”
“Just name it!” balas AR dengan nada berlagak. Sekali Iadid mintak makanan Jepun, ternganga kau nanti!
“Makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang... Is that okay?” Soal Iadid sambil memandang AR yang dah terdiam. Sebenarnya dia tak kisah pun makan apa asalkan AR yang masak.
AR tunduk memandang lantai. Terasa berbahang muka dia apabila mendengar jawapan Iadid. Jangan tanya kenapa dia malu tapi bila dia dengar Iadid cakap macam tu, dia rasa macam ada rama-rama dalam perut.
“Ehem...ehem...” Imanina yang hanya mendengar dan menjadi penonton setia dari tadi berdehem sebelum ketawa kecil. Patutlah beria-ia abang dia mengajak dia ke sini. Nak diperkenalkan dengan bakal kakak ipar rupanya.
AR yang terdiam tadi terus menggaru kepalanya. Dia mencapai apron sebelum mengangguk kecil. “Boleh je. Saya memang... selalu ma..sak... dengan penuh kasih sayang...” Tergagap-gagap dia membalas. Bibir digigit geram. Kenapa dengan kau ni, AR?!
“Terima kasih...” Iadid meleretkan suara sambil menjeling AR yang dah bersedia untuk memasak. AR hanya mendiamkan diri sebelum dia membelakangi Iadid dan menekup dadanya yang berdebar-debar. Apa sudah jadi ni, AR?
***
“TARAAA!” AR meletakkan ikan kerapu kukus di atas meja. Betul-betul di hadapan Iadid. Sesekali dia mengangkat kening pada Iadid yang sedang memandangnya dengan riak kagum.
“Not bad...”
AR tersengih sebelum melabuhkan duduk di sebelah Imanina. Sempat dia menjeling Iadid yang tersenyum-senyum dari tadi.
“Makanlah...”
“Pandai Ad masak...” Puji Iadid sambil tersenyum manis. Menampakkan lesung pipit yang langsung AR tak perasan selama ini.
“Masak simple-simple je...”
“Simple apa macam ni, Kak Ad? Marvellous tau!” puji Imanina pulak sambil memasukkan kuah tomyam ke dalam mangkuk kecil.
“Bau tomyam ni memang sedap...”
“Bau je yang sedap, Nina. Rasa tak tahu lagi...” AR merendah diri. Malulah pulak bila Iadid dengan Imanina asyik puji dia. Nampak je sedap tapi rasanya belum tahu lagi. Takut termasin je nanti.
“Bertuah siapa yang kahwin dengan awak nanti...” ucap Iadid perlahan sambil memandang Iadid. Secubit ikan kukus dimasukkan ke dalam mulut. Sedap!
Setiap kali Iadid memuji, muka AR pasti terasa panas. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Padahal Iadid je pun!
“Abang kahwinlah dengan Kak Ad,” usul Imanina sambil ketawa kecil. Iadid yang mendengar terus mencubit pipi adiknya. Walaupun dia memang suka dengan kata-kata adik dia tu tapi dia takut AR tak selesa pulak nanti. Iadid terus memandang AR yang hanya mendiamkan diri.
“Ad...”
“Hmm?” AR terus mengangkat muka.
“Are you okay?”
“Okey. Jomlah makan...” AR berpura-pura sibuk dengan menuangkan air ke dalam gelas. Bukannya dia tak dengar apa yang Imanina cakap tadi. Jantung yang berdegup kencang ni dibiarkan aje. Kenapa agaknya dengan hati dia sekarang ni? Takkanlah dia dah mula sukakan Iadid? Hish!
***
“AWAK...” AR memanggil Iadid yang tengah menonton televisyen. Imanina pulak tengah sibuk menyiapkan assignmentnya di meja makan.
“Hmm...” Iadid menjawab tapi matanya masih lagi tak lepas dari kaca televisyen.
“Awak ni ada darah campuran ke?”
Terus Iadid berpaling ke arah AR yang tengah memandangnya dengan muka ingin tahu. AR nampak sangat comel pulak dengan rambut yang ditocang satu. Alangkah indahnya kalau rambut itu ditutup dengan hijab.
“Awak...”
Iadid sedikit tersentak. Boleh pulak dia mengelamun! Dia menggaru tengkuknya sebelum memandang AR yang masih menantikan jawapannya.“Mak saya mualaf. Dia Australian. Ayah saya pure Malay.”
“Ohh.. no wonder...”
“Kenapa?”
“Muka awak dengan Imanina tak nampak macam Melayu sangat,” kata AR sambil tersenyum. Dengan rambut berwarna hitam keperangan dan mata berwarna biru gelap... dari dulu lagi, dia memang dapat rasa yang Iadid memang ada darah campuran. Tapi pernah jugak dia ingat yang Iadid pakai contact lens tapi bila dia tengok betul-betul, barulah dia tahu yang memang mata Iadid warna biru.
Iadid cuma tersenyum kecil sebelum kembali menonton televisyen tapi apabila mata AR masih tidak beralih dari memandangnya, dia mula rasa tak selesa. Kenapalah agaknya dengan AR ni?
“Ada apa-apa yang tak kena ke, Ad?”
AR hanya mendiamkan diri sebelum menggeleng kecil. Selepas itu, dia terus bangkit dari duduknya. Makin lama dia duduk sini, makin serba tak kena jantung dia.
“Saya nak tidur dulu... Good night. Assalamualaikum.”
“Good night, Ad. Waalaikumussalam... Sweet dreams.” Iadid hanya memerhati langkah AR yang sudah menapak naik ke tingkat atas. Sempat jugak AR menjenguk Imanina sebelum mengucup pipi adiknya tadi. Tersentuh juga hati Iadid melihat perlakuan AR.
“Dia akan jadi seorang isteri dan kakak ipar yang baik...” bisik Iadid perlahan dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
_____
Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah kali ni giliran saya pulak. Harap korang semua suka baca bab kali ni. Hehehe! Oh-oh, alang-alang dah post ni... nak tunjuk gambar Iadid versi saya boleh? :DD Saya pass bab ke 5 pada kak Rin pulak :D
Wohoooo Iadid mata biru.. Patutlah terbayang muka dia hensem je. Keh3 >___<
ReplyDelete~ Ayumi ~
Hehehehe! sbb hero gambaran moon ni mata biru :P hensem kan? ngehngeh!
Delete~Moon~
Superb la laling... hehehe
ReplyDeleteTerima kasih kak yus <3 hehehe.. tapi maaf kalau kurang apa2. :)
Deletetak sabar nak tunggu next entry~ ;)
ReplyDeletehee.. sila nantikan entry seterusnya daripada kak rin :D
Delete~Moon~
Liya punya hero xsah kalau mata tak mengancam.huhu.akk suka bab 4.Boleh kata bab 4 ni elaborate bab 3 yang sememangnya menarik.Akak senyum lebar bila Iadid bwk Imanina dtg temankan mereka berdua.akk tergelak bila baca part jelez Iadid tu.Boleh tahan baran Iadid ni eih.terus ckp isteri.hehe.Well done Liya.Akak ingt ayah Ar dah tahu perasaan Iadid.Isau nih.kang melepas lambat2 cakap.
ReplyDeletep/s:masak dgn kasih syg eihhh.okei kena ingt nih.
Syukran kathir tuk korang b'4 sbb cter ni makin best n akk dpt bc cter yg best.
hehehehe.. iadid tu cepat marah bila ada lelaki lain kacau AR. dia sorg je yang boleh kacau AR. orang lain mintak maaf byk2. kalau nak dekat, siaplah! hehehe! :) terima kasih kak jiba <3
Deletep/s : A'ah. masak dengan kasih sayang tu amat penting :D
~Moon~
Perghhh hensemmmm tuuuuuu. Nak Iadid boleh tak? Tak yah bagi kan AR :p
ReplyDeleteMoon yang nak Iadid! :P hehehe.. kita kongsi la ye?
Delete~Moon~
Best...
ReplyDeleteBunga-bunga cinta dah mula tumbuh...
hehehe.. yup :D mcm lagu misha omar dah. terima kasih <3
Delete~Moon~
wah! crita ni gabungan dr writter2 yg superb..mmg best.. next n3..
ReplyDeleteterima kasih kak suhana :)
Delete-Moon-
Part Iadid jeles kata Ad wife dia tulah yang paling romantik sekali. Oh Ad, pleaseeee... takkanlah tak tau Iadid tu jeles kot. Hihihihi. Iadid dah boleh 'himpit' lagi nie, Ad tak bantah pun masa Imanina tu suggest jadikan Ad isteri abang dia kan...
ReplyDeleteP/S : Imanina ni macam nama heroin dalam novel online blog Luahan Dari Otak Kecil la pula...
Hehehee! Suka nama Imanina tu :D terima kasih :)
Delete-Moon-
Izzati:
ReplyDeleteso sweet!..dan dan je Iadid suruh Ad masak makanan yg penuh dgn kasih sayang..cewahhh,melting jap...bestt!
Hahaha! terima kasih :) kan? sempat je dia nak suruh masak segala.
Delete-Moon-