Tuesday, 11 December 2012

Marry Your Daughter ~ 10




Pening!  Pening! 

Kalau perempuan lain mungkin senang sikit nak pujuk, hantar je bunga dua tiga lori, dua tiga hari tunggu depan pintu pagar mesti dah hancur luluh meleleh-leleh hatinya.  Tak pun, basking je dengan gitar tong nyanyi lagu jiwang-jiwang karat dapat empat lima hari, mesti tak sempat nak kata sorry pun mesti dulu-dulu dah senyum empat lima depa tapi apabila kena kat anak Encik Hamid ni.. hadoilah, bukan takat bunga dua tiga lori, kalau hantar pakai Airbus MAS tu tiga empat buah pun tak tentu lagi dia nak tunjuk muka apatah nak kata, it’s okay, I understand why you did that

Huh, susah betul nak pujuk perempuan seorang ni.  Orang kata, lagi susah lagi thrill kan.  Eh, iya ke?  Lagi haru adalah, suku lagi nak sasau ada duk memikir macam mana nak cari jalan untuk pujuk semula hati si Adnin Rania tu. 

Adnin Rania.  Adnin Rania.  Adnin Rania.  Adnin Rania. 

Dah penuh kertas A4 diconteng dengan nama perempuan tu.  Bukan setakat atas kertas A4 tu je, kat dada, kat hati, kat kepala malah kat semua tempat hak milik peribadi Iadid dah penuh dengan nama Adnin Rania.  Gila.  

Salah aku jugakan.  Siapa yang suruh tak cerita semuanya awal-awal.  Iyalah, tapi aku rasa macam tak penting je nak ceritakan kisah silam yang dah aku simpan dalam lipatan diari semalam.  Memang tak akan berganti kasih pada arwah Fitri.  Kasih pada arwah Fitri tak pernah akan sama dengan kasih pada Adnin Rania.  Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza dan nilai cinta yang berbeza juga.  Tak adillah kalau AR nak samakan rasa kasih aku pada dia dengan kasih aku pada Fitri.  Tak pernah akan sama.  Tak boleh nak bandingkan kasih sayang kedua-duanya.  Tak ada tandingan dan darjah ukuran.  Dua-duanya berbeza.  Kalau aku boleh terangkan satu persatu dah tentu aku terangkan bulat-bulat tapi perasaan ni bukan boleh ditunjukkan dengan kata-kata.  Sekadar meluahkan rasa kasih dan sayang tu bolehlah, itu pun bukan macam nak baca A, B, C.  Iadid dah mula berperang dengan perasaan sendiri, sudah mula pandai berkata-kata sendirian.

Bosan dengan aktiviti menconteng nama Adnin Rania di atas kertas A4 yang sepatutnya dipenuhi dengan nota-nota tugasan yang perlu dilakukan, sudahnya Iadid  beralih kepada lappy yang terletak di atas katil.  Masih terpasang fb yang dibiarkan hampir dua jam tanpa log out itu.  Tiba-tiba dia terpandang notification yang masuk.

‘AR posted in Luahan Kasih…Belaian Jiwa’

Hah, online rupanya anak gadis Encik Hamid ni.  Serentak itu juga Iadid tersenyum kerana di fikirannya kini ada sesuatu yang perlu dilakukan.  Walau pun tak terpujuk, tetapi sekurang-kurangnya ini langkah pertama bagi perjuangan yang harus diharunginya.

Lincah jari jemari panjang Iadid menaip sesuatu.

“DJ Iskandar Basha, tolong putarkan lagu Relaku Pujuk, Spider.  Ditujukan khas untuk AR”

Iadid yakin benar DJ Iskandar Basha di Soulfm akan putarkan lagu permintaannya dan dia benar-benar confident yang Adnin Rania pasti akan mendengarnya serta membaca postingnya di ruang group Luahan Kasih… Belaian Jiwa itu.  Hmm.. DJ tu kawan baik Iadid sebenarnya, satu sekolah masa di sekolah menengah dulu.  Iadid memang tahu sangat AR selalu mendengar Soulfm tu.  Mana tidaknya, Imanina a.k.a informer tak rasminya tu selalu sangat melaporkan aktiviti AR yang satu tu. 

Tidak sampai lima minit, kedengaran suara Tam Spider di corong speaker lappy Iadid.  Cun.  Mesti AR sedang mendengarnya.  Harap-harap gadis tu fahamlah perasaan hatinya saat ini.


Ku dikejar bayang bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya
Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku...


************************************

Mata AR tertumpa pada posting yang tertera di wall group itu.  Hish, biar betul mamat ni.  Alunan lagu nyanyian Tam Spider memenuhi ruang kamar beradunya.  Suasana suram membawa AR hanyut dalam perasaannya sendiri.  Posisi duduknya sudah mula bertukar.  Kepala diletakkan perlahan ke atas bantal bersampul putih bersih berbunga kecil.

Putih.  Bersih.  Begitu jugalah dengan sebuah hubungan hati baginya.  Perlu suci dan murni.  Perlu dimulakan dengan kejujuran dan keikhlasan.  Salahkah apa yang dia lakukan? 

Kadang-kadang rasa cemburu pun ada juga apabila memikirkan apakah pandangan redup yang sering dihadiahkan untuknya itu turut pernah dihadiahkan kepada arwah Fitri.  Hish, gila …

Memang gila pun kalau orang tahu dia cemburu pada orang yang telah tiada.  Namun cemburu yang mencengkam ini bukan cemburu sembarangan.  Cemburu kerana sayang.  Hah, sah dan tepat sekali, memang Adnin Rania telah mula jatuh sayang pada Iadid, mamat airforce yang asyik duk merasuk fikiran dia siang dan malam tu. 

Memang tak dinafikan, semua rakan-rakan sedia maklum akan perangainya yang sentiasa mahu menjadi nombor satu dalam hati insan yang bakal memilikinya.  Namun itu tak bermakna dia akan menolak takdir yang telah ditulis untuknya.  Cuma, dia terkilan.  Amat!  AR merasakan perlu untuk Iadid menjelaskan tentang masa silamnya sebelum mereka memulakan perhubungan.  Sebuah perhubungan yang mempunyai banyak lorong dan ruang rahsia sukar untuk bertahan lama.  Apabila sedikit demi sedikit kisah silam terbongkar, takut-takut ia mampu merentap tangkai hati sehingga mengorbankan masa depan. 

Bibirnya bergerak-gerak mengikut rentak dan lirik lagu Relaku Pujuk tanpa henti.  Memang berhantu pun lagu ni.

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk


AR tersenyum sendiri.  Hmmmm… sanggup ke mamat airforce tu nak pujuk aku.  Ingat senang ke?  Heh, setakat lagu Tam Spider ni belum cair lagi.  Dalam diam, AR akui, dia bukan tak tersentuh dengan langkah pertama Iadid tu.

Sebenarnya bukan dia betul-betul marah pun cuma rasa macam nak ajar kat mamat tu je.  Biar dia rasa gelabah tak hengat.  Ingat senang nak pujuk Adnin Rania.  Hambik kau!  Senyuman AR semakin melebar.  Dia akan terus mendiamkan diri dan melihat sejauh mana langkah Iadid dalam memujuk hatinya.  Kalau Iadid benar-benar ikhlas untuk menerima dirinya, tentu mamat airforce tu akan timbul dengan bermacam-macam cara. 

Kalau nak seribu daya.  Kalau dah jodoh, tak ke mana!  


*****************************************************

Psstttttt... oleh kerana Ayumi sibuk dengan assignments dan studies beliau sekarang ni, Kak Yus ambil dululah baton ni ye.. Maaf juga sebab ambil masa yang sangat lama nak hapdet blog ni.. harap anda semua tak jemu menanti.. Mohon kak yus maaf utk ketidaksempurnaan entry ni.. Terima kasih.


10 comments:

  1. wallah! best la kak yus <3 pujuk si AR tu, Iadid!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... lepas ni mesti Ayumi tolong Iadid punyalah..kaw2 dia bukak langkah nak pujuk.. hehehe.. siaplah AR, cair nanti.. ~ Kak Yus.

      Delete
  2. sukaaa.. <3 ..kak ayu,next entry kan? sila buat panjang2 kayyy.. =D

    ReplyDelete
  3. Best.....
    Harap dapat baca sambungan lagi....cepat-cepat updated ye sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..lepas ni Ayumi ambik baton, tapi dia sdg sibuk sesangat tu..hehe ~ Kak Yus.

      Delete
  4. Haa....dah agak dah...mesti Kak Yus tulis. Baca dari awal tadi macam bukan style Ayu jer..

    Go Iadid go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik3... boleh cam ehh Aziela style kak yus menulis ye.. kita tengok camner skill memujuk Iadid lepas ni.. go ayu go... ~ Kak Yus.

      Delete
  5. salam yus

    satu E3 yg sungguh membuat kita terbuai dengan cara Iadid memujuk AR..so sweet...

    ReplyDelete
  6. lama sggh xmasuk bc kat cni.sggh rindu.sbb hari2 wajib dgr lagu dia buat sy xthn kerinduan dgn MYD.caya la Iadid tunjuk skill pujuk.kuarkan skill2 yg t'pendam tuh.well done Yus.(xtau sape yg lagi tua harap ampun)huhu.

    ReplyDelete