Saturday 21 July 2012

Marry Your Daughter epi 2

MYD – Ayumi Syafiqah tulis

“TOLONG jangan panggil Ad. Panggil je AR sebab ‘Ad’ adalah panggilan untuk orang-orang yang paling rapat dengan saya!” tegas AR sambil berpeluk tubuh. Riak wajahnya penuh angkuh. Bukan nak menyombong, tapi dek kerana rasa geram dah menunggu hampir sejam! Mamat ni pulak bukannya nak minta maaf. Boleh pulak tayang muka selamba siap panggil dia Ad!
            “Amboi... garang ada gaya Encik Hamid juga. By the way, saya ni tentera udara, best buddy your dad...” balas Iadid masih lagi dengan riak selamba. Sempat dikerling wajah AR yang dah masam ala-ala cuka. Senyum yang hampir terukir cuba disembunyikan. Comel...
            AR yang mendengar kata-kata itu terus terbuntang biji mata. Oh no!!! Abah ni tak ada orang lain ke dia nak upah jadi bodyguard? Kenapa mesti tentera udara jugak? Nasib baik muda, muka hensem, badan pula tegap semacam. Ehhh... sempat kau Ad!
            AR toleh jam di tangan. 7.50! “Jomlah pergi. Dah lewat ni!” katanya lalu bergerak menghampiri kereta Honda putih yang dipandu Iadid tadi.
            “Nanti kejap!” Iadid menahan tiba-tiba membuatkan langkah AR terhenti.
            “Apa lagi? Saya dah lambat ni tau tak!” Suara AR naik tinggi.
            “Hmm...” Iadid perhatikan AR atas bawah.
            Melihat tingkah lelaki itu, AR ketap bibir kuat-kuat. “Awak tengok apa hah?! Nak saya report kat abah saya ke?” marah AR dengan suara kuat. Dahlah dia tak kenal sangat mamat ni, dibuatnya dia buat apa-apa tak ke niaya? Abah salah pilih orang kut? Hishh... seram!
            Iadid tersenyum nipis. “Ad, saya rasa awak tak boleh pakai macam ni,” katanya dengan muka selamba.
            AR tunduk renung pakaian sendiri. T-shirt lengan pendek yang agak singkat, tracksuit warna hitam belang biru dengan kasut sukan Nike. Apa yang tak bolehnya? Belum sempat dia bertanya soalan itu, Iadid sudah berlalu ke arah keretanya. Pintu tempat duduk belakang dibuka sebelum mengeluarkan satu beg plastik. Kemudian beg plastik dihulurkan kepada AR.
            AR jongket kening. “Apa ni?”
            “Awak kena tukar baju, pakai baju yang saya bagi ni. Baru nampak sopan,” balas Iadid dengan senyuman manis.
            “What?!” Mata AR terbuntang luas. Sah, memang abah upah baby sitter untuk dia!
            “Maaf, Ad... tapi saya cuma ikut arahan abah awak. Dia yang pesan pada saya supaya perhatikan cara awak berpakaian. Dia cakap lagi, awakkan nak pergi main tenis. Bahaya kalau pakai seksi-seksi. Nanti kalau terselak ke, terjatuh ke... tak elok dipandang orang,” jelas Iadid satu-persatu. Jelingan tajam AR tahap nak tercabut dua mata tu dibuat tidak nampak saja. Jelinglah macam mana pun, kalau dah comel tu... comel jugak!
            AR hembus nafas kasar. Dia tahu Iadid tak mungkin menipu. Seolah-olah terbayang-bayang di matanya wajah garang abah setiap kali mengingatkannya soal berpakaian. Mamat ni pun satu, dah cakap jangan panggil Ad, panggil Ad jugak. Hish! Memang nak sepak kut.
            “Tapi saya dah lambat. Cuba awak tengok jam ni... dah pukul 7.55!” AR menekan suara sambil menayang jam di tangan kepada Iadid.
            Iadid dengan lagak bodoh-bodoh alang merendahkan sikit kepalanya memandang jam di tangan AR. “Maaf Ad, tapi arahan abah awak tak boleh dibantah.” Dengan senyuman dia membalas.
            AR rasa nak jerit kuat-kuat! Dalam hati, dia menyumpah-nyumpah sendiri.
            “Fine! Tunggu sini.” Beg plastik di tangan Iadid dirampas kasar lalu dia bergerak masuk semula ke dalam rumah. Nasib baiklah abah dan ibu ada kat kampung sekarang. Kalau tidak, ada jugak yang pekak telinga dengar bunyi pintu yang dihempas kuat.

BAJU besar gedabak lengan panjang yang melepasi paras punggung diperhati dengan muka berkerut. AR mengeluh kasar. Sabar ajelah Ad!
            “AR! Kenapa lambat?”
            Teguran itu membuat kepala AR tertoleh ke sisi. Kelihatan Hilman sedang tercegat di situ sambil memandangnya menanti jawapan.
            “Tadi...” AR mengerling ke arah Iadid yang sedang berdiri tegak tidak jauh daripadanya. “Tadi ada mamat tercabut skru mana entah yang kacau I. Itu yang lambat tu. Sorry eh...”
            “Ohh takpe... Lagipun turn kita belum sampai lagi. Jomlah ke sana, jumpa bos dulu,” ajak Hilman mesra.
            AR mengangguk. Namun belum sempat dia membuka langkah, terasa ada sesusuk tubuh berdiri tegak di depannya sekali gus menghalang laluannya. AR buntangkan mata luas-luas. Terkejut.
            “Saya Iadid Arsyad... bodyguard AR. Mengikut arahan abah dia, dia tak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki, apatah lagi nak berbual mesra macam ni. Jadi saya harap awak faham dan dapat jaga jarak dengan AR.” Tenang Iadid menyusun kata.
            Hilman terkebil-kebil tanpa suara. AR pula sudah menunduk dengan muka merah padam. Malunya! Dia rasa macam nak terjun masuk longkang sekarang jugak tau!
            “Err...” Kelat wajah Hilman sambil mengerling ke arah AR yang hanya tunduk. Mula-mula ingat nak melawan, tapi bila tengok wajah serius lelaki yang bernama Iadid tu dengan badan dia yang tegap semacam, terus tak jadi. Nanti kang bukan saja tak dapat lawan tenis, hiking dengan kawan-kawan hujung minggu ni pun kena cancel terus!
            “Hmm... Okey AR, jumpa kat sana,” ujar Hilman dengan wajah takut-takut lalu terus beredar mendapatkan bosnya yang sudah menanti di tepi gelanggang tenis.
            Sebaik saja kelibat Hilman berlalu, barulah AR mengangkat mukanya. Pandangan selamba Iadid ditentang penuh berani. “Kenapa awak cakap macam tu tadi?”
            “Maaf Cik Adnin Rania, tapi saya cuma menjalankan tugas,” jawab Iadid sambil menundukkan sedikit kepalanya.
            AR merengus geram. Niat nak sorok Iadid tadi dah hancur lebur. Mesti esok Hilman buat kecoh cerita satu ofis pasal dia bawak bodyguard pergi perlawanan tenis. AR bawak bodyguard?! Ohh, boleh ribut taufan satu ofis!
            “Sudahlah! Saya tak nak awak ikut saya. Awak tunggu aje kat sini, jangan buat apa-apa lagi. Faham?” AR mengeluarkan arahan.
            Iadid geleng kepala. “Tapi Ad, abah awak...”
            “Sekarang abah tak ada! Jadi dia takkan tahu kalau awak tak bagitahu,” tegas AR dengan mata bulat.
            Iadid menundukkan kepala. “Maaf Ad, tapi saya dah dilatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Tak baik tak tunaikan amanah orang.”
            Mendengar jawapan itu, AR rasa macam nak hempuk kepala Iadid dengan raket tenis. Ergh! Menyusahkan betul! Malas berlawan cakap lagi, dia terus melangkah laju mendapatkan Hilman dan bosnya, Encik Karim.

SEPANJANG perlawanan berlangsung, Iadid tak habis-habis nak menempel dengan AR. AR ke sana, Iadid ke sana. AR ke sini, Iadid ke sini. Hanya satu tempat yang AR pasti Iadid takkan ikut, tandas! Nampak saja bayang-bayang pintu tandas dalam kepala, AR segera angkat kaki. Mahu melarikan diri daripada Iadid.
            “Weh, you nak ke mana kalut sangat ni?” Hilman yang terserempak dengan AR di laluan menuju ke tandas cepat-cepat menyoal.
            “Err... I nak ke tandas. Man, kalau you nampak bodyguard I, dia tanya I ke mana or whatsoever, tolong jangan bagitahu dia. Okey?” pinta AR dengan wajah berpeluh-peluh. Belum main lagi, dah berpeluh sakan. Ni bukan peluh sebab penat bermain, tapi peluh sebab penat ‘main sorok-sorok’ dengan baby sitter!
            “Tapi kejap lagi dah sampai turn kita. Jangan lama-lama sangat tau?” Sempat lagi Hilman berpesan sebelum gadis itu terus berlari masuk ke tandas.
            Di dalam tandas, AR mundar-mandir tanpa arah tujuan. Seolah-olah berharap pabila dia keluar nanti, Iadid takkan muncul lagi di depan matanya. Jam di tangan ditoleh. Sekejap saja lagi, giliran untuk wakil syarikat Encik Karim akan tiba. Mengenangkan hal itu, kebimbangan AR semakin memuncak.
            Dia bukannya pandai main tenis pun. Dibuatnya bola tu terkena mata ke, perut ke... tak ke niaya? Itu satu hal, kalau tiba-tiba jatuh terbongkang kat tengah gelanggang tu, mana nak sorok muka ni ha?
            AR garu-garu kepala. Sekali lagi dia melihat jam di tangan. Wajah yang terbias pada cermin dalam tandas itu direnung sendiri. Nafas dihembus perlahan-lahan, cuba meredakan ketegangan dalam hati. Beberapa minit begitu, AR akhirnya melangkah menuju ke pintu. Kepala dijengulkan ke luar, mengesan kalau-kalau kelibat Iadid ada di mana-mana. Sekali pandang, dah macam gaya nak lari daripada penculik aje.
            Yakin bayang-bayang Iadid tiada, AR segera keluar dari tandas. Namun langkahnya yang laju itu tiba-tiba terhenti pabila terdengar satu suara menegur. AR tegak berdiri dengan muka tegang.
            “Awak ke mana tadi, Ad? Puas saya cari,” tanya Iadid sambil berjalan mendekati AR yang sedang membelakanginya.
            AR menarik nafas dalam-dalam. Hati menggerutu memarahi Iadid. Tak boleh tengok orang senang langsung! Perlahan-lahan, dia memusingkan tubuh menghadap Iadid. Lelaki itu berdiri rapat dengannya membuatkan AR kaku seketika. Nasib baik Iadid tinggi, kalau tidak tentu mukanya dah bertemu dengan muka lelaki tu. Haruman yang dipakai Iadid bagaikan menerobos masuk ke rongga hidung AR, menghantar rasa getar dalam hatinya. AR sengap di situ dengan mata yang tidak berkelip. Masing-masing bagaikan kelihatan peti suara buat seketika.
            “AR!”
            Panggilan itu mengejutkan AR. Kepalanya tertoleh. Nampak saja kelibat Hilman dengan muka pelik campur curiga, AR pantas menjarakkan kedudukannya dengan Iadid. “Aaaa... Man! Ada apa?”
            Hilman mengecilkan anak matanya, memerhati kedua-duanya silih berganti. Muka AR pucat, muka Iadid pula selamba. Tetapi di sebalik keselambaannya itu, Hilman bagai ternampak-nampak riak resah di situ. “Errr... turn kita dah sampai,” ujar Hilman teragak-agak. Jari telunjuk kanan menuding ke arah jam yang tersarung di pergelangan tangan kiri.
            “Ohh! Okey, okey...” Kalut AR mengangguk. Sempat lagi dia mengerling ke wajah Iadid sebelum berlalu mengikut langkah Hilman untuk ke gelanggang.
            Hilang kelibat AR, barulah Iadid menghembus nafas panjang. Fuhhhh! Hampir pitam menahan debaran tadi. Nafasnya terasa semput seketika. Di depan AR, bukan main lagi cover line. Tapi hakikatnya, jantungnya dah rasa nak terlompat keluar. Peluh yang merenik di dahi dikesat perlahan. Yakin dirinya sudah kembali bertenang, barulah Iadid mengatur langkah menuju ke arah gelanggang tenis.
            Dari tempat duduk penonton, Iadid memerhati cara AR bermain penuh minat. Jelas di matanya, gadis itu nampak kekok sekali memegang raket, apatah lagi mahu menyambut bola yang dihantar kepadanya. Acap kali bola itu jatuh ke atas gelanggang tanpa sempat disambut. Melihat ada beberapa orang penonton yang tergelak-gelak, Iadid pun ikut sama bantai gelak. Lawak dowh!
            Muka AR dah masam-masam kelat. Terasa nak baling aje bola kuning tu ke muka Iadid. Sakit hati tau tak! Elok aje dia gelak-gelak, sikit lagi nak berguling atas lantai. Tadi bukan main control macho... gentleman la konon! Huh!

SELESAI bermain, AR duduk di atas sebuah bangku. Tuala kecil di tangan digunakan untuk mengelap peluh yang membasahi mukanya. Walaupun main setakat cukup syarat aje, rasa penat itu tetap terasa menjalar ke seluruh tubuh. AR hembus nafas panjang.
            “Minum?”
            AR mendongakkan kepala. Iadid sedang tercegat berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan sebotol air mineral. AR menjeling. Botol air mineral itu tetap diambil dengan muka masam.
            Penutup botol dibuka. Tetapi belum sempat air itu diteguk, AR terasa lain macam. Pantas kepala ditoleh ke arah Iadid. Ternyata lelaki itu sedang merenung mukanya tanpa kelip. AR kerut muka.
            “Excuse me, awak ni kenapa? Tak ada tempat lain ke nak tengok? Pergilah duduk sana!” marah AR. Namun suaranya masih terkawal, takut mengundang pandangan orang lain. Apatah lagi Hilman yang duduk agak berjarak daripadanya. Bukan dia tidak suka Iadid berdiri dekat dengannya, tetapi renungan lelaki itu meresahkan hatinya. Gelisah semacam!
            Iadid menahan senyum. Asalnya dia mahu terus berdiri di situ dan merenung wajah AR tanpa jemu, tapi sebelum AR melenting lagi kuat, baiklah dia angkat kaki. Bukannya jauh sangat pun, sekadar duduk dalam jarak dua, tiga depa daripada bangku yang diduduki AR.
            AR menghela nafas. Yakin mata Iadid tidak lagi memandang ke arahnya, barulah air mineral di tangan diteguk untuk menghilangkan dahaga.

WALAUPUN seluruh badan terasa sakit-sakit dan sengal satu macam, AR tetap gagahkan diri untuk ke pejabat keesokannya. Melangkah saja masuk ke ruangan pejabat, suasana yang tadinya kecoh menjadi senyap sunyi. Semua mata kini terhala ke arah AR. AR yang pelik, terkebil-kebil dengan muka blur. Apakah?
            “Kenapa tengok I macam tu? Pelik ke baju yang I pakai ni?” AR tunduk renung tubuh sendiri. Baju kurung warna pink, pelik ke? Lawa adalah!
            “Ehem! Ehem! Malam tadi kan... ada orang tu bawak bodyguard pergi MSN. Konon ada orang nak ganggu dialah kut. Ohh, please! Setakat muka macam tu, siapalah yang nak, kan?” Adira bersuara gedik sambil bangun berlalu ke arah meja kerjanya.
            AR dah terbau-bau aura cemburu yang menyelit pada ayat-ayat Adira tadi. Apa kes minah tu?
            “AR! Amboiii... bawak bodyguard eh? Akak dengar bodyguard AR tu hensem. Mana AR kenal dia ya?” Giliran Kak Nia pula yang menyoal sambil menghampiri AR yang tercegat di depan pintu ruangan pejabat.
            AR terkelip-kelip. Kan dia dah cakap? Mesti hal ni akan jadi kecoh. Ni mesti Hilman punya kerja. Anak matanya kini meliar mencari Hilman. Lelaki itu sekadar tersengih-sengih dengan muka innocent.
            “Mana ada, kak. Itu bukan bodyguard saya...” AR berdalih dengan wajah kelat.
            “Habis kalau bukan bodyguard, boyfriend you eh?” Wan Rizwan pula menyampuk sambil tersengih-sengih.
            AR menjeling. “Tak adalah. Itu sebenarnya kawan abah I. Dia...”
            “Kawan abah merangkap menantu mungkin?” Kak Nia mengusik.
            Mata AR terbuntang dengan mulut ternganga luas.

**********

Pesanan penaja : Hai semuaaaaa! Hope enjoy baca n3 ni. Sorry kalau n3 ni tak memuaskan hati uolls., terpendek or terpanjang ke. Nanti kita kasi Kak Yus sambung lak. Kak Yus, tolong improve k. hehe~ Kita tunggu lak apa jadi dengan Iadid dan AR 2 minggu dari sekarang! :)

Nak komen? Sila sila.


~bersambung~

Monday 9 July 2012

Marry Your Daughter epi 1

MYD - Rinsya Ryc tulis


“MINTA pandangan! Minta pandangan!” jeritan tu buat kepala AR terteleng.  Minta pandangan? Ni zaman Portugis ke apa? Selalu dengar minta perhatian sekarang dah tukar trend semasa? AR senyum pahit. Pahit tak pahit matanya masih tertala ke arah Wan Rizwan yang tengah khusyuk buat pengumuman.
“Dua minggu akan datang pukul 8-11 malam MSN buat tournament terbuka untuk tenis. Company kita anta tiga orang yang bertuah terpilih jadi wakil syarikat!”
Hampeh! AR tenung semula skrin laptop. Tennis ke jadah, dia tak reti nak bersukan. Lagi-lagi selama ni mana pernah dia buang tabiat lawan cakap ayah keluar dari rumah selepas waktu pejabat... Masa kat Universiti dulu pun sama, tak pernah dia nak join kelab-kelab ala purba pergi bersilat macam Adia dan pergi berbola jaring macam Mickey.
“Yeo! Aku join bro!” suara Hilman kedengaran. Masing-masing bersorak girang. Satu tempat dah terisi, tak payahlah susah-susah nak pergi aktiviti-aktiviti yang buat tulang belakang sakit tu. Buat penat. Balik tengok muka anak bini suami sudah.
“Ok Hilman dah cop satu tempat, satu lagi sape nak join? Yang satu tempat bos kita dah kata dia nak ikut!”
“Bos ikut ke Wan?” Kak Nia mencelah. Wan angguk bersungguh-sungguh.
“Akak tak nak ikut. Badan akak ni bukan baik sangat pun...” rungut Kak Nia.
Mata Hilman jatuh pada AR. Satu-satunya gadis yang masih gadis di jabatan mereka, human resource sebab yang sorang tu macam dah tak gadis lagikan? Bukan tak gadis, tapi diragui kesahihannya. Ala, ini Hilman la. Sekali ikan di kali, dia tahu jantan dan gadisnya.
AR yang menyedari dirinya diperhati terus buat muka batu nisan. Duduk kaku menekur keyboard laptop. Tolonglah jangan sebut nama aku... Jangan....
“AR, wanna join us?”
AR juling mata. Oh please?
Dia dongak tenung muka Hilman dengan amaran. Tapi Hilman buat-buat tak nampak aje bila kena jeling AR tajam-tajam. Selalu sangat perempuan tu kasi dia jelingan maut. Maut tak maut, bidan terjun masuk tournament kena cari jugak sebab bos dah macam terdesak. Kang tak pasal-pasal nama dia naik jadi wakil, tak jadi nak pergi hiking hujung minggu dengan geng.
“Okey AR akan jadi wakil syarikat kita untuk ke tournament tu. Tepuk tangan wahai sekalian penghuni office!” macam orang tak siuman pun ada bila dia pergi tepuk tangan kuat-kuat walhal orang lain dah mencemik muka buat tak tahu aje. Akhirnya tepukan Hilman jadi pelan dan mati. Bila matanya bertembung dengan mata AR, Hilman terus pecut masuk ke bilik bos. Takut kena pancung kepala oleh AR, anak tentera laut tu!



“ABAH tak kasi!” lantang suara Encik Hamid menegah.
“Syarikat yang suruh pergi...”
“Tak ada orang lain ke?” soal Encik Hamid.
“Dorang tak nak. Ad terpaksa ikutlah... Lagipun kat jabatan kitorang mana ada yang reti main tenis?”
“Jadi Ad reti mainlah ni?” sinis je suara Encik Hamid. AR ketap bibir. Apakah? Dah dari kecik abah tau yang dia ni jenis yang tak keep fit! Nak-nak cerita pasal tenis, sukan berprestij antarabangsa, mau patah riuk main benda alah tu.
“Abah jangan perli...” AR cebik bibir tanda rajuk manjanya dah datang bertiup kat jiwa.
“Dah tu? Nak juga main?”
“Mana Ad tau. Ad ikut aje arahan syarikat.”
“Malam pulak tu! Pergi pagi-pagi tak boleh ke?”
Ya ALLAH! Banyak gila soalan abah!
“Nak pergi pagi tu boleh tapi masa yang ditetapkan pukul 8 hingga pukul 11.”
“Sebelas?!” hampir tercekik Encik Hamid dengar jawapan anak gadisnya. Selama 24 tahun dia jaga AR dari kecik sampai besar, paling lambat budak tu balik ke rumah setakat pukul 7 malam je. Tu pun bila dia ada escort teman AR dan ibunya pergi shopping. Kalau tak ada dia, harap maaf nak kasi anak isteri keluar sampai lewat senja. Pantang keluarga Encik Hamid jalan lepas senja! Hantu tau tak? Kalau tak tau, syaitan tau? Kena rasuk kang baru nak terngadah apa kes?
“Abah tak kasi, abah kena bertanggungjawab bila Ad kena buang kerja!” ugut AR. Nak pula dia pergi ke game yang dia cakap bosan tu kan?
“Abah bukan tak kasi, Ad... Its for your sake okey? Bila nak bahagia, pantang bagi keluarga kita...”
Mulut AR dah muncung ikut apa yang abah dia cakapkan sebab ayat tu dia cukup-cukup hafal! “Keluar malam dan melepak rumah kawan!”
Patutlah AR jadi kera sumbang walaupun dah hidup lebih 24 tahun di muka bumi!
“Ad tak kira. Abah kena jawab kat bos Ad!” muncung AR semakin panjang.
“Ya ALLAH budak ni... Ad boleh pergi kalau abah ada sekali. Tapi masa Ad pergi bertanding tu, abah dan ibu kena balik kampung jenguk nenek yang nak buat doa selamat!”
“Habis Ad tak boleh pergi? So abah kena cakap sendiri kat bos Ad. Ad malas nak bertekak dengan dia.”
“Adnin Rania!”
Ambik! Nama penuh disebut tanda abah dah marah. Itu tanda abah nak guna kuasa veto sebagai seorang abah. Ini juga bermakna AR tiada kuasa untuk menyangkal kata-kata Encik Hamid.
“Okey kalau Ad nak pergi juga, abah akan carikan body guard untuk Ad!”
“Abah!!!” kening ternaik, mulut ternganga. Body guard kebenda setakat pergi tournament tu? Buat malu nama AR rockies cool di depan bos dan Hilman je!
Abah pula tak nampak macam tengah main-main. Hadoiiii!!



AR resah menanti diperkarangan rumah. Ni dah pukul 7.45 tapi si body guard masih nak terhegeh bawa kereta. Tak pasal-pasal dia lewat untuk menghadirkan diri di MSN. Hish! Body guard lembab!
Kang lewat, dorang Hilman dan bos tengok dia keluar kereta body guard dia, tak ke malu? Ingat nak sembunyikan body guard kalau awal-awal boleh sampai. Body guard ape yang abah upah ni? Kerja tak efisyen langsung! Tapi... Betul ke body guard yang abah upah untuk dia? Ni bukan macam body guard ok. Abah macam tengah upah baby sitter untuk dirinya! Pffftt! keluhan AR kedengaran.
Sebuah kereta honda putih berhenti di depan rumahnya seperti yang abah pernah bagitahu dulu, body guard Ad kereta putih... Satu point dah betul.
Bila seorang lelaki keluar dari kereta honda tu, AR tengok dia punya baju. Perfectly correct! Jersi putih dengan seluar sukan! Sah ni la body guard yang abah upah!
“Hai Ad... My name is Iadid Arsyad... Nice too meet you...”
“Ad?” kening AR bertaut. Iadid angkat bahu.
“Tolong jangan panggil Ad. Panggil je AR sebab ‘Ad’ adalah panggilan untuk orang-orang yang paling rapat dengan saya!”tegas.
“Amboi... garang ada gaya Encik Hamid juga. By the way, saya ni tentera udara, best buddy your dad...”
Oh no!!!