Wednesday, 10 July 2013

Marry Your Daughter / Bab 14

MYD 14 ~ Ayumi tulis.



LAMA AR termenung di mejanya, berfikir-fikir apa yang perlu dilakukan untuk memujuk Iadid. Awalnya dia ingatkan Iadid merajuk main-main je, tapi bila dia SMS Iadid balas nak tak nak, bila dia call Iadid jawab acuh tak acuh, bila dia tak SMS atau call lagilah tak ada khabar langsung daripada lelaki itu. AR garu kepala. Apa nak buat ya?
            “Menung apa, AR?” Kak Nia yang baru masuk ke ruang tandas menegur sambil mendekati AR yang berdiri di depan singki. Kepala paip dipulas untuk membasuh tangan.
            AR diam, berfikir-fikir lagi. Tiba-tiba saja dia rasakan macam ada mentol besar menyala atas kepala. “Err... Kak Nia!”
            Kak Nia yang baru nak melangkah keluar dari tandas berpaling semula.
            “Err... kalau saya mintak tolong akak, boleh tak?” Hujung kuku ibu jari digigit-gigit. Dah macam budak kecil minta izin dengan mak nak keluar pergi main pasir dengan kawan-kawan.
            “Tolong apa?” Kak Nia kerut dahi. Lain macam aje tengok muka AR ni.
            “Hmm...” AR berjalan perlahan-lahan mendekati Kak Nia. “Akak ajar saya masak boleh tak?”
            “Hah? Masak?” Makin berkerut muka Kak Nia.
            AR angguk laju-laju. Bukannya dia tak pandai masak langsung, tapi belum sampai tahap terror. Tak pelik pun kalau dia kata Iadid lagi pandai masak daripada dia. Nak belajar dengan ibu, malu pula sebab ni dia nak masak untuk Iadid terchenta. Terpaksalah tebalkan muka minta tolong Kak Nia.
            “AR nak masak apa?”
            “Hmm...” AR garu-garu kepala lagi. “Masakan kegemaran...” Muka ditundukkan gaya malu-malu kucing.
            Kak Nia tarik senyum meleret. Dah faham sangat dah bila tengok reaksi macam tu. Orang muda bercintalah katakan! “Okey, akak faham. Tapi akak kenalah tahu AR nak masak apa, barulah boleh ajar.”
            AR gigit bibir bawah pula. “Nanti sikit saya bagitahu akak ya. Saya nak kena buat research sikit.” Dia tersengih pula.
            “Haa, yelah. Akak ada kerja nak buat ni. Nanti bagitau akak ya?” Kak Nia terus berlalu meninggalkan AR di situ dengan senyuman panjang.


“HELO, Nina...” AR menyapa dengan senyuman manis. Dah lebih sejam dia bertapa dalam tandas ni. Berfikir-fikir apa nak buat, minta tolong dengan Kak Nia dan sekarang telefon Imanina pulak. Semuanya sebab Iadid Arsyad!
            “Kak Ad!” Ceria suara Imanina menyambut panggilan. Rindunya dekat Kak Adnin Rania! Lama sangat tak jumpa. Abang pun bukan nak bawak Kak Ad jumpa dia.
            AR senyum lagi. “Nina... sibuk ke? Akak mengganggu tak?”
            “Eh, tak ada sibuk pun. Nina tengah lepak-lepak dengan kawan aje kak. Kenapa, Kak Ad?” balas Imanina masih dalam nada ceria.
            “Akak nak tanya Nina sikit ni...” AR pusingkan kepala ke belakang, takut ada yang mencuri dengar. Tak naklah nanti jadi gosip lagi. Malu dowh!
            “Tanya apa?”
            “Nina tahu tak apa makanan favourite abang Nina tu?” AR gigit hujung menunggu jawapan Imanina. Malu jugak sebenarnya. Tak tahu makanan favourite bakal suami sendiri? Entah apalah budak tu fikir nanti. Tapi bukan salah dia juga. Iadid yang cakap tak nak bercinta lebih-lebih sebelum kahwin, nanti hilang pulak kemanisannya lepas dah bernikah. Jadi sebab tulah AR kurang ambil tahu hal-hal peribadi Iadid termasuklah makanan kegemaran.
            “Oooo...” Panjang ‘ooo’ Imanina itu. Tak lama kemudian dia ketawa pula. “Kenapa, Kak Ad? Abang suruh akak masakkan untuk dia?”
            Berkerut muka AR mendengar suara Imanina yang masih terkekeh-kekeh itu. Adoi... ke situ pulak budak ni fikir.
            “Bukan, Ninia... err... akak yang nak masakkan untuk abang Nina tu. Saja-saja aje... Nina tau tak?” Menggelabah AR menjelaskan duduk perkara sebenar. Saja-sajalah sangat! Kalau Iadid tak merajuk tak adanya dia nak masak segala bagai.
            “Mestilah tahu, Kak Ad! Abang Nina tu dia suka makan udang masak tempoyak!”
            Udang masak tempoyak? AR dah berpinar mata. Tempoyak?
            “Kalau dapat udang masak tempoyak tu dia memang tak pandang kiri kanan dah! Kalau Kak Ad yang masak, mesti dia lagi saaaaaayang kat Kak Ad!” kata Imanina lagi sebelum menyambung tawanya. Suka benar dapat mengusik bakal kakak ipar.
            “Err... okeylah macam tu, Nina. Terima kasih ya...”


TEMPOYAK pun tempoyaklah. Mujurlah Kak Nia kata tak ada hal. Lagipun kat rumah dia dah ada ‘stok’ tempoyak, jadi tak payahlah susah-susah AR nak pergi cari. Lepas tamat waktu kerja, dia terus Kak Nia sama-sama menyusup keluar dari bangunan pejabat. Bukan apa, tak naklah nanti jadi cerita yang tak betul pulak. Kang tak pasal-pasal ada yang buat gosip dia dan Kak Nia dah bermadu sekarang ni sampaikan balik kerja pun sama-sama.
            Okey, itu mengarut.
            “Maaflah menyusahkan akak aje. Mesti akak penatkan balik kerja nak kena ajar saya masak pulak,” ujar AR serba salah. Bahan-bahan basah yang sudah siap dibeli dikeluarkan dari boot kereta.
            “Tak ada apalah. Sekali sekala tolong AR... Dah jom masuk!” pelawa Kak Nia lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
            AR mengekor di belakang. Masuk saja ke rumah itu, riuh rendah suara anak-anak Kak Nia menyambut kepulangan ibu mereka. Yang besar buat hal sendiri depan TV, yang kecil berebut-rebut minta diberi coklat seperti yang dijanjikan, lagi paling kecil pula menangis-nangis minta didukung. AR tercengang di depan pintu dengan senyuman kelat. Agak-agak nanti lepas kahwin dengan Iadid, akan dapat anak macam ni tak?
            “AR, jom ikut akak masuk dapur.”
            Suara panggilan Kak Nia memutuskan angan-angan AR. Terus dibawa langkah masuk ke dapur.
            “Maaflah, AR... rumah akak memang selalu macam ni. Bising. Biasalah, budak-budak...” Kak Nia tersenyum.
            “Eh, tak apa kak. Saya pun suka budak-budak.” AR senyum kelat. Sejak bila entah dia suka budak-budak. Dahlah anak tunggal, jaga budak tak pernah, pegang baby lagilah haram. Adoila...
            Sepanjang berada di dapur, tak habis-habis anak-anak Kak Nia sibuk mengacau. Ada yang berlari ke sana sini sampaikan Kak Nia pun naik pening, sekejap nanti bergaduh pula berebutkan barang mainan, tak lama lepas tu menangis pula sampai bergema satu rumah.
            AR garu kepala. Kalau bukan sebab Iadid, memang dah lama dia angkat kaki balik rumah. Kalau Iadid tak hargai juga usaha dia ni, lepas ni dia pula yang merajuk sampai Iadid balik umrah. Muktamad.


BIASANYA kalau hari-hari ‘cuti’, AR takkan bangun awal. Lagi best sambung tidur sampai waktunya untuk dia pergi ke pejabat. Tapi pagi rabu tu, bukan main lagi dia kunci jam pukul 5.00. Punyalah semangat nak masak untuk Iadid, si buah hati pengarang jantung yang langsung tak contact dia semalam. Teruk bebenor rajuk Iadid? Mentang-mentang AR sabar, makin menjadi-jadi pulak.
            Suis lampu dapur dihidupkan. Nasib baik semalam ibu tak sedar dia ‘seludup’ barang-barang yang dibeli masuk ke peti sejuk. Kalau tidak matilah nak menjawab soalan-soalan ibu nanti. Itu baru ibu, belum soalan-soalan ‘ganas’ abah lagi. Iadid, ni semua sebab awak! Sekali lagi hatinya menyalahkan lelaki itu. Tapi dalam-dalam geram, tetap sayang juga. Kalau tak, takkanlah dia sanggup bangun awal pagi macam ni semata-mata nak masak udang masak tempoyak. Dah serupa orang bangun nak masak untuk sahur.
            Sampai berpeluh-peluh AR ‘bersilat’ di dapur itu. Dia dahlah jarang masak lauk-pauk seorang diri. Biasanya mesti ada mama. Tapi kali ni gasaklah.
            Jam menunjukkan pukul 6.12 pagi ketika dia siap semuanya. Fuh! Siap jugak akhirnya. Sedap tak sedap, belakang cerita. Yang penting sekarang dia nak pergi mandi dan bersiap-siap untuk ke pejabat!
            Sebelum ke pejabat, AR singgah dulu di rumah Iadid. Belum pukul 7.00 lagi dia dah terpacak depan pagar. Dia tahu Iadid biasanya keluar awal dari rumah jadi dia takut tak sempat pulak jumpa mamat tu. Kepada ibu dan abah, dia cuma cakap ada hal penting yang memaksanya keluar awal hari ini.
            “Ad...” Iadid yang baru keluar dari rumah tidak berkelip melihat Adnin Rania kesayangannya berdiri di depan pintu pagar. Merajuk-merajuk jugak, tapi Adnin Rania tetap dia sayang tau? Dibuka pintu pagar dan berdiri di depan AR.
“Good morning, Iadid!” ucap AR dengan riak wajah ceria.
“Kenapa datang sini pagi-pagi ni?” Iadid balas dengan muka pelik. Tak pernah-pernah AR datang rumah dia, apatah lagi kalau awal-awal pagi macam ni. Mengigau ke malam tadi?
            “Err... saja.” AR tayang senyuman manis.
            “Saja?” Iadid kerut kening.
            “Ni haa...” AR hulurkan bekas plastik di tangan kepada Iadid. “Untuk awak.”
            Bekas itu bertukar tangan. “Apa ni, Ad?”
            “Your favourite meal.” AR senyum lagi.
            Iadid angkat kening. “Awak datang sini pagi-pagi semata-mata nak bagi saya makanan?”
            Terus hilang senyuman di bibir AR. Sampai hati Iadid cakap macam tu! Paling kurang pun cakaplah terima kasih! Ini tak... dia buat pulak statement mintak tangan tu. Grrr...
            “Kalau awak tak nak tak apalah, nanti buang ajelah lauk tu.” AR dah merajuk. Daun pintu kereta ditarik.
            “Eh, Ad...” Iadid cepat-cepat menahan. Ni siapa yang merajuk sebenarnya ni?
            “Bukan macam tu, saya cuma...”
            “Tak apa, saya faham. Awak kan dah nak pergi umrah minggu depan, mesti banyak persiapan nak kena buat, kan? Saya tahu awak sibuk. Saya pergi dulu...” Tak sempat AR masuk ke kereta, Iadid sudah terlebih dahulu menghalang.
            “Ad, nantilah dulu. Janganlah macam ni...”
            AR diam dengan kepala tunduk. Merajuk ni! Cepat pujuk!
            “Bukan saya tak suka awak datang bagi lauk ni cuma... kenapa nak susahkan ibu awak masakkan untuk saya?” Iadid menyandar tenang di pintu kereta AR.
            “Hah?” AR ternganga. “Apa awak cakap?”
            Iadid buat muka pelik. Salah cakap ke?
            “Lauk ni saya masak sendiri tau! Bukan ibu saya yang masak!” AR menghentak kakinya.
            “Eh, ya ke? Laa... ingatkan ibu awak yang masak.” Iadid tersengih, menahan tawa yang tiba-tiba saja muncul.
            AR ketap bibir. Nampak sangat Iadid langsung tak hargai apa yang dia buat. Boleh pulak dia kata ibu yang masak? Tak tahu ke aku ni bertungkus-lumus belajar masak dengan Kak Nia? Bangun pukul 5.00 pagi nak masak, terpacak kat rumah dia ni sebelum pukul 7.00, senang-senang dia kata ibu yang masak?
            Geramnyaaa!!!
            “Dahlah, nak balik!” Sekali lagi AR cuba masuk ke kereta dan sekali lagi juga Iadid menahan.
            “Sorry,” ucap Iadid perlahan. Wajah AR yang tunduk direnung redup. Rindu sebenarnya... tapi tetap nak pertahankan rajuk dia yang entah apa-apa tu. Sekarang bila AR dah ada depan mata, dah tak mampu nak merajuk lama-lama. Hehe...
            “Awak tak nak lauk tu pun tak apa. Nanti bagi aje kucing awak makan,” rajuk AR lagi.
            “Saya mana ada bela kucing,” balas Iadid.
            “Kalau macam tu, bagilah kucing jiran awak makan.”
            Terhambur ketawa Iadid dengan jawapan spontan itu. AR ketap gigi. Mamat ni kan! Selamba aje dia gelak. Eee... sakit hati!
            “Ad, awak ni sensitif sangatlah. Saya tahu awak yang masak. Semalam Nina bagitahu saya awak tanya dia makanan favourite saya. Cuma saya tak expect awak akan datang rumah saya seawal ni. Tapi bila awak bagi saya ni...” Iadid pandang bekas plastik di tangan. “... saya memang dah tahu awak yang masak. Tadi tu cuma berlakon aje.”
            Tajam renungan AR ke muka Iadid. Lelaki itu hanya tayang sengih.
            “Terima kasih, Cik Adnin Rania. Nanti saya makan ya? Kalau tak habis, saya bagi kucing jiran makan. Sharing is caring.” Iadid mengusik sebelum ketawa kecil. Kemudian pintu kereta AR ditarik sambil mempersilakan gadis itu masuk ke dalam. “Pergi kerja elok-elok. Saya mungkin sibuk sikit dua, tiga hari ni. Take care ya.”
            Asalnya AR nak merajuk lama lagi, tapi bila makhluk yang sorang ni tiba-tiba jadi sweet, tak jadilah nak merajuk! Dia terus masuk ke kereta dengan senyuman di bibir.
            “Will miss you. Bye,” ucap Iadid lagi sebelum menutup pintu kereta AR. Dia berdiri di depan pagar, menanti sehingga kereta AR hilang dari pandangan.



~~~~~~


Assalamualaikum semua! :)
Sorry sangat2 sebab Ayumi ambik masa yang terrrrlalu lama untuk sambung MYD ni. Pastu bila dah sambung banyak pulak kekurangannya. Dah lupa semua nama watak, terpaksa korek balik chapter2 lepas. Huhuuu. Apa2 pun, harap enjoy ye! :D

ps: Kak Yus... asah pensel sekarang ya! Hehe. ;)

~bersambung


7 comments:

  1. Perghh...legaaaa. Tiba juga sambungannya. Hahahhahaha. Very nice. Kak Yus..up cecepat sikit yer...hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaaa. Kak yus, cepat sambung! :D

      ~ayumi~

      Delete
  2. Izzati Aisyah:

    Akhirnya, bersambung juga MYD...hehehe...suka sngat..Iadid sngat sweeeettt!....bertuah dia dpat AR yg snggup masakkan udang masak tempoyak...boleh jdi isteri mithali AR nie..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape yang mula buat Iadid jadi sweet ni? hahaha.

      ~Ayumi~

      Delete
  3. Pewittt! Hahaha. .akhirnya bersambung jugak kisah diorang ni. Fav kot tempoyak! Boleh geng dgn iadid!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2.. tapi kena pandai buat tempoyak! Haha.

      ~Ayumi~

      Delete
  4. Seronok je marathon baca sume bab.. best!! ^_^

    ReplyDelete