Saturday, 21 July 2012

Marry Your Daughter epi 2

MYD – Ayumi Syafiqah tulis

“TOLONG jangan panggil Ad. Panggil je AR sebab ‘Ad’ adalah panggilan untuk orang-orang yang paling rapat dengan saya!” tegas AR sambil berpeluk tubuh. Riak wajahnya penuh angkuh. Bukan nak menyombong, tapi dek kerana rasa geram dah menunggu hampir sejam! Mamat ni pulak bukannya nak minta maaf. Boleh pulak tayang muka selamba siap panggil dia Ad!
            “Amboi... garang ada gaya Encik Hamid juga. By the way, saya ni tentera udara, best buddy your dad...” balas Iadid masih lagi dengan riak selamba. Sempat dikerling wajah AR yang dah masam ala-ala cuka. Senyum yang hampir terukir cuba disembunyikan. Comel...
            AR yang mendengar kata-kata itu terus terbuntang biji mata. Oh no!!! Abah ni tak ada orang lain ke dia nak upah jadi bodyguard? Kenapa mesti tentera udara jugak? Nasib baik muda, muka hensem, badan pula tegap semacam. Ehhh... sempat kau Ad!
            AR toleh jam di tangan. 7.50! “Jomlah pergi. Dah lewat ni!” katanya lalu bergerak menghampiri kereta Honda putih yang dipandu Iadid tadi.
            “Nanti kejap!” Iadid menahan tiba-tiba membuatkan langkah AR terhenti.
            “Apa lagi? Saya dah lambat ni tau tak!” Suara AR naik tinggi.
            “Hmm...” Iadid perhatikan AR atas bawah.
            Melihat tingkah lelaki itu, AR ketap bibir kuat-kuat. “Awak tengok apa hah?! Nak saya report kat abah saya ke?” marah AR dengan suara kuat. Dahlah dia tak kenal sangat mamat ni, dibuatnya dia buat apa-apa tak ke niaya? Abah salah pilih orang kut? Hishh... seram!
            Iadid tersenyum nipis. “Ad, saya rasa awak tak boleh pakai macam ni,” katanya dengan muka selamba.
            AR tunduk renung pakaian sendiri. T-shirt lengan pendek yang agak singkat, tracksuit warna hitam belang biru dengan kasut sukan Nike. Apa yang tak bolehnya? Belum sempat dia bertanya soalan itu, Iadid sudah berlalu ke arah keretanya. Pintu tempat duduk belakang dibuka sebelum mengeluarkan satu beg plastik. Kemudian beg plastik dihulurkan kepada AR.
            AR jongket kening. “Apa ni?”
            “Awak kena tukar baju, pakai baju yang saya bagi ni. Baru nampak sopan,” balas Iadid dengan senyuman manis.
            “What?!” Mata AR terbuntang luas. Sah, memang abah upah baby sitter untuk dia!
            “Maaf, Ad... tapi saya cuma ikut arahan abah awak. Dia yang pesan pada saya supaya perhatikan cara awak berpakaian. Dia cakap lagi, awakkan nak pergi main tenis. Bahaya kalau pakai seksi-seksi. Nanti kalau terselak ke, terjatuh ke... tak elok dipandang orang,” jelas Iadid satu-persatu. Jelingan tajam AR tahap nak tercabut dua mata tu dibuat tidak nampak saja. Jelinglah macam mana pun, kalau dah comel tu... comel jugak!
            AR hembus nafas kasar. Dia tahu Iadid tak mungkin menipu. Seolah-olah terbayang-bayang di matanya wajah garang abah setiap kali mengingatkannya soal berpakaian. Mamat ni pun satu, dah cakap jangan panggil Ad, panggil Ad jugak. Hish! Memang nak sepak kut.
            “Tapi saya dah lambat. Cuba awak tengok jam ni... dah pukul 7.55!” AR menekan suara sambil menayang jam di tangan kepada Iadid.
            Iadid dengan lagak bodoh-bodoh alang merendahkan sikit kepalanya memandang jam di tangan AR. “Maaf Ad, tapi arahan abah awak tak boleh dibantah.” Dengan senyuman dia membalas.
            AR rasa nak jerit kuat-kuat! Dalam hati, dia menyumpah-nyumpah sendiri.
            “Fine! Tunggu sini.” Beg plastik di tangan Iadid dirampas kasar lalu dia bergerak masuk semula ke dalam rumah. Nasib baiklah abah dan ibu ada kat kampung sekarang. Kalau tidak, ada jugak yang pekak telinga dengar bunyi pintu yang dihempas kuat.

BAJU besar gedabak lengan panjang yang melepasi paras punggung diperhati dengan muka berkerut. AR mengeluh kasar. Sabar ajelah Ad!
            “AR! Kenapa lambat?”
            Teguran itu membuat kepala AR tertoleh ke sisi. Kelihatan Hilman sedang tercegat di situ sambil memandangnya menanti jawapan.
            “Tadi...” AR mengerling ke arah Iadid yang sedang berdiri tegak tidak jauh daripadanya. “Tadi ada mamat tercabut skru mana entah yang kacau I. Itu yang lambat tu. Sorry eh...”
            “Ohh takpe... Lagipun turn kita belum sampai lagi. Jomlah ke sana, jumpa bos dulu,” ajak Hilman mesra.
            AR mengangguk. Namun belum sempat dia membuka langkah, terasa ada sesusuk tubuh berdiri tegak di depannya sekali gus menghalang laluannya. AR buntangkan mata luas-luas. Terkejut.
            “Saya Iadid Arsyad... bodyguard AR. Mengikut arahan abah dia, dia tak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki, apatah lagi nak berbual mesra macam ni. Jadi saya harap awak faham dan dapat jaga jarak dengan AR.” Tenang Iadid menyusun kata.
            Hilman terkebil-kebil tanpa suara. AR pula sudah menunduk dengan muka merah padam. Malunya! Dia rasa macam nak terjun masuk longkang sekarang jugak tau!
            “Err...” Kelat wajah Hilman sambil mengerling ke arah AR yang hanya tunduk. Mula-mula ingat nak melawan, tapi bila tengok wajah serius lelaki yang bernama Iadid tu dengan badan dia yang tegap semacam, terus tak jadi. Nanti kang bukan saja tak dapat lawan tenis, hiking dengan kawan-kawan hujung minggu ni pun kena cancel terus!
            “Hmm... Okey AR, jumpa kat sana,” ujar Hilman dengan wajah takut-takut lalu terus beredar mendapatkan bosnya yang sudah menanti di tepi gelanggang tenis.
            Sebaik saja kelibat Hilman berlalu, barulah AR mengangkat mukanya. Pandangan selamba Iadid ditentang penuh berani. “Kenapa awak cakap macam tu tadi?”
            “Maaf Cik Adnin Rania, tapi saya cuma menjalankan tugas,” jawab Iadid sambil menundukkan sedikit kepalanya.
            AR merengus geram. Niat nak sorok Iadid tadi dah hancur lebur. Mesti esok Hilman buat kecoh cerita satu ofis pasal dia bawak bodyguard pergi perlawanan tenis. AR bawak bodyguard?! Ohh, boleh ribut taufan satu ofis!
            “Sudahlah! Saya tak nak awak ikut saya. Awak tunggu aje kat sini, jangan buat apa-apa lagi. Faham?” AR mengeluarkan arahan.
            Iadid geleng kepala. “Tapi Ad, abah awak...”
            “Sekarang abah tak ada! Jadi dia takkan tahu kalau awak tak bagitahu,” tegas AR dengan mata bulat.
            Iadid menundukkan kepala. “Maaf Ad, tapi saya dah dilatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Tak baik tak tunaikan amanah orang.”
            Mendengar jawapan itu, AR rasa macam nak hempuk kepala Iadid dengan raket tenis. Ergh! Menyusahkan betul! Malas berlawan cakap lagi, dia terus melangkah laju mendapatkan Hilman dan bosnya, Encik Karim.

SEPANJANG perlawanan berlangsung, Iadid tak habis-habis nak menempel dengan AR. AR ke sana, Iadid ke sana. AR ke sini, Iadid ke sini. Hanya satu tempat yang AR pasti Iadid takkan ikut, tandas! Nampak saja bayang-bayang pintu tandas dalam kepala, AR segera angkat kaki. Mahu melarikan diri daripada Iadid.
            “Weh, you nak ke mana kalut sangat ni?” Hilman yang terserempak dengan AR di laluan menuju ke tandas cepat-cepat menyoal.
            “Err... I nak ke tandas. Man, kalau you nampak bodyguard I, dia tanya I ke mana or whatsoever, tolong jangan bagitahu dia. Okey?” pinta AR dengan wajah berpeluh-peluh. Belum main lagi, dah berpeluh sakan. Ni bukan peluh sebab penat bermain, tapi peluh sebab penat ‘main sorok-sorok’ dengan baby sitter!
            “Tapi kejap lagi dah sampai turn kita. Jangan lama-lama sangat tau?” Sempat lagi Hilman berpesan sebelum gadis itu terus berlari masuk ke tandas.
            Di dalam tandas, AR mundar-mandir tanpa arah tujuan. Seolah-olah berharap pabila dia keluar nanti, Iadid takkan muncul lagi di depan matanya. Jam di tangan ditoleh. Sekejap saja lagi, giliran untuk wakil syarikat Encik Karim akan tiba. Mengenangkan hal itu, kebimbangan AR semakin memuncak.
            Dia bukannya pandai main tenis pun. Dibuatnya bola tu terkena mata ke, perut ke... tak ke niaya? Itu satu hal, kalau tiba-tiba jatuh terbongkang kat tengah gelanggang tu, mana nak sorok muka ni ha?
            AR garu-garu kepala. Sekali lagi dia melihat jam di tangan. Wajah yang terbias pada cermin dalam tandas itu direnung sendiri. Nafas dihembus perlahan-lahan, cuba meredakan ketegangan dalam hati. Beberapa minit begitu, AR akhirnya melangkah menuju ke pintu. Kepala dijengulkan ke luar, mengesan kalau-kalau kelibat Iadid ada di mana-mana. Sekali pandang, dah macam gaya nak lari daripada penculik aje.
            Yakin bayang-bayang Iadid tiada, AR segera keluar dari tandas. Namun langkahnya yang laju itu tiba-tiba terhenti pabila terdengar satu suara menegur. AR tegak berdiri dengan muka tegang.
            “Awak ke mana tadi, Ad? Puas saya cari,” tanya Iadid sambil berjalan mendekati AR yang sedang membelakanginya.
            AR menarik nafas dalam-dalam. Hati menggerutu memarahi Iadid. Tak boleh tengok orang senang langsung! Perlahan-lahan, dia memusingkan tubuh menghadap Iadid. Lelaki itu berdiri rapat dengannya membuatkan AR kaku seketika. Nasib baik Iadid tinggi, kalau tidak tentu mukanya dah bertemu dengan muka lelaki tu. Haruman yang dipakai Iadid bagaikan menerobos masuk ke rongga hidung AR, menghantar rasa getar dalam hatinya. AR sengap di situ dengan mata yang tidak berkelip. Masing-masing bagaikan kelihatan peti suara buat seketika.
            “AR!”
            Panggilan itu mengejutkan AR. Kepalanya tertoleh. Nampak saja kelibat Hilman dengan muka pelik campur curiga, AR pantas menjarakkan kedudukannya dengan Iadid. “Aaaa... Man! Ada apa?”
            Hilman mengecilkan anak matanya, memerhati kedua-duanya silih berganti. Muka AR pucat, muka Iadid pula selamba. Tetapi di sebalik keselambaannya itu, Hilman bagai ternampak-nampak riak resah di situ. “Errr... turn kita dah sampai,” ujar Hilman teragak-agak. Jari telunjuk kanan menuding ke arah jam yang tersarung di pergelangan tangan kiri.
            “Ohh! Okey, okey...” Kalut AR mengangguk. Sempat lagi dia mengerling ke wajah Iadid sebelum berlalu mengikut langkah Hilman untuk ke gelanggang.
            Hilang kelibat AR, barulah Iadid menghembus nafas panjang. Fuhhhh! Hampir pitam menahan debaran tadi. Nafasnya terasa semput seketika. Di depan AR, bukan main lagi cover line. Tapi hakikatnya, jantungnya dah rasa nak terlompat keluar. Peluh yang merenik di dahi dikesat perlahan. Yakin dirinya sudah kembali bertenang, barulah Iadid mengatur langkah menuju ke arah gelanggang tenis.
            Dari tempat duduk penonton, Iadid memerhati cara AR bermain penuh minat. Jelas di matanya, gadis itu nampak kekok sekali memegang raket, apatah lagi mahu menyambut bola yang dihantar kepadanya. Acap kali bola itu jatuh ke atas gelanggang tanpa sempat disambut. Melihat ada beberapa orang penonton yang tergelak-gelak, Iadid pun ikut sama bantai gelak. Lawak dowh!
            Muka AR dah masam-masam kelat. Terasa nak baling aje bola kuning tu ke muka Iadid. Sakit hati tau tak! Elok aje dia gelak-gelak, sikit lagi nak berguling atas lantai. Tadi bukan main control macho... gentleman la konon! Huh!

SELESAI bermain, AR duduk di atas sebuah bangku. Tuala kecil di tangan digunakan untuk mengelap peluh yang membasahi mukanya. Walaupun main setakat cukup syarat aje, rasa penat itu tetap terasa menjalar ke seluruh tubuh. AR hembus nafas panjang.
            “Minum?”
            AR mendongakkan kepala. Iadid sedang tercegat berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan sebotol air mineral. AR menjeling. Botol air mineral itu tetap diambil dengan muka masam.
            Penutup botol dibuka. Tetapi belum sempat air itu diteguk, AR terasa lain macam. Pantas kepala ditoleh ke arah Iadid. Ternyata lelaki itu sedang merenung mukanya tanpa kelip. AR kerut muka.
            “Excuse me, awak ni kenapa? Tak ada tempat lain ke nak tengok? Pergilah duduk sana!” marah AR. Namun suaranya masih terkawal, takut mengundang pandangan orang lain. Apatah lagi Hilman yang duduk agak berjarak daripadanya. Bukan dia tidak suka Iadid berdiri dekat dengannya, tetapi renungan lelaki itu meresahkan hatinya. Gelisah semacam!
            Iadid menahan senyum. Asalnya dia mahu terus berdiri di situ dan merenung wajah AR tanpa jemu, tapi sebelum AR melenting lagi kuat, baiklah dia angkat kaki. Bukannya jauh sangat pun, sekadar duduk dalam jarak dua, tiga depa daripada bangku yang diduduki AR.
            AR menghela nafas. Yakin mata Iadid tidak lagi memandang ke arahnya, barulah air mineral di tangan diteguk untuk menghilangkan dahaga.

WALAUPUN seluruh badan terasa sakit-sakit dan sengal satu macam, AR tetap gagahkan diri untuk ke pejabat keesokannya. Melangkah saja masuk ke ruangan pejabat, suasana yang tadinya kecoh menjadi senyap sunyi. Semua mata kini terhala ke arah AR. AR yang pelik, terkebil-kebil dengan muka blur. Apakah?
            “Kenapa tengok I macam tu? Pelik ke baju yang I pakai ni?” AR tunduk renung tubuh sendiri. Baju kurung warna pink, pelik ke? Lawa adalah!
            “Ehem! Ehem! Malam tadi kan... ada orang tu bawak bodyguard pergi MSN. Konon ada orang nak ganggu dialah kut. Ohh, please! Setakat muka macam tu, siapalah yang nak, kan?” Adira bersuara gedik sambil bangun berlalu ke arah meja kerjanya.
            AR dah terbau-bau aura cemburu yang menyelit pada ayat-ayat Adira tadi. Apa kes minah tu?
            “AR! Amboiii... bawak bodyguard eh? Akak dengar bodyguard AR tu hensem. Mana AR kenal dia ya?” Giliran Kak Nia pula yang menyoal sambil menghampiri AR yang tercegat di depan pintu ruangan pejabat.
            AR terkelip-kelip. Kan dia dah cakap? Mesti hal ni akan jadi kecoh. Ni mesti Hilman punya kerja. Anak matanya kini meliar mencari Hilman. Lelaki itu sekadar tersengih-sengih dengan muka innocent.
            “Mana ada, kak. Itu bukan bodyguard saya...” AR berdalih dengan wajah kelat.
            “Habis kalau bukan bodyguard, boyfriend you eh?” Wan Rizwan pula menyampuk sambil tersengih-sengih.
            AR menjeling. “Tak adalah. Itu sebenarnya kawan abah I. Dia...”
            “Kawan abah merangkap menantu mungkin?” Kak Nia mengusik.
            Mata AR terbuntang dengan mulut ternganga luas.

**********

Pesanan penaja : Hai semuaaaaa! Hope enjoy baca n3 ni. Sorry kalau n3 ni tak memuaskan hati uolls., terpendek or terpanjang ke. Nanti kita kasi Kak Yus sambung lak. Kak Yus, tolong improve k. hehe~ Kita tunggu lak apa jadi dengan Iadid dan AR 2 minggu dari sekarang! :)

Nak komen? Sila sila.


~bersambung~

38 comments:

  1. hadoiii.. gila nak gelak. pecah ketawa smpai kwn akak terkejut. ada ka patut si iadid ckp dia bodyguard dekat hilman... aiyerk! tpi superb la dear... mau kak yus terteleng kepala nak smbung AR + Iadid yg lawak pon ye.. *smbung gelak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg atas ni komen rinsya ~ keh3

      Delete
    2. dah kata bodyguard kan? tentera udara tu! kenalah jalankan amanah dengan sebaik mungkin. ekekeeke :P

      Kak yus make sure buat lagi superb k! hiks hiks. ;)

      ~Ayumi~

      Delete
    3. Weiii.. tadi akak pi tngok tv 3, pasal tntera laut kawal pulau layang-2... heheheheee.... comey2... >.<

      ~Rinsya~

      Delete
  2. best2...^_^
    sweet je boadyguard AR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodyguard separuh masa... ^___^ tq o-ren~ <---tolong jwb bagi pihak ayumi~

      ~Rinsya~

      Delete
  3. Hahaha! comel giler dua org ni. Iadid sgt 'berdedikasi' tapi kenapa mcm ada sebab je dia mcm tu. Hahaha! hrp2 kak yus boleh bagitahu dlm entry lepas ni :P hehehe! Go go Kak Yus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. moon nanti rungkaikan persoalan yg bermain diminda... hik3.. moon punya turn lama lgi~ 4 minggu kan? keh3

      Delete
  4. mcmn nk sebut nm Iadid? mmg bodyguard yg sngt2 annoying la Iadid. naseb xikut msk tndas jer. bab 2...menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. E - YA - DID .. hehehee... terima kasih, nanti Kak Yus sambung lagi menarik! hehe :)

      ~ Ayumi ~

      Delete
    2. panggil je yadid. keh2..

      thanks kak jiba suka MyD.. ~rinsya~

      Delete
  5. lame sgt la 2 weeks.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak seminggu sekali takut tak terbuat. masing2 ada komitmen. sorry tauuu :D pape pun terima kasih singgah, baca dan komen. :)

      ~ Ayumi ~

      Delete
    2. tu la kan? tpi masing2 tngah sibuk... maaf ya :)

      ~rinsya~

      Delete
  6. Minta laluan yer writer2 sekalian. Nak confirmkan. Macam keliru sikit. Ayah AR tu tentera laut and Iadid tu tentera udara kan..? Macam mana jadi best buddy ek?? Umur pun berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Diorang ni tentera udara dan diorang baik walaupun umur beza-beza. Contohnya macam kita rapat dengan kakak ni walaupun jarak umur bukan main jauh. Macam tu la kiranya hubungan Iadid dgn ayah AR ni :)Since diorang keje dalam bidang yang sama, makin rapatlah hubungan diorang ni. Ni based dari apa yang saya paham dan jugak dari komen kak Rin dekat MYD 1 :) Harap penjelasan ni dapat mengurangkan kekeliruan :)

      ~Moon~

      Delete
    2. Meh nak tambah jawapan. Contohnya camnilah, keje satu ofis tapi dekat bahagian lain2. Tapi tetap boleh jadi rapatkan? Gitulah lebih kurang. Hope akak faham dah~ heheehe... :)

      ~ Ayumi ~

      Delete
    3. Aziela dear.. actually kan, En. Hamid tu (abah AR) kolenel Navy..n si Iadid ni airforce yg ada link dgn navy bila diorang wat operasi. Iadid ni selalu based kat kapal2 pejuang dlm kapal perang tu.. so byk kena join latihan dgn navy..kat situlah hubungan 'best buddies' ni terjalin. En. Hamid tu dah tersuka dgn keperibadian Iadid ni sehingga dia hanya percaya pd Iadid shj utk jaga anak dara dia yg suka memberontak tu.. Errkk.. ok tak jawapan k.yus ni? Boleh relate tak kat soalan Aziela tu.. ~ Kak Yus.

      Delete
  7. anne nak mntk dkt daddy gak la bodyguard mcm nie. hehehehe....
    mmg best la. gelak sorg2 smp mmbr dh pusing kepala tnya npa. :)
    Good job girls! go girls!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kan? Nak jugak bodyguard macam ni >.< Heee.. terima kasih atas sokongan.

      ~Moon~

      Delete
    2. Nak gelak lagi tak? Kak Yus, sila jalankan tugas anda!!

      ~ Ayumi ~

      Delete
  8. best2...truskn mnulis...hehe x sbr nk tggu 2 mggu dr skrg..hehe:-)

    ReplyDelete
  9. Anon : Tetiba tak boleh nak reply je komen awak. Terima kasih atas sokongan :) Tunggu ye lagi 2 minggu. Insya-Allah entry Kak Yus menarik dan tertarik punya! :DD hehehe!

    ~Moon~

    ReplyDelete
  10. Sorry for pertanyaan yg out of topic tp sy nk tau kak rinsya punya blog dh x de ke? So mcm mana dgn story min alia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi awak. Cuma link dah tukar kepada yang baru. Ni dia :)

      http://aireenaryana.blogspot.com/

      ~ Ayumi ~

      Delete
  11. Btw nice story...,,,, heheheeer

    ReplyDelete
  12. Ayu and Moon. Maaflah, terpaksa letak komen baru sebab button reply tu macam tidak berfungsi pula. Sambungan soalan sebenarnya...

    Akak tanya, sebab confuse. Dalam Bab 1, scene pertama kat opis kan? Yang masa AR kena paksa join tu. Cuba baca kembali ayat terakhir :

    ....Takut kena pancung kepala oleh AR, anak tentera laut tu!.....


    And bila Iadid introduce diri, dia kata dia airforce, tentera udara. Tetiba mengaku best buddy. Sebab tu akak confuse. Bapak navy, boipren baru, airforce. Kalau umur sama, maybelah pernah sekolah sama2 kot.. tapi umur berbeza, department army pun berbeza.

    Sorry, banyak sangat tanya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aziela,

      Takpe kak, ayu faham soalan akak. Sebenarnya ayu dah tanya Kak Rinsya sebab dia bertanggungjawab tulis bab 1. Jawapan dia, memang abah AR tu tentera laut, Iadid pulak tentera udara. Tapi kita ambik situasi macam ni, abah AR dengan ayah Iadid sama2 tentera laut , jadi bila Iadid jadi tentera udara, tak mustahil diorang boleh jadi rapat sebab masih lagi dalam satu skop pekerjaan. Umur pulak tak menjadi masalah rasanya. Macam kitorang berempat, umur banyak beza terutamanya Kak Yus, tapi masih boleh rapat. hihi. Hope akak faham. :)

      Delete
    2. Soalan Aziela yg sangat bagus.. nanti dlm mana2 entry akan diceritakan mcm mana these guys bleh jadi best buddies .. err Ayu, Rin n Moon jgn lupa eh..ingat part ni..so readers tak delah tertanya2 nanti.. hehe

      Delete
    3. Muehehehee... hadoii..

      nanti rin terang kat episode rin pulak dlm entri ke-5. tpi dah tanya ni alang2 rin jwb je *x surprise la pulok*

      Hari tu tngok dokumentari, ada pulau kat sabah berhampiran perairan Filipina. Tentera laut kat sana sibuk kawal takut pulau tu kena serang.
      N dorang kena kontek2 jugak dngan Tentera udara kat atas tu supaya dpt maklumat kalau2 perairan Malaysia n pulau tu kena serang oleh orang yg berkenaan sbb pulau tu masih jdi rebutan.

      Nak ckpnya, waktu kat pulau tu *atas drat la*, dorang kalau Hari Raya memang tak balik n perlu sentiasa dlm keadaan berjaga-jaga.

      Let say Iadid n ayah AR ni nak solat tarawikh ke, buka puasa or beraya ke mesti terjumpa n kat situ hubungan dorang jadi rapat. Lelaki kan, dorang x kisah sngt nak berkawan dngn org tua ke org muda kalau masing2 bertugas jdi tentera n jauh dri keluarga. Lgipun Iadid tu ckp olok2 je best buddy sbb nak menunjuk kat AR walhal dia kawan biasa2 je dngan ayah AR. konon sngt best buddy. <---dh buat entri bab 5 kat sini . sob3

      Delete
  13. Huhuhuhuuhuh..sorry yer writer sekalian. Saya telah memecah belahkan surprise. Hahahhaha. Sebab confuse, so rasa macam tak best bila ada tanda tanya masa membaca.

    Anyway, this story will meletopss... Must be interesting to see how it ends. Hihihihi

    ReplyDelete
  14. Izzati:

    dan dan je Iadid pergi mengaku dekat Hilman yg die bodyguard AR..malu sakan AR..kat pejabat pun dah kecoh pasal nie...si Hilman punya kerja..haha

    ReplyDelete