“Memang uncle percayakan kamu. Dan uncle harap, kamu tak rosakkan kepercayaan uncle.”
Huh, sepanjang malam Iadid tak dapat melelapkan mata. Asyik dok terkenangkan kata-kata keramat Encik Hamid tadi. Hmmm.. mendalam dan sangat-sangat tersirat kata-kata tu. Hendak dikaji selidik tapi tak tahu nak mula daripada mana.
Hati asyik dok berkata-kata, hendak menguji akukah atau memang sedang membidik tepat ke muka aku yang dah sah-sah macam angau kat anak gadis dia tu.
Sedar tak sedar, sudah hampir subuh Iadid masih tidak dapat melelapkan mata. Pusing ke kiri ternampak-nampak wajah AR yang tersenyum manis. Pusing kanan timbul pula wajah Encik Hamid yang juga turut tersenyum. Bezanya, senyuman Encik Hamid penuh dengan tanda tanya.
“Ishhhhh, tidurlah mata. Esok aku nak kena lapor diri awal lak ni,” keluh Iadid sambil menekup muka dengan bantal busuknya. Eh, busuk lah sangat.
*****************
Lewat! Sudahnya Iadid didenda sepuluh pusingan larian mengelilingi padang latihan pagi itu. Jurulatih daripada Sri Lanka itu bukan kira pun, seminit ke dua minit ke, kalau dah kata lewat tetap lewat. Memang Mr. Kithsiri jenis orang yang sangat tegas, selalu berpegang pada disiplin yang ketat untuk setiap pemain di bawah pengawasan dan latihannya. Bukan setakat berpeluh, hampir nak tercabut segala otot kaki Iadid pagi itu. Dahlah tadi lima pusingan bersama rakan-rakan, sekarang ni ditambah lagi sepuluh pusingan. Ini semua gara-gara asyik teringatkan kata-kata Encik Hamidlah ni.
Latihan kriket dimulakan dengan latihan memukul dan membaling bola seperti kebiasaannya. Sudah tiga tahun Iadid menyertai Pasukan Kriket Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai pembaling malah beliau juga pernah dinobatkan sebagai pembaling terbaik dalam Kejohanan Kriket International Defence Cricket Challenge (IDCC) yang diadakan di Canberra tahun lalu. Malah seorang lagi rakan setugas juga dinobatkan sebagai pemukul terbanyak dan seorang lagi sebagai pemain terbaik keseluruhan. Tahun ini, mereka memikul amanah dan menggalas harapan yang sama tinggi untuk terus menjulang nama TUDM malah nama negara di mata dunia. Peluang dapat menobatkan nama negara di mata pasukan lawan yang terdiri daripada pasukan pertahanan dari India, Autralia dan New Zealand merupakan saat-saat terindah dalam sejarah pertandingan kriket ini.
Dua botol air mineral yang diteguk masih lagi tidak mampu menghilangkan dahaga Iadid. Mana tidaknya, berlatih dari pagi sehingga matahari dah tergelincir memang membuatkan Iadid dahaga yang amat. Hendak makan pun terasa perut dah penuh dengan air.
“Hey young man, buat apa tercegat kat sini?” Ah, suara tu macam cam je. Bukan itu suara bakal bapa mertua ke? Heh, beranganlah kau Iadid oi, ingat senang nak tackle hati orang tua ni.
“Eh, uncle rupanya. Buat apa kat sini?” Iadid menhadiahkan sebuah senyuman lalu menyalami Encik Hamid yang sudah pun tercegat berdiri di hadapannya. Hensem orang tua ni, detik hati Iadid. Iyalah, jarang sangat nak tengok Encik Hamid lengkap berpakaian seragam Navy putihnya itu. Banyak pula pingat-pingat kepujian yang bergantungan di dadanya. Inilah antara tanda jasa-jasa yang pernah beliau hulurkan untuk negara.
“Uncle datang hantar report.”
“Dah settle ke uncle pasal masalah lanun kat kepulauan Semporna tu?”
“Inilah yang uncle datang sini, sambil hantar report, ingat nak jumpa dengan YBhg Jen Dato’ Razali. Bolehlah bincang dan minta buah pendapat.”
Iadid mengangguk perlahan, dia amat maklum yang bos besarnya itu memang bersahabat baik dengan Encik Hamid. Mereka dulu satu sekolah di Malay College Kuala Kangsar. Siapa tak kenal graduan-graduan MCKK, ramai menteri-menteri dan orang-orang besar kelahiran kolej melayu yang berprestij itu. Malah Iadid pun salah seorang daripada mereka. Hendak juga tumpang nama, mana tahu kot-kot satu hari nanti boleh sama-sama menjadi orang penting dalam negara. Tak payah jadi Jeneral pun tak pe, dapat bersara sebagai Mejar pun dah cukup.
“Ok young man, uncle nak jumpa YBhg Jen Dato’ dulu. Nanti petang singgah rumah uncle, boleh kita bincang-bincang pasal ni. Idea orang muda lebih bernas daripada idea orang tua,” ujar Encik Hamid dalam nada berseloroh.
Wah, ada chance juga jumpa AR petang ni! Tak dapat berbual dan menatap wajah AR depan-depan pun tak apa, asalkan dapat melihat sekilas pun sudah cukup. Iskh, angau tahap ke sepuluh dah agaknya si Iadid ni.
Nasib baiklah selepas berlatih Iadid tak perlu bertugas jadi awal sikit dia boleh balik ke rumah. Iyalah, petang nanti nak berdating dengan Encik Hamid pula. Eh, dating ke tu? Heh, kalau dating dengan AR best juga bunyinya kan . Tak kisahlah, yang penting kat rumah mereka.
Sambil mandi dan bersiap, sempat juga Iadid merangka beberapa usul mengenai isu kepulauan di Semporna tu. Iyalah, berdasarkan pengalamannya bertugas di Sipadan dan beberapa kepulauan lain, mungkin usul-usulnya itu boleh digunapakai. Jenuh juga hendak bersiap, sehelai demi sehelai baju yang dicapainya dicampakkan ke atas katil. Alahai, mengalahkan nak pergi dating dengan awek. Ah, dress up macam biasa ajelah. Bukan nak ke majlis formal pun. Tapi semenjak asyik teringat-ingat kata-kata Encik Hamid semalam, Iadid semakin terasa hendak memperlihatkan the best tentang dirinya. Termasuklah penampilan diri juga. Eh, ingat senang ke nak tackle hati bakal bapak mertua ni. Heh, bapak mertualah sangat. Berangan tinggi melangit mamat ni!
Kelihatan Encik Hamid tersenyum menyambut kehadiran Iadid yang laju sahaja memakirkan keretanya di ruang parkir. Uikhh, terserlah sifat kebapaan dan suami mithali Encik Hamid yang sedang memegang paip sambil menjirus pokok-pokok hijau hiasan milik sang isteri. Walau pun berpangkat tinggi, tapi lelaki itu tidak pernah segan untuk membantu menyirami pohon-pohon kesayangan isterinya malah dia juga berkongsi minat yang sama. Berkebun bersama-sama isteri tersayang pada waktu terluang tentu sekali akan lebih mengeratkan lagi kasih sayang mereka. Itu rahsia kerukunan rumah tangganya yang boleh diwarisi oleh anak menantunya kelak.
“Mari Iadid, kita borak kat sini,” pelawa Encik Hamid yang telah pun mengambil tempat di meja kecil yang terletak di halaman mereka. Cuaca yang redup memang sesuai sekali untuk bersantai begitu.
“Hmm, tadi praktis macam mana? Nampak macam penat je, bila tournament tu?”
“IDCC tu bulan November ni uncle, risau jugalah kan . Tahun lepas kita banyak bawa balik pingat, takut tahun ni kena caras pula.”
“Oh, no worries young man. Kalau kita kekalkan prestasi seperti biasa dan giatkan lagi latihan mesti tak ada hal,” nasihat Encik Hamid ikhlas.
Perbualan yang awalnya hanya berkisar pada latihan kriket mula menjadi semakin serius dengan usul-usul yang dibawa oleh Iadid. Iyalah, dalam hal-hal keselamatan negara ni mana boleh buat main-main. Nyawa setiap orang berada di tangan mereka. Setiap usul perlu dibahaskan sebaik-baiknya. Tapi, memang Iadid tabik spring kat Encik Hamid ni. Walau pun lelaki itu jauh lebih tua dan berpengalaman daripadanya, namun tidak sesekali beliau memperendah-rendahkan setiap usul yang diberinya. Malah, semuanya diambil serius dan diberi perhatian yang sewajarnya. Itu membuatkan Iadid semakin senang dengan lelaki itu. Kalau jadi keluarga, lagi mudah agaknya.
Perbualan mereka terhenti seketika apabila gemersik suara AR menyapa dengan sedulang hidangan petang. Perlahan dan tertib sungguh anak gadis Encik Hamid ni. Err.. betul ke AR yang berdiri di hadapan mereka ni. Lain sungguhlah!
“Lorhh, kenapa tengok Ad macam tak pernah tengok perempuan ni Iadid oi,” tegur Encik Hamid dan sekali gus mengundang batuk kecil Iadid. Alamak, kantoi la pula. Boleh pula terpana seketika di hadapan Encik Hamid.
Senyuman sinis AR sengaja dilemparkan kepada Iadid. Padan muka! Wajah Iadid yang merah padam sengaja dikerling. Walau pun senak perut menahan tawa, tetap juga AR mengatur cawan dan piring di atas meja. Sengaja sebenarnya dia mengambil dulang itu daripada tangan ibunya. Iyalah, sengaja hendak menyakat Iadid dan tak sangka pula sampai Iadid terkantoi dengan ayahnya.
“Itulah, cepat-cepat kahwin tak adalah tengok perempuan macam tak pernah nampak,” seloroh Encik Hamid sengaja membakar suasana.
“Eh, tak adalah uncle. Terkejut tengok Ad hari ni, tak biasa kan saya tengok dia ala-ala gadis melayu terakhir ni.” Alamak, frank sungguh jawapannya. Iadid menekup mulutnya sendiri. Hadoi! Nasib baiklah jawapannya itu mengundang tawa besar Encik Hamid. Kalau tidak, masak dia hari tu. Kalau tak kena BBQ harus kena gulai lemak cili padi.
“Itulah, si Ad ni susah nak predict. Mood dia macam-macam. Nasiblah anak uncle seorang dia aje, kalau ramai peel macam dia dah lama uncle dapat heart attack.” Nasib baiklah AR sudah pun meloloskan diri masuk semula ke dalam rumah. Kalau dengar kata-kata dua orang lelaki yang berkait rapat dengan hatinya itu, sudah pasti terbakar hangus. Kalau bukan dia yang terbakar, dah sah dua lelaki tu yang dibakarnya.
“Berbalik pada soalan uncle pasal kahwin tadi. Bila Iadid bercadang nak kahwin?” Terdiam seketika Iadid mendengar soalan cepumas Encik Hamid itu.
“Err, saya rasa belum sampai seru lagilah uncle. Lagi pun saya masih belum stabil lagi.”
“Hmmm, sebagai seorang lelaki, kestabilan itu penting. Bukan sahaja dalam hal-hal kewangan, pekerjaan malah dalam hal-hal kerohanian juga. Hendak menjadi suami ni bukan mudah. Kena belajar selok belok rumahtangga, kena tahu tanggungjawab yang kita nak pikul. Semua tu kita kena belajar. Bukan macam muda-mudi sekarang, kenal, cinta lepas tu terus kahwin. Memang betullah, kahwin itu lebih bagus daripada melakukan maksiat tapi harus ingat juga, kalau kahwin tanpa ilmu susah nak menjadi nakhoda bahtera rumah tangga tu,” panjang lebar nasihat dan buah pendapat Encik Hamid. Di sebaliknya tersirat maksud yang mendalam buat Iadid.
“Betul tu uncle, sekarang ni saya sedang mengejar cita-cita untuk kenaikan pangkat tahun depan dan dalam masa yang sama, saya juga sedang mendalami ilmu di dada. Saya ingin memulakan rumah tangga dengan penuh kesediaan,”
“Bagus tu Iadid, uncle setuju dengan cara Iadid tu. Ilmu dunia dan akhirat kena seiring. Sekarang ni Iadid Leftenan Muda kan .. itu pun sudah cukup baik untuk orang muda seperti kamu.”
“Khabarnya kamu terlibat dengan misi menyelamat penumpang kapal yang karam di Pulau Layang-Layang tu kan ?” soalnya menyambung perbualan. Topik awal tadi sengaja ditukar melihatkan resah anak muda itu. Sengaja hendak menduga dan dalam masa yang sama ingin menyampaikan spesifikasi bakal menantu idamannya.
“Aah uncle. Esok saya kena ke Labuan untuk misi bantuan tu,” jawab Iadid agak terkejut apabila Encik Hamid tahu sahaja tugasannya. Mungkin beliau mengetahuinya semasa perjumpaan beliau dengan YBhg Jeneral Dato’ tengah hari tadi.
“Habis tu, siapa yang hantar kamu ke airport esok? Ke kamu pergi dengan Airforce driver?”
“Imanina je yang hantar saya esok uncle.”
“Eh, takkan nak biarkan si Nina tu drive sorang-sorang balik nanti. Esok pukul berapa nak bertolak? Singgah sini dulu ambil Ad, biar dia temankan Nina balik nanti,” ujar Encik Hamid. Concern juga dia tentang hal kebajikan adik si Iadid tu. Iyalah, dia pun ada anak gadis. Lagilah, siap kena pasang bodyguard bagai risaukan anak dara nan seorang. Ini kan pula Imanina yang masih terlalu muda tu hendak dibiarkan seorang memandu pulang dari airport.
Senyum. Bukan setakat senyum, sengih pun dah termasuk sekali. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tak sangka Encik Hamid akan mengutarakan idea yang brilliant, sangat-sangat brilliant seperti itu. Memang tak tidur pulalah si Iadid malam ni.
*********************
Imanina sudah sedia berdiri di hadapan pagar ketika Honda putih itu menghampiri pagar rumahnya. Satu senyuman ikhlas diberikan sebagai santapan pagi kepada pemandunya. Pintu depan penumpang segera dibuka dan terpacul wajah comel Imanina. Suka dia melihat wajah gadis itu. Memang ayu bertudung polkadot ala-ala trend masa kini.
“Morning sis, jom,” ujar Imanina manja. Tangan dihulur memberi salam kepada AR yang telah lama mendapat tempat di hatinya. Memang dia suka benar kalau gadis itu yang akan menjadi kakak iparnya. Eleh, hati abang Iadidnya itu mudah sangat hendak ditebaknya. Kat muka pun dah jelas macam cermin.
“Hello cik-cik adik, nak borak pun masuklah dulu,” sergah Iadid apabila menyedari kedua-dua gadis itu masih tercegat berdiri di luar kereta sambil berbual. Sempat pula nak bermesyuarat tingkap. Kedua-duanya memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan sengihan. Iyalah, kan dah tak pasal-pasal kena sergah. Kalau dah berjumpa, memang ada-ada je yang hendak dibualkan.
“Alah abang ni, kan awal lagi ni. Flight abang pukul sebelas pagi, ni awal-awal dah bertolak,” rungut Imanina sengaja.
“Pergi awal bagus sikit, sempatlah kita sarapan kat airport nanti,” mendatar sahaja balasan Iadid. Matanya sesekali mengerling ke arah AR yang hanya fokus memandang ke hadapan. Ada sejalur rasa resah bermain di wajah gadis itu.
Sepanjang pemanduan, masing-masing lebih banyak melayan perasaan sehinggalah kereta diparkir. Tidak banyak yang dibawa oleh Iadid, hanya sebuah bagpack yang mengandungi uniform serta beberapa keperluannya sahaja. Lagi pun misi itu hanya untuk beberapa hari sahaja, bukan lama pun.
“Jom breakfast dulu,” pelawa Iadid dan sudah tentu dipersetujui sebulat suara. Masing-masing keluar rumah dengan perut kosong demi mengejar waktu.
Pilihan mereka, Kopitiam yang terletak berhampiran dengan ruang berlepas. Lagi pun menu sarapan di Kopitiam itu pun menyelerakan juga. Imanina yang sejak tadi menjadi pemerhati tingkah Iadid dan AR yang lebih banyak mendiamkan diri. Entah kenapa ye, kedua-duanya seperti hilang kata-kata.
“Take good care of yourself dik, abang tak ada dua tiga hari ni stay kat kampus ajelah,” pesan Iadid setelah panggilan masuk ke ruang pelepasan keudara. Risau juga dia dengan keselamatan adik kesayangannya itu.
“All right bro, janganlah risau. Adik taulah nak uruskan diri sendiri, lagi pun Kak Ad kan ada, boleh je nanti temankan adik,” lincah je balas gadis comel itu.
“Eh, jangan nak mengada-ngada susahkan Kak Ad. Kak Ad tu banyak kerja nak dibuat, nanti layan adik tak ke mana semuanya,” tingkah Iadid sambil matanya terpacak ke wajah AR yang nampak agak murung.
“It’s ok. I’ll look after her for you, no worries,” balas AR yang menyedari dirinya diperhatikan. Tersentuh juga melihat keakraban dua adik beradik ni, iyalah, dia kan anak tunggal. Manalah pernah merasa kasih sayang adik beradik macam diorang ni.
“Dahlah, awak kena masuk dah ni. Jangan risau pasal Nina, nanti saya jengok-jengok dia. Awak tu, jaga diri baik-baik. Pergi dengan selamat, balik pun dengan selamat.” Alahai, macamlah si Iadid tu hendak pergi berperang. Hendak menyertai misi menyelamat je pun.
“Awak pun jaga diri elok-elok,” pesanan akhir Iadid sebelum melangkah meninggalkan kedua-dua gadis kesayangannya. Pelik! Hati rasa sayu pula saat itu.
Suasana riuh rendah di luar balai berlepas itu seakan mati seketika. Ketika itu telinga AR hanya terdengar alunan lagu yang berkumandang di kedai CD berhampiran. Asyik dan memilukan.
Selalunya haruku tak sebegitu biru,
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh,
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana,
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar,
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku,
Putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih..
Tujukanku lagu sedih….
********************************************************************
Maaf ye .. entry kak yus ni lambat sikit. Kali ni tak banyak sangat scene AR dan Iadid berdua.. lebih byk scene En. Hamid n Iadid kan.. hmmmm... agak2 la kan, dah dpt ke teka ciri2 menantu pilihan En. Hamid?? IDCC (pertandingan kriket antara pasukan tentera) tu mmg wujud ye.. n as for Misi menyelamat tu.. credit dan sekalung tahniah untuk para penyelamat airforce kita yg telah membantu 14 pelancong n 12 crew kapal mewah yg karam di perairan P. Layang-layang pd 8 Jun 2021 lalu.. bergandingan bahu bersama team Navy KD Ganas.
Maaf utk sgl kekurangan. Ok.. Moon, now k.yus pass kat Moon ye.. Lots of luv..K.Yus
8 jun 2021 ke?? :)
ReplyDeleteMomochan.. tak silap k.yus 8/6 .. tp insiden tu mmg berlaku antara 7 - 11 Jun this year ..
DeleteKak Yus , tahun 2021 bkn ke lmbt lg ke ? HEHE !
ReplyDeleteBTW , bab ni best ! TERBAIKKK !
Hihihi...2012 tu Kak Yus. Memang tak banyak scene couple tu, tapi saya rasa scene nie penting. Approval dari En hamid tu penting tu...hehehehehehhe. Thanx Kak Yus...
ReplyDeletehahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... hadoii.. sorry..sorry.. 2012 la.. kiranya advance k.yus ni, ada time travel machine tewww...hehehe..
ReplyDeletemuka sy siyes jer bc en3 k.Yus.(ntah betul ker sy pggil kak sbb xth sapa lg muda.heheee).emo lebih baca sbb tetibe turut rs suasana lain mcm atr Iadid ngn Ad.sayu...
ReplyDelete