Tuesday 21 August 2012

Marry Your Daughter epi 5

*AR yang brutal?*






MYD – by Rinsya Ryc arigatouuu naaaa…


BEG tangan dicampak ke atas meja. Tangan dah ganyang rambut macam orang gila.
“Kau dah kenapa? Kena tinggal laki?” mulut Adira memang tak ada insuran pun, suka hati main sembur. AR sekadar jeling sekilas.
Tadapape. Kau jangan sibuk arr!”
Mulut Adira terkunci akhirnya. Nak-nak je dia tengok AR menghantu pagi-pagi buta di pejabat, tapi tengok Hilman pun dah siap kasi jelingan maut punya dengan pandangan ‘kau-jangan-kacau-dia-kalau-nak-selamat’, Adira julingkan mata sendiri. Macam hebat sangat si AR tu. Ikutkan sama aje stail macam dia, nak kira suci tahap gaban tu taklaahhhh…
Tapi Hilman ni macam sengaja cari pasal, siap mengata dia kat belakang-belakang yang Adira dah tidur dengan lelaki kat hotel walhal tempoh hari dia naik hotel bukan dengan lelaki, dengan perempuan tapi tomboi. Pasal si tomboi tu kakak kandung dia, terpaksa la kongsi hotel masa pergi berjimba kat Langkawi dan si mamat poyo tu pulak tiba-tiba muncul konon nak pergi naik kereta kabel tapi alih-alih buat fitnah yang ADIRA HAJI YUSUF dah tak suci. Hampegas punya jantan!
“Arghh….” keluhan terlepas dari dua ulas bibir AR. Adira kembali tala mata ke muka suram AR. Apa kena? Apa kena? Rasa aura nak menyibuk dah tahap giga.
Bila AR berdiri jalan keluar dari bilik Human Resource entah nak pergi toilet la kut, Hilman dah berdiri depan Adira.
“Kau jangan menyibuk sangat boleh pasal dia?”
“Apa?” kening Adira terangkat tinggi.
“Kau tak nampak dia tengah bad mood?” lagi-lagi suara Hilman naik. Adira juih bibir.
“Kau pakwe dia ke nak protect dia bagai? Aku taulah nak jaga diri aku. Takdanya aku ajak awek kau tu gaduh. Dah la kau berambus dari sini!”
Hilman tengok muka Adira yang merah menyala sambil ketap bibir sendiri. Hati masih tak puas nak buli Adira sebab dia geram! Geram Adira sanggup naik turun hotel dengan LELAKI dan setahunya Adira itu BUJANG trangtangtang, sah-sah dah buat hubungan luar nikah. Nasib baik hari bersejarah tu dia tak jadi nak kasi cincin tanda kat Adira sebab Hilman turun ke Langkawi pun hasil rancangan otak dia sendiri yang tak berapa nak bergeliga,  konon nak buat surprise untuk Adira –projek meluahkan perasaan CINTAKU UNTUKMU-. Sekali dia pulak yang tersurprise!
Tapi balik dari Langkawi esoknya memang frust habis. Sampai sekarang bila tengok muka Adira aje hati dah bertambah panas.
Dasarkan… perempuan sekarang, mana kira kahwin ke tak main redah aje janji nafsu terbalas. Kalau mengandung susah apa jumpa doktor minta buat abortion? Dunia-dunia… Dia geleng kepala tala mata ke atas sambil berlalu ke tempat duduknya sendiri.



AR jalan keluar pejabat selepas tamat waktu bekerja. Ingat nak balik awal sebab kereta pagi tadi buat hal, itu pasal dia tension tahap nak gaban sebab Gen- AR baru ja kena service bulan lepas alih-alih tak boleh nak start pagi-pagi tadi. Dan-dan kena ambik teksi pagi-pagi buta. Mana tak hangin satu badan dengan perangai pakcik teksi yang lintah darat ambik tambang kemain mahal, apa orang tua tu ingat dia tak tahu ke tambang teksi dari rumah ke tempat AR kerja? Pulak satu hal pagi-pagi nak bergaduh dengan pakcik teksi.
Kaki dipanjangkan dan sampai di tepi jalan dia pergi lambai-lambai dekat pakcik-pakcik yang ada teksi. Macam tak sesuweiiii je AR naik teksi. Kalau abah ada, mesti abah yang turun padang jemput dia.
Tengah teksi nak berhenti menuju ke arah AR berdiri, tiba-tiba Honda brek berdecit dan terus bunyikan hon.
“AR, naik! Saya ni!”
Cermin tingkap kereta diputar ke bawah, muka Iadid terserlah. AR teleng muka tak percaya sambil hati kata- Dia ni??
“Masuklah!”
Lintang-pukang AR berjalan masuk ke kereta Iadid.
“Apa awak buat kat sini? Awak intip saya ke? Ke awak tunggu saya dari tadi pagi sebab awak nak jumpa saya?” apa punya soalan laaaa AR ni. Tak boleh ka tak bertanya? Dah sah-sah Iadid tunggu dia balik kerja kan? Kan? Tak ke?
“Tak. Ni namanya kebetulan.”
Spontan AR cebik bibir. Kebetulan la sangat… Lupa yang Yadidyadad nih mana pernah nak kasi dia feeling-feeling sangat. Kalau dia jawab, ya, saya tengah tunggu awak… Mungkin AR dah cair kat sini-sini jugak. Nasib baik Iadid pandai main peranan.
Adalah sekali Iadid pergi puji AR; “Bertuah siapa yang kahwin dengan awak nanti...”, tapi tak pastilah Iadid tu ikhlas nak memuji ke membodek je semata-mata Imanina ada di depan mata. Kan?
“Lepas ni kita jemput Imanina dulu, dia masih kat kolej dari petang tadi.”
“Haaaaa… Awak tak jemput dia dulu ke?”
“Kereta awak kan rosak?”
Err? “Saya boleh naik teksi je.”
Jeda lagi. Ni kira part paling awkward dalam hidup AR la sebab selama jumpa dengan lelaki, dia cakap main belasah aje. Kenapa?
“Awak tidur rumah saya malam ni?”
Iadid toleh AR sekejap kemudian kembali pandang hadapan.
“Emmm…”
“Serius?”
“Apa yang serius?” Iadid garu tengkuk dengan tangan kiri.
“Iadid…”
“Emmm?”
“Iadid!”
“Apa dia?”
“Imanina tidur dengan kita?” soal AR bersungguh-sungguh. Iadid sengih aje. “Kenapa? Dia bukan ganggu kita pun…” sengaja perkataan kita ditekankan. AR mendengus bila faham apa yang Iadid tengah cakapkan. Macamlaaaaa dia nak terdesak sangat berdua-duaan dengan Encik Tuan Iadid.
“Baguslah dia ada. Tak sedap bila tidur ada awak kat rumah tu… Kitakan tak kahwin lagi? Dua-dua bujang tinggal serumah kan dah buat fitnah…”
I’ll asked your dad… to marry his daughter. Boleh?” Suara nak tak nak tak dengar je kat cuping telinga. AR kerut dahi.
Apa dia? “Pardon?”
“Saya cakap… sebab tu lah saya bawa Imanina sekali supaya kita tak buat fitnah bila saya tinggal dengan awak…”
“Ohhh…”
Ingatkan dia nak propose aku ke…
“Iadid, macam mana yer awak boleh rapat with my dad?” AR memecah kesunyian selama 15 minit terdiam dalam kereta. Iadid pandang sekilas sebelum gelak.
“Nak tahu?”
“A-ah la.”
“Dulu masa saya baru kerja, dihantar ke Sabah. Ada sebuah kepulauan tu jadi rebutan antara Filipina dan Malaysia. Kepulauan tu simpan minyak terbesar di Asia ni. Sebab tu jadi rebutan oleh semua negara. China pun join sekali. Even sampai sekarang pun Filipina masih nak tuntut pulau tu. Saya di tempatkan di Pulau Layang-layang untuk mengawal keselamatan pulau tersebut dari diceroboh oleh pihak musuh. Tentera udara akan beri maklumat serta informasi kepada tentera laut serta darat perairan di sana jika terdapat sesuatu yang mencurigakan. Bila Hari Raya saya tak balik, saya duk kat Pulau Layang-layang tu, abah awak selalu masak rendang ketupat, dari situ kita orang jadi rapat sebab tak banyak muslim waktu masa kami bertugas di sana dulu. Malah abah awak tu boleh jadi kawan walaupun beza umur antara kami jauh. Lelaki bila berkawan mana nak pandang sangat umur. Perempuan lainlah.”
AR asyik perhati muka Iadid yang khusyuk bercerita. Dia pun ikut khusyuk perhati muka orang. Err… Muka boleh tahan hensem la jugak. Kira mata dia redup, kening pun tebal, anak mata warna… eh sat! Apesal anak mata dia warna hitam pekat pulak nih? Bukan hari tu dia tengok mata Iadid warna biru ke? Sah pakai contact lense!
“Saya pernah bertugas di Pangkalan Udara Labuan, PU Kuching, dan sekarang ni PU KL...”
Iadid toleh ke sisi. Dia pandang muka AR yang sudah merona merah. Kening ternaik sedikit. Apa kena dengan cerita aku sampai muka dia yang cute tu bertukar jadi merah pula?
“Eh, awak masih malu dan segan dengan saya ke?” stereng kereta berpusing masuk ke bulatan.
“Tolonglaaaahhhhh…” AR ikut pusing. Pusing muka menghadap ke cermin sebelah tepi. Betullah segan bila Iadid mula tanya begitu pada dia.
Tawa Iadid pecah. “Hari tu bukan main nampak brutal, sekarang dah blushing-blushing. Kenapa? Saya handsome sangat ke hari ini?”
Erk?
AR tak jawab. Baik diam aje kut…
“Tu dah senyap…” semakin giat Iadid mengusik. AR julingkan mata.
Excuse me, setakat awak yang handsome, lagi handsome bapak saya.”
“Tu abah awak. Saya lain. Saya awak boleh kahwin…”
Wajah AR naik merah semula. “Mamat celup salih macam awak ni ada hati ke nak kahwin dengan saya?”
Sure why not? Awak ok apa?” Orang tak cakap pasal akulah bod.. err… Bengang! Orang cerita pasal celup-celup kat muka dia! Ape kaitan aku ok ke tak dengan dia ada HATI nak kahwin dengan aku pula? AR menggumam berat di dalam hati.
“Ad…”
“Ha?”
So now saya boleh panggil awak Ad lah ni?” Iadid kenyit mata.
AR gelabak cuak. Entah bagaimana dia boleh sahut juga bila Iadid panggil nama dia AD walhal sudah ditetapkan dek hati AD itu hanyalah orang-orang terdekat boleh sebut. Walawei AR, adakah hatimu sudah terbuka dek Encik Iadid?
“Masuk meminanglah baru tahu kaki tu ada bagus ke tak. Tengok abah saya nak tak dengan awak.”
AR cabar.
Iadid terkedu. Alahai. Ingatkan dia boleh jadi supersaia hebat di mata AR setakat meminang tu memang senang. Tapi bercerita tentang abah AR, lutut lembik sikit. Nak terketar pun boleh. Bukan dia tak tahu yang abah AR punya standart piawaian bakal menantu tinggi tahap melangit. Nak yang beriman, boleh bimbing AR dunia akhirat, boleh melindungi AR sehingga akhir nafas dan nyawa, paling utama dia kena naik haji dulu sebelum meminang AR. Ada AR tahu?






********

PS: Thanks for reading this entry .. :DD XoXo!
Tang jalan cerita dan jalan penceritaan serta watak perwatakan agak-agak berbeza dari seorang penulis ke seorang lagi, we try hard untuk match up kan cara dan gaya penulisan masing-masing. Ahah!
Untuk pengikut tegar MYD, point taken keyh? Bagaimana Iadidyadidyadad nak penuhi kehendak Inche’ Tentera Laut bila nak kahwin tu banyak sangat cagarannya. Ahaaaahhhh!
Happy Eid Mubarak for all. May ALLAH bless… Capture pict banyak-2 meh sebagai kenangan tahun ini :DD




>>Ayumi turn

Saturday 11 August 2012

Marry Your Daughter ~ Episode 4

MYD ~ Versi Moon menulis


“DAH PENAT KE?” Soal Iadid sedikit kuat sambil tersenyum apabila melihat AR yang dah termengah-mengah. AR hanya menjeling sekilas sebelum berlari anak mendekati Iadid yang memang agak ke hadapan.
“Awak tu tentera udara. Bolehlah lari dekat sepuluh pusingan tanpa henti tapi saya ni kerja pejabat je tau! Mana larat nak lari macam awak!” AR membentak geram sambil mengelap peluhnya. Dahlah cuaca panas. Lagi bertambah panas dengan perangai Iadid ni.
Iadid cuma tersenyum sebelum kembali berlari meninggalkan AR yang terpinga-pinga dekat belakang. Hampeh mamat sorang ni! Ni ke bodyguard yang berwibawa? Aci tinggal je aku dekat belakang ni.
AR merengus sebelum turut berlari mengikut Iadid. Benci betul bila dapat bodyguard yang kuat berlari ni. Iadid ni tak tahu ke apa makna berjalan?
“Ad!” AR berhenti berlari sebelum memalingkan kepalanya ke belakang. Ni siapa pulak pandai-pandai panggil dia Ad? Hanya keluarga terdekat aje yang boleh panggil dia Ad. Ni mesti spesies macam Iadid. Tak reti bahasa!
Tapi mulut yang sudah bersedia untuk memuntahkan amarah, terkatup rapat bila melihat lelaki yang sudah berdiri tegak di hadapannya sekarang.  Terasa seperti dunia bagaikan berhenti berputar. Berkali-kali AR memejamkan mata bagi menyakinkan bahawa ini semua bukan mimpi tapi bila dia membuka mata, lelaki itu masih ada. Berdiri di hadapannya dengan bibir yang terukir senyuman manis.
“Long time no see, Ad. How are you?” Tanya lelaki itu apabila melihat AR yang hanya mendiamkan diri. AR terus mengenggam tangannya kuat-kuat sambil menggigit bibir.
Lelaki ini namanya Harith Amri. Setelah sekian lama, dia sama sekali tak menyangka dia boleh berjumpa kembali dengan Harith. Cinta pertama yang dia cuba lupakan selepas abah meminta dia untuk meninggalkan lelaki ini selama-lamanya. Alasan di atas permintaan abah langsung dia tak tahu sampai sekarang. Abah cuma cakap, dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Walaupun pada mulanya, AR membantah tanpa lama-kelamaan dia mula redha. Abah pasti lebih tahu apa yang terbaik untuk dia.
“Alhamdulillah sihat...” balas AR perlahan. Wajah Harith dipandang lama. Tak berubah mana tapi semakin kacak.
“Saya rindu awak....” luah Harith dan dia cuba mencapai tangan AR namun tiba-tiba ada tangan lain yang menyambut tangannya. Serentak Harith berpaling pada lelaki yang sudah berdiri di sebelah AR dengan riak wajah yang serius. AR pulak hanya memandang Iadid sebelum merapatkan kedudukannya dengan Iadid. Biar Iadid melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan. Menjauhkan dirinya daripada mana-mana lelaki.
“Ada apa yang saudara nak dengan isteri saya?” Tanya Iadid dengan nada suara dingin. Sedaya upaya dia cuba menahan dirinya daripada melayangkan penumbuk dekat muka lelaki yang cuba menyentuh AR kesayangan dia ni!
“Isteri?” Terkedu Harith dibuatnya. Adnin dah kahwin? Dia memandang AR yang hanya mendiamkan diri di sebelah Iadid. Langsung tak membantah. Adakah itu bermakna yang AR dan lelaki ini memang sudah berkahwin?
“Betul ke Ad?”
AR mengangkat muka untuk memandang Harith sebelum mengangguk kecil. Isteri pun isterilah! Asalkan Harith cepat-cepat pergi dari sini. Iadid di sebelah dikerling sekilas. Takut jugak dia apabila melihat muka Iadid yang tegang semacam.
“Saya mintak saudara tolong jauhkan diri dari isteri saya. Ayah mertua saya tak suka kalau ada lelaki yang datang mendekati isteri saya ni. Kami mintak diri dulu. Assalamualaikum!” ucap Iadid tegas sebelum menarik lengan baju AR untuk mengikutnya. Terasa sakit di hatinya masih belum reda walaupun dia nampak anggukan kepala AR yang mengiakan bahawa mereka ini suami isteri. Hal itu memang menggembirakan hatinya tapi kalau ikutkan hati, dia ingin bertanya siapakah sebenarnya lelaki tadi? Kenapa AR terkedu sangat bila lelaki tu menegurnya tadi?
“Awak ni kenapa?” Tanya AR apabila dari tadi Iadid langsung tak bercakap walau sepatah pun. Muka pun tegang dan agak menakutkan. Sesekali dia melihat meter kereta Iadid. Hampir mencecah 140 km/jam. Gilalah Iadid ni! Nak accident ke apa?
Iadid masih mendiamkan diri. Sesekali dia memecut laju dan mencilok di antara kereta-kereta yang lain. AR mula mengurut dada. Mak aih, laju sangat ni!
“Iadid, please jangan laju sangat...” Nada suara AR dah mula terketar-ketar. Dia memang takut bila tengok meter kereta Iadid berputar ligat. Mulalah bermacam-macam andaian negatif datang hinggap kat kepala dia sekarang ni.
“Damn!” Terus Iadid memberhentikan keretanya ke tepi dan melangkah keluar dari kereta. AR yang terkejut apabila mendengar Iadid menyumpah terus mengurut dada. Kemudian, dia mengintai Iadid yang berdiri di luar sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar sukannya. Sesekali dia melihat Iadid menyebak rambutnya ke belakang berulang kali. Masa Iadid buat macam tu, serius dia cakap... Iadid nampak sangat kacak. Entah apalah agaknya yang mengganggu Iadid sampai bawak kereta macam pelesit. Takkan dia cemburu dengan Harith kot? Takkanlah kan?
AR buat-muka pandang luar tingkap bila Iadid masuk dalam kereta. Langsung dia tak tengok muka Iadid. Bukan tak nak tapi takut sebenarnya.
“I’m sorry...” ucap Iadid sambil meraup mukanya. Dia memandang AR dengan pandangan penuh rasa bersalah. Tak sepatutnya dia menyumpah tadi. Di depan Ad pulak tu. Dia sepatutnya kena lebih pandai mengawal perasaan cemburu dia. Bukannya Ad tahu pun yang dia sayangkan Ad. Memang satu tindakan yang bodoh, Iadid!
            “Kenapa awak marah sangat? Terkejut saya tadi...”
            “Saya...” Arghh... takkan dia nak cakap yang dia cemburu!
            “Let just forget about it, shall we?” Balas Iadid dan mula memandu keretanya. Kali ini dengan kelajuan normal. Bila dengar suara AR yang terketar-ketar tadi, rasa luruh jantung dia. Tak sanggup nak menakutkan AR untuk kali kedua. Sesekali dia mengerling AR melalui ekor matanya. Gadis itu hanya mendiamkan diri dan sibuk memandang ke luar tingkap. Iadid menarik nafas lega. Nasib baik AR tak tanya apa-apa lagi. Takut dia terlepas cakap pulak nanti dan yang paling penting, dia takut kalau ayah AR tahu pasal perasaan dia terhadap AR.

****
            LAMA AR memandang gadis yang berdiri di sebelah Iadid. Kemudian matanya beralih pula pada tangan gadis tersebut yang melingkari lengan Iadid. Tiba-tiba dia terasa panas tapi muka dia masih lagi selamba.
            “Wife?” Soal AR.
            Iadid terus ketawa sebelum mengusap kepala gadis di sebelahnya. Sumpah AR rasa macam nak tepis tangan Iadid. Sakit mata dia tengok! Ke sebenarnya dia cemburu? AR merengus. Buat apa nak jealous kan? Bukannya dia ada apa-apa dengan Iadid ni.
            “Ni adik sayalah, Imanina...” ucapnya sambil tersenyum manis. Suka pulak dia tengok muka merah AR tadi. Jealous ke?
            “Ohh...” Entah kenapa AR menarik nafas lega. Dia tersenyum pada Imanina sebelum menarik tangan gadis itu untuk masuk ke dalam rumah. Patutlah Iadid menghilang lepas balik dari jogging tadi. Ingatkan lelaki tu dah tak nak jaga dia lagi tapi rupanya tak. Dia bawak peneman rupanya. Lega jugak sebenarnya hati AR. Tak adalah dia berdua-duaan dengan Iadid lagi. Walaupun dia yakin yang Iadid takkan apa-apakan dia tapi Iadid tu lelaki. Manalah tahu kan kalau tiba-tiba, Iadid hilang kawalan. Masya-Allah, tak sanggup dia nak fikir!
            “Imanina datang teman akak la kan?”
            Imanina mengangguk sebelum tersenyum kecil. Suka betul AR melihat muka adik Iadid ni. Lembut je. Cantik pun cantik.
            “Ada Nina, terus lupa saya ye?” Iadid melangkah masuk ke dapur sebelum duduk di kerusi kaunter. Sempat dia mengerling AR yang tengah terkumat-kamit mengutuk dia. Walaupun mulut comel tu mengutuk dia tapi hati tetap bahagia. Sekurang-kurangnya dapatlah dia melihat AR senyum sekarang ni. Takdelah masam je!
Lagipun, memang dia sengaja bawak Imanina datang sini. Dia pun sebenarnya kurang selesa untuk tinggal berdua dekat rumah ni bersama-sama AR. Ingatkan kat rumah AR ni ada orang gaji tapi takde rupanya. Nasib baik Imanina nak ikut dia. Kalau tak, dia tak tahu nak bawak siapa lagi.
“Hari ni nak makan apa?” Tanya Iadid sambil menongkat dagu. Matanya masih tak lepas dari memandang AR yang tengah bergelak ketawa dengan adiknya.
“Abang nak makan apa?”
“Abang tak kisah... Nina nak masak apa?”
AR memerhati Iadid dan Imanina sebelum dia berdehem kecil. Pagi tadi kan Iadid yang masak dan sekarang ni, tibalah giliran dia untuk menunjuk bakat memasak dia. Jangan ingat anak dara Encik Hamid tak pandai memasak. Abah dia pun suka masakan dia tau!
“Kali ni biar akak yang masak.” AR sengih panjang sebelum memandang Iadid yang dah menjungkit kening.
“Kenapa buat muka macam tu?” Tanya AR tak puas hati. Menyindir la tu!
“Awak pandai masak apa?”
“What do you want to eat?” Soalan berbalas soalan. AR mula berpeluk tubuh sambil mengangkat kening pada Iadid.
Iadid senyum sinis dan mengetuk-ngetuk hujung bibirnya dengan jari telunjuk. “Apa-apa pun boleh eh?”
“Just name it!” balas AR dengan nada berlagak. Sekali Iadid mintak makanan Jepun, ternganga kau nanti!
“Makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang... Is that okay?” Soal Iadid sambil memandang AR yang dah terdiam. Sebenarnya dia tak kisah pun makan apa asalkan AR yang masak.
AR tunduk memandang lantai. Terasa berbahang muka dia apabila mendengar jawapan Iadid. Jangan tanya kenapa dia malu tapi bila dia dengar Iadid cakap macam tu, dia rasa macam ada rama-rama dalam perut.
“Ehem...ehem...” Imanina yang hanya mendengar dan menjadi penonton setia dari tadi berdehem sebelum ketawa kecil. Patutlah beria-ia abang dia mengajak dia ke sini. Nak diperkenalkan dengan bakal kakak ipar rupanya.
AR yang terdiam tadi terus menggaru kepalanya. Dia mencapai apron sebelum mengangguk kecil. “Boleh je. Saya memang... selalu ma..sak... dengan penuh kasih sayang...” Tergagap-gagap dia membalas. Bibir digigit geram. Kenapa dengan kau ni, AR?!
“Terima kasih...” Iadid meleretkan suara sambil menjeling AR yang dah bersedia untuk memasak. AR hanya mendiamkan diri sebelum dia membelakangi Iadid dan menekup dadanya yang berdebar-debar. Apa sudah jadi ni, AR?

***

“TARAAA!” AR meletakkan ikan kerapu kukus di atas meja. Betul-betul di hadapan Iadid. Sesekali dia mengangkat kening pada Iadid yang sedang memandangnya dengan riak kagum.
“Not bad...”
AR tersengih sebelum melabuhkan duduk di sebelah Imanina. Sempat dia menjeling Iadid yang tersenyum-senyum dari tadi.
“Makanlah...”
“Pandai Ad masak...” Puji Iadid sambil tersenyum manis. Menampakkan lesung pipit yang langsung AR tak perasan selama ini.
“Masak simple-simple je...”
“Simple apa macam ni, Kak Ad? Marvellous tau!” puji Imanina pulak sambil memasukkan kuah tomyam ke dalam mangkuk kecil.
“Bau tomyam ni memang sedap...”
“Bau je yang sedap, Nina. Rasa tak tahu lagi...” AR merendah diri. Malulah pulak bila Iadid dengan Imanina asyik puji dia. Nampak je sedap tapi rasanya belum tahu lagi. Takut termasin je nanti.
“Bertuah siapa yang kahwin dengan awak nanti...” ucap Iadid perlahan sambil memandang Iadid. Secubit ikan kukus dimasukkan ke dalam mulut. Sedap!
Setiap kali Iadid memuji, muka AR pasti terasa panas. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Padahal Iadid je pun!
“Abang kahwinlah dengan Kak Ad,” usul Imanina sambil ketawa kecil. Iadid yang mendengar terus mencubit pipi adiknya. Walaupun dia memang suka dengan kata-kata adik dia tu tapi dia takut AR tak selesa pulak nanti. Iadid terus memandang AR yang hanya mendiamkan diri.
“Ad...”
“Hmm?” AR terus mengangkat muka.
“Are you okay?”
“Okey. Jomlah makan...” AR berpura-pura sibuk dengan menuangkan air ke dalam gelas. Bukannya dia tak dengar apa yang Imanina cakap tadi. Jantung yang berdegup kencang ni dibiarkan aje. Kenapa agaknya dengan hati dia sekarang ni? Takkanlah dia dah mula sukakan Iadid? Hish!

***
           
            “AWAK...” AR memanggil Iadid yang tengah menonton televisyen. Imanina pulak tengah sibuk menyiapkan assignmentnya di meja makan.
            “Hmm...” Iadid menjawab tapi matanya masih lagi tak lepas dari kaca televisyen.
            “Awak ni ada darah campuran ke?”
            Terus Iadid berpaling ke arah AR yang tengah memandangnya dengan muka ingin tahu. AR nampak sangat comel pulak dengan rambut yang ditocang satu. Alangkah indahnya kalau rambut itu ditutup dengan hijab.
            “Awak...”
            Iadid sedikit tersentak. Boleh pulak dia mengelamun! Dia menggaru tengkuknya sebelum memandang AR yang masih menantikan jawapannya.“Mak saya mualaf. Dia Australian. Ayah saya pure Malay.”
            “Ohh.. no wonder...”
            “Kenapa?”
            “Muka awak dengan Imanina tak nampak macam Melayu sangat,” kata AR sambil tersenyum. Dengan rambut berwarna hitam keperangan dan mata berwarna biru gelap... dari dulu lagi, dia memang dapat rasa yang Iadid memang ada darah campuran. Tapi pernah jugak dia ingat yang Iadid pakai contact lens tapi bila dia tengok betul-betul, barulah dia tahu yang memang mata Iadid warna biru.
            Iadid cuma tersenyum kecil sebelum kembali menonton televisyen tapi apabila mata AR masih tidak beralih dari memandangnya, dia mula rasa tak selesa. Kenapalah agaknya dengan AR ni?
            “Ada apa-apa yang tak kena ke, Ad?”
            AR hanya mendiamkan diri sebelum menggeleng kecil. Selepas itu, dia terus bangkit dari duduknya. Makin lama dia duduk sini, makin serba tak kena jantung dia.
            “Saya nak tidur dulu... Good night. Assalamualaikum.”
            “Good night, Ad. Waalaikumussalam... Sweet dreams.” Iadid hanya memerhati langkah AR yang sudah menapak naik ke tingkat atas. Sempat jugak AR menjenguk Imanina sebelum mengucup pipi adiknya tadi. Tersentuh juga hati Iadid melihat perlakuan AR.
            “Dia akan jadi seorang isteri dan kakak ipar yang baik...” bisik Iadid perlahan dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.


_____

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah kali ni giliran saya pulak. Harap korang semua suka baca bab kali ni. Hehehe! Oh-oh, alang-alang dah post ni... nak tunjuk gambar Iadid versi saya boleh? :DD Saya pass bab ke 5 pada kak Rin pulak :D

Monday 6 August 2012

Marry Your Daughter ~ Episod 3

MYD ~ Kak Yus nyer version..



        Mesej daripada abah sebentar tadi mengundang rasa geram yang meluap-luap di hati AR.  Manakan tidak, abah nak outstation lagi.  Peristiwa di MSN semasa perlawanan tennis hari tu pun masih segar megar lagi di ingatannya.  Harus mamat airforce tu akan mengekor je dia ke mana-mana.  Dahlah esok hari Sabtu, kemudian hari Ahad.  Kalau hari bekerja tak apalah juga, tak adalah nak menghadap muka mamat airforce tu 24 jam.  Okey, memanglah tak dua puluh empat jam, tapi sah-sah sepanjang masa mata tercelik tu kena hadap muka dia yang budget hensem tu, err, tapi memanglah hensem.  Ada aku kisah, getus AR geram.

Argghhhhhhhh,  AR rasa nak menjerit kuat-kuat saat itu.  Nasib baiklah dia di pejabat, kalau kat rumah mahu habis bergegar Taman Perdana Satu tu dibuatnya.

“Abah, kenapalah abah susah sangat nak percaya pada Ad,” rungut AR seolah-olah abahnya berada di hadapannya ketika itu.  “Ad kan dah besar panjang, lagi pun kalau orang tau Ad ni anak abah, bukan kata nak usik nak jeling pun diorang dah ketar lutut,” sambungnya lagi lalu menghempaskan diri di atas kerusi.  Rambut yang terurai lembut dipintal-pintal melepaskan perasaan.

“Nasib kaulah Ad, nampaknya kena hadap jugalah muka mamat airforce tu,” getusnya.   Sepanjang petang mood AR memang dah tersasar kelaut, nak tersenyum pun dah rasa ketat muka comelnya tu.



“Hish, bising betullah loceng ni.  Orang nak layan movie sekejap pun tak boleh,” bising mulut AR mengomel sambil tangannya laju menekan butang remote control memperlahankan volume televisyen.  Cepat-cepat dia melangkah menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. 

“Assalamualaikum.”  Bulat mata AR memandang ke arah wajah lelaki yang memberi salam itu sebaik sahaja pintu terkuak lebar.  Hish, mamat ni buat apa kat sini malam-malam buta ni.  Bukan abah pergi outstation esok ke, hati AR sudah mula merungut-rungut. 

“Tak baik tak jawab salam tau,”

“Orang jawab dalam hatilah,” kasar AR membalas lawak tak jadi mamat airforce yang masih tercegat di muka pintu.

“Takkanlah tak bagi saya masuk?”

“First of all, awak buat apa kat sini malam-malam ni?  Bukan esok ke awak start duty?  Abah saya kata esok baru nak outstation kan.  Dah tak de kerja lain ke nak datang malam-malam ni?” Hah, dah macam bullet M16 mulut AR menembak soalan ke arah Iadid Arsyad yang tersenyum melihat wajah kelat gadis itu.  Memang dia dah jangka mesti omeh mulut gadis genit itu melasernya.  Hati kalau dah tertawan, berbakul-bakul sindiran pun sanggup hadap.

“For your information Cik Adnin Rania aka Ad, saya diarahkan ke sini untuk temankan awak bermula malam ni sehinggalah abah awak balik Ahad nanti.  One more thing, your father and mom already left two hours ago,”  balas Iadid tegas namun masih bernada lembut.  “So, boleh saya masuk sekarang?” sambungnya sengaja mendera rasa AR yang semakin kelat dengan muncung enam belas incinya.  Memang ketara sangat riak tak puas hati di wajah gadis itu. 

“Menyampah!” rengus AR perlahan.  Lantaklah kalau mamat airforce tu nak dengar pun.  Dia peduli apa.  Langkahnya disusun laju ke arah sofa lalu mencapai semula remote control yang dicampakkan di atas meja sebentar tadi.  Sengaja volume televisyen dikuatkan menandakan protes yang tak dapat hendak diluahkan terang-terangan.  Sengaja tau abah ni, sampai hati buat Ad macam ni, benci!  Patutlah bayang ibu pun tak ada semasa dia sampai di rumah tadi.  Ingatkan ibu keluar dengan abah pergi dinner ke.  Hish, sampai hati!

Abah pun satu, takat nak escort dia pergi mana-mana tu okeylah kan nak suruh mamat airforce ni.  Ni kat rumah pun nak suruh jaga, pak guard kat luar tu buat apa?  Makan gaji buta je ke?

“Er, kat mana saya nak letak barang-barang saya ni?”  Fokus AR terhenti dengan sapaan Iadid yang jelas benar kedengaran.  Hish, dah duduk di sofa sebelahnya pun mamat tu. 

Matanya mengerling ke wajah Iadid yang buat-buat innocent.  Bengkak sungguh hatinya saat itu.  “Kat belakang tu ada satu bilik, awak duklah kat situ,” ujarnya malas.

“Tapi, abah awak pesan saya kena duk dekat dengan awak.  Abah awak kata awak ni kalau tidur tak boleh bergelap, takut bunyi guruh pulak tu.”

Hish, abah ni!  Semua benda ke mesti nak bagi tahu kat mamat ni.  Geramnya!!!!!!!!

“Okeylah, bilik yang kanan sekali kat atas tu kosong.  Awak duklah situ.  Pergilah main jauh-jauh, saya nak layan movie ni pun tak fokuslah,” muncung enam belas inci sekarang dah bertukar dua puluh lima inci. 

Geram bercampur dengan menyampah ditambah pula dengan sakit hati, memang kalau blend cukup package lengkap untuk jadi silent killer malam tu.  Senyuman kemenangan di bibir mamat itu dah cukup untuk buatkan hati AR bagai nak tercarik-carik.  Nasib baik muka hensem, kalau tak dah lama kena baling dengan remote control ni, rungutnya perlahan.

            Memang tak dapat dinafikan, sekasar-kasar gadis bernama Adnin Rania ni rupanya ada terselit satu peel yang memang sukar nak percaya.  Takut dengan gelap dan bunyi guruh yang berdentum.  Dulu-dulu semasa AR kecil, asal bunyi guruh di langit dah pasti menyorok di celah ketiak Encik Hamid.  Hingga sekarang pun masih terbawa-bawa tabiat yang sama, cuma tak adalah lagi nak nyorok celah ketiak.  Ada pun bawa selimut bantal tumpang tidur di bilik abah dan ibunya.  Dapat tumpang di sofa pun jadilah. 


            Semerbak bau mee goreng menusuk-nusuk hidung AR yang leka menonton.  Sengaja malas hendak melayan rasa hati yang sebal dengan kehadiran Iadid.  Lantaklah mamat tu nak buat apa pun, ada dia kesah.   Semakin lama semakin dekat bauan itu.  Jam di dinding dikerling.  Hish, janganlah buat pasal, dah hampir dua belas malam ni.  Apa pasal pula time abah dan ibu tak ada ni nak buat hal pula, tiba-tiba je ada bauan segala ni.

“Nah, lapar tak?”  Nasib baik tak terloncat AR daripada sofa dengan sapaan Iadid yang datang secara tiba-tiba.  Matanya terarah kepada sepinggan mee goreng dan semug Nescafe panas yang dihulurkan oleh Iadid.  Patutlah, mamat ni ke yang masak.  Eh, bila masa pula dia ke dapur.  Iskh, sedap pula nampak mee goreng berasap-asap kat tangan mamat tu, nak tolak perut pun dah berdendang ni.  Ah, sapu aje!

Setelah pinggan dan mug bertukar tangan, Iadid kembali ke dapur meninggalkan AR sendiri.  Apalagi, masa untuk kayuh la.  Sudu dan garpu yang cantik terletak di sisi pinggan dicapai.  Satu, dua kunyahan, hmmm.. sedap juga.  Boleh tahan mamat ni memasak, kalau nak bandingkan dengan aku, jauh panggang dari bara, omel AR memuji masakan Iadid dalam diam. 

“Jangan segan, memang saya tau mee goreng saya sedap.”  Hampir tersedak AR mendengarnya.  Iskh, bila masa pula ada kat sini mamat ni. Laju tangannya mencapai mug dan meneguk nescafe suam itu.  Hmm, sedang elok je rasanya.  Iskh, malu seh!

Mee goreng yang enak tiba-tiba bertukar tawar dengan kehadiran Iadid yang selamba duduk di sofa sebelah dengan sepinggan mee goreng di tangan.  Laju je Iadid menghabiskan mee gorengnya tanpa memperdulikan wajah cemberut AR.  Dalam diam, hati Iadid bagaikan hendak tergolek lucu melihat wajah gadis itu.  Lagi kelat, lagi mencuka, lagi seronok disakatnya.  Hati kalau dah suka, macam-macamlah.

**************

Ketukan bertalu-talu di muka pintu menyedarkan AR daripada lenanya.  Tangannya mencapai jam kecil di meja tepi.  Terkumat-kamit mulutnya membebel apabila menyedari waktu masih awal.  Kacau betullah orang nak tido.  Dahlah malam tadi guruh dok main cak-cak kat luar tu.  Takkanlah dia nak tarik selimut pergi tidur di bilik si Iadid tu pulak.  Kang haru pula ceritanya.

“Apa?”  Iadid pegun seketika melihat wajah AR yang tersembul di sebalik pintu yang dikuak kecil.  Comel!  Bersih tanpa sebarang make up, dengan mata yang masih kuyu sukar dibuka, dengan rambut terjuntai bersepah yang menutupi sebahagian dahi dan matanya.  MasyaAllah, sesuatu yang indah untuk ditatap pagi-pagi ni.  Hati lelakinya bergetar seketika.

Cepat-cepat dia menyedarkan diri daripada hanyut dalam khayalannya sendiri.  “Solat Ad.  Bangun solat subuh,” ucapnya lembut.  Kelembutan itu juga berjaya menampar hati AR yang masih dengkel kerana diganggu lenanya.

“Solat, lepas tu kita jogging nak?  Saya tunggu kat bawah ye.”

“Uh, uh..okey.”  Mudah pula AR bersetuju kali ini.  Iskh, macam tak percaya dengan diri sendiri.  Pintu dirapatkan kembali.  Semacam ada rasa pelik yang mengalir di segenap urat sarafnya ketika itu.  ‘Solat Ad’.. masih terngiang-ngiang di telinga AR.  Selama ini, tiada siapa pernah mengingatkannya tentang solat melainkan abah dan ibu.  Kelembutan suara itu mengundang getar yang hebat di hatinya. 



Haruman roti bakar menyambut AR yang baru turun dengan track bottom dan t-shirt pendeknya seperti biasa.  Kata nak jogging, takkan nak pakai skirt bagai.  

“Jom breakfast,” jemput Iadid yang sudah pun duduk menjamu selera di meja makan besar rumah itu.  Iyalah, Encik Hamid ni bukannya tentera biasa, dah berpangkat Kolenel pun, sah-sah ramai tetamu yang selalu datang.  Kalau guna meja kecil, mana nak muat semua orang.

Setelah kerusi ditarik, selamba aje AR melabuhkan punggung dan mencapai sekeping roti bakar lalu disuap ke mulut.

“Bismillah dulu sayang oi,” tegur Iadid lembut. 

“Orang dah baca dalam hatilah, takkan nak jerit kuat-kuat kot,” sinis jawapan yang keluar dari mulut comel AR.    Milo panas dituangkan ke dalam cawan yang terletak elok di hadapan AR.  Iskh, rajin pula mamat ni melayan aku pagi-pagi buta ni, getus AR hairan dengan sikap Iadid yang terlebih rajin.  Jangan ada udang di sebalik batu sudah.  Kalau udang di sebalik mee senang sikit nak cari, ngap aje masuk ke mulut.

“Err, lepas ni nak pergi jogging kan?  Saya tunggu awak kat luar ye, nanti ni semua awak kemaslah.  Satu lagi, cantik kalau awak pakai t-shirt labuh sikit.  Bukan saya tak suka awak pakai macam ni, tapi kalau awak simpan untuk saya sorang pemandangan indah ni lagi baik.  Saya tak suka sharelah awak, sakit mata saya kalau lelaki-lelaki kat luar sana dok usyar awak baik punya,” dalam lembut Iadid membidas penampilan AR.  Pedas tapi cukup menyedarkan.  Terpanar seketika AR mendengarnya.  Hati bagai ingin tersentap tapi kelembutan nada yang keluar daripada mulut lelaki itu bagai angin dingin menyejukkan hati yang mula hendak menggelegak.  Langkah Iadid diekori dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Hish, dah dua kali hati AR begini.  Subuh tadi dan sekarang di meja makan ni.  Kenapa ye, tiba-tiba mulutnya tak selancar seperti biasa.  Kalau tidak bukan sahaja ribut petir, tornedo pun kalah kalau nak bercakar dengan mamat ni.

AR mengerling sekali lagi penampilannya di cermin besar yang tergantung di dinding bilik.  Erkk, nak pergi jogging je pun, bukan nak pergi shopping bagai. 

Senyuman Iadid menyambut AR yang sudah mengubah penampilannya.  Cepat-cepat sneakers disarung lalu AR memboloskan diri ke dalam perut kereta yang telah lama dihidupkan enjinnya.  Sepanjang perjalanan, tak banyak pun yang hendak dibualkan apatah lagi AR dengan muka kelat tak habisnya tu.  Kereta dibelok ke arah Taman Tasik Perdana, destinasi hebat untuk berjogging.  Dengan rimbun pepohon dan keindahan alam serta tasik-tasik di situ memang cukup menyegarkan.  Pandai jugak mamat ni pilih lokasi ye, ingatkan tahu dok kat kem aje.  Itulah pertama kali AR memuji Iadid. Heh, puji dalam hati ajelah!


****************************

P/s :  Maaf ye membuatkan anda ternanti2 n3 ini, maaf juga kalau tak best..huhuhuuu... harap anda semua terhibur dgn n3 kak yus yg tak seberapa ni.. okeh, now pass to Moon ye for the next n3.. adios..