BAB
12
SEJAK dari semalam AR serba tak kena.
Nak tidur pun dia tak boleh! Betapa rimasnya fikiran dia apabila memikirkan
soal Iadid. Terbayang-bayang lagi muka Iadid ketika menerangkan segala-galanya
kepada dia semalam. Betapa sayunya hati dia apabila mendengar rintihan hati
Iadid.
Telefon
bimbit yang berada di atas meja solek dipandang lama. Patut ke tidak dia
menghantar mesej kepada Iadid sekarang ni? Agak-agak Iadid setuju tak nak
berjumpa dengan dia. AR bimbang hati Iadid terluka apabila dia tak membalas apa
yang diluahkan oleh Iadid semalam.
Akhirnya
dia tekad. Apa nak jadi, jadilah! Dia tetap nak bertemu dengan Iadid dan
memohon maaf kerana bersikap kebudak-budakan. Padanlah Encik Hamid risaukan
dia! Perangai sebijik macam budak-budak umur 5 tahun. Tak reti nak berfikir
dulu sebelum bertindak! Sekarang ni barulah rasa serba tak kena segala!
Iadid, I need to see you. ASAP. Boleh?
Laju
aje dia menaip sebelum ditekan butang send. Sambil menunggu balasan daripada
Iadid, AR mencapai tudung yang tergantung di belakang pintu. Tudung berwarna
krim yang Iadid bagi sebagai cenderamata dari Labuan sebelum mereka bergaduh
besar hari tu. Sebenarnya, masa dia mula-mula dapat tudung ni, hatinya dah
terusik. Dia faham apa yang Iadid cuba sampaikan malah sekeping kad yang
mengandungi pesanan daripada Iadid itu cukup menjelaskan segalanya.
Bila saya nampak tudung ni, terus saya
teringatkan awak. Mesti awak lagi cantik.
AR
menarik nafas sebelum membawa tudung tersebut ke dadanya. Nasihat ibunya
semalam membuatkan dia berfikir panjang. Sampai bila dia nak terus jadi macam
ni? Terus membuka aurat dia dan biarkan abah menanggung dosa.
Tit!
Tit!
Segera
AR membaca mesej Iadid sebelum tersenyum lebar.
OF COURSE! J Nak jumpa
dekat mana?
Kafe Damia. See you~
Tudung
yang berada di tangan diusap lembut. Masanya dah tiba!
IADID mengusap kedua-dua belah tapak
tangannya sambil menanti AR dengan hati yang berdebar-debar. Bukan main
terkejut dia pagi tadi apabila mendapat mesej daripada AR. Rasa macam nak
lompat sampai ke bintang pun ada sebab terlampau teruja!
“Sorry
lambat…”
AR
yang muncul di belakangnya membuatkan dia sedikit terperanjat. Laju tangannya
mengusap dada dan memandang AR yang ketawa.
“Sorry
buat awak terkejut,” ucap AR perlahan sambil duduk di hadapan Iadid. Iadid pula
terkedu tak mampu berkata apa-apa apabila melihat AR di hadapannya sekarang.
Sungguh manis wajah itu mengenakan tudung pemberiannya.
“Iadid?”
AR melambai-lambai tangannya di hadapan muka Iadid. Berangan pulak si Iadid ni!
“Haa…
ye?”
“Awak
berangan apa ni?”
“Awak
cantik,” puji Iadid sebelum menggigit bibirnya apabila melihat wajah AR yang
berubah menjadi merah.
“Err…
terima kasih.” AR tertunduk malu sebelum memandang Iadid yang kelihatan semakin
tenang dan terkawal.
“So,
kenapa awak nak jumpa saya?” Tanya Iadid sambil tersenyum manis.
AR
menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan. “About yesterday. Awak
betul-betul maksudkannya?”
“Awak
tak percaya ke?”
Cepat-cepat
AR menggeleng. Dia percaya. Sangat percaya cuma dia ingin meminta kepastian
sekali lagi. Dia bimbang jika sebarang keputusan yang diambil selepas ini akan
membuat dia menyesal di kemudian hari.
“Habis
tu?”
“Iadid,
kalau awak tak keberatan… boleh tak awak cerita pasal Fitri dekat saya?” Soal
AR perlahan. Takut jugak kalau Iadid marah apabila dia bangkitkan pasal hal ni.
“Awak
nak tahu pasal Fitri?”
AR
mengangguk laju.
“Tak jealous?”
Sekali lagi AR mengangguk. Kalau diikutkan, kenapa
perlu dia cemburu dengan orang yang dah tak ada dekat dunia ni kan?
Iadid tarik senyuman sebelum berdehem kecil.
“Fitri cinta pertama saya. Kami kenal sejak zaman sekolah lagi,” ucapnya dengan
tenang sambil memerhati reaksi AR. Bila dia melihat AR kelihatan sangat
bersungguh-sungguh untuk mendengar ceritanya, Iadid terus tersenyum sekali
lagi.
“Kami memang plan nak kahwin lepas dah habis
belajar dan parents kami pun dah setuju tapi beberapa tahun yang lepas,
tiba-tiba Fitri jatuh pengsan masa majlis pertunangan kami. Mama saya tak
sempat nak sarung cincin pun lagi masa tu. Bila doctor cakap yang dia ada
tumor, saya rasa macam ada batu besar kena hempap atas kepala.” Iadid menarik
nafas. Sesak dadanya nak bercerita soal ni pada AR yang masih memandangnya
dengan sepenuh perhatian.
“Then?”
“Tumor tu dah last stage. Memang selama ni Fitri
selalu sakit kepala tapi dia tak sangka yang dia ada penyakit yang bahaya macam
tu. Saya tetap nak bertunang dengan dia dan cepatkan tarikh perkahwinan kami
tapi dia tolak. Dia cakap tak nak susahkan saya dengan penyakit dia…”
AR memandang Iadid dengan wajah simpati. Pasti
tinggi kasih sayang Iadid pada Fitri kan?
“She died a few months later. Dia tinggalkan
pesanan supaya saya teruskan hidup and marry the one that I love.” Terus Iadid
memandang AR. “And you are the one that I love now, Ad…”
AR terkedu dan terasa pipinya membahang panas.
“Dia sangat baik… You’re lucky, Iadid.”
“Ad….”
“Iadid, saya tahu saya salah. Saya tahu yang saya
tak sepatutnya marah awak tak tentu pasal hari tu. I’m so sorry…”
Iadid terdiam.
“Kalaulah awak tahu betapa terseksanya hati saya
bila saya cakap yang saya tak nak kahwin dengan awak hari tu…” AR meluahkan
perasaan tanpa memandang Iadid.
“Ad…”
“Hmm?”
“Awak
jangan comel sangat boleh tak?”
Dahi
AR berkerut. Jangan comel sangat? Apa maksud Iadid ni?
“Bila
masa saya buat muka comel?” Tanya AR pelik. Makin berkerut-kerut dahi dia
sekarang ni. Kalau dahi dia berkedut nanti, sila salahkan Iadid ye!
Iadid
terus ketawa besar. Alahai, kenapalah Ad kesayangan dia ni comel sangat?! Tak
sabar-sabar rasanya nak menjadikan Ad isterinya yang sah! Boleh dia memandang
wajah comel Ad sepanjang masa.
“Do
you know how much I love you?” Tutur Iadid dengan nada perlahan dan lembut.
Terus menyerap masuk ke dalam hati AR dan membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Perlahan-lahan
AR mengangguk sebelum tersenyum kecil. “Awak maafkan saya? For being too
emotional?”
“Awak
tak buat apa-apa salah. Memang patut saya ceritakan segalanya pada awak. So…”
“So?”
“Adnin
Rania anak Encik Hamid dah setuju la nak kahwin dengan saya?” soal Iadid
sebelum mengenyit mata. Kalut sekejap AR apabila mendengar pertanyaan Iadid.
Apa ni? Langsung tak romantik okey melamar macam tu!
“Tak
romantik la!”
Sekali
lagi Iadid ketawa. “Saya takut bila saya romantik nanti, awak cair… Habislah
saya nanti kena marah dengan Encik Hamid sebab dah buat anak dia cair…” Melebar
senyuman Iadid.
“Mengada…”
“Ad…”
“Ye,
Captain Iadid?”
“Minggu
depan saya hantar rombongan ye? Jangan reject tau…” pinta Iadid dengan muka
berharap. Kalau boleh, hari ni jugak dia nak hantar rombongan meminang dan esok
nikah!
“Yelah…”
AR tersenyum malu.
“Ad…”
“Hmm…
saya romantik dengan awak lepas kita kahwin ye?”
AR
hanya mengangguk kecil sebelum memalingkan mukanya ke arah lain. Alhamdulillah,
lega hatinya apabila hubungan dia dan Iadid sudah kembali seperti biasa.
“BUKAN
main ceria muka anak abah ni?” Tegur Encik Hamid seraya menghampiri AR yang
tengah menanggalkan kasut di muka pintu. AR hanya tersenyum simpul sebelum
memeluk bahu Encik Hamid.
“Mestilah…”
“Tak
nak cerita dengan abah?”
AR
tersengih sebelum menari riang di hadapan Encik Hamid. “Minggu depan Iadid nak
hantar rombongan meminang…”
“Iadid?
Ad dah baik dengan dia?”
Laju
AR mengangguk. “Dah… Semuanya dah settle! Lagipun Ad dah tahu kisah sebenarnya,”
ucap AR sambil tersenyum. Bahagia betul hatinya sekarang ni.
Encik
Hamid tersenyum sebelum mengusap kepala AR. Senang hati apabila melihat anak
daranya ini ceria dan tak sedih-sedih macam beberapa hari yang lepas. Pandai
jugak Iadid melembutkan hati AR yang keras ni. Satu point lagi untuk menjadikan
Iadid sebagai calon menantu yang paling sesuai.
“Nanti
suruh Iadid datang jumpa abah dulu before hantar rombongan meminang tu ye…”
AR
terus memandang Encik Hamid. “Kenapa abah?” Tanyanya cemas. Bimbang jugak kalau
abah menolak Iadid.
“Amboi…
risau sangat ye,” usik Encik Hamid sambil ketawa. Memang dia boleh nampak
betapa anaknya menyayangi Iadid.
“Abah…”
“Jangan
risaulah. Abah tak buat apa-apa dekat dia. Cuma nak sembang-sembang je.” Encik
Hamid kenyit mata sebelum berlalu naik ke tingkat atas dan meninggalkan AR yang
bingung. Apalah agaknya abah nak cakap dengan Iadid aku tu? Eh, belum kahwin AR…
Belum jadi Iadid kau lagi.
p/s : Assalamualaikum semua! :) Alhamdulillah dapat jugak sambung MYD. Heee.. enjoy! Dan maaf kalau ada banyak kekurangan. Btw, jangan lupa dapatkan novel-novel daripada penulis-penulis MYD. Ayumi - Kau Pemilik Hati (Kaki Novel), Kak Yus - Biar Cinta Bertaburan (Kaki Novel), Kak Rinsya @ Aireen - Lelaki Versi Dia yang boleh ditempah secara online sekarang ni (Kaki Novel), dan saya - Kafe Damia yang akan keluar bulan depan (Jemari Seni). Terima kasih di atas sokongan anda semua :) Pass baton dekat Kak Rin.
yuhuuuuuuuu.. sweetttt laa capten iadid..sukaa2.. aww..kafe dami.. <3 <3
ReplyDeletehahaha! captain iadid memang sweet :3 terima kasih..
Delete-Moon-
So sweet... #^_^
ReplyDeleteheee.. sweet kan Mr. Iadid? :D Terima kasih..
Delete-Moon-
bukan AR yg cair, tp kak yus dah cair dulu2 nih Moon... hehehe
ReplyDeletehahaha! lawak la kak yus :D hehehe! lepas ni kita tunggu kak rin pulak~
Delete-Moon-
Ha....Iadid memang macholah... Suka laa dengan team penulis macam nie. Bukan quartet mind, tapi powerful mind. Yeahh...
ReplyDeletehahaha! macho demi AR kesayangan :) terima kasih kak aziela. terharu bila baca komen akak. Terima kasih <3
Delete-Moon-
Ok moon.. ai melting okey-
ReplyDeleteNak iadid la cenggini. :P
-ayumi-
Hahahaha! Jom kita pakat2 kongsi dia.
Delete-Moon-
Bila Liya mengarang...fuhhhh,mmg romantik dia buat hati akk yg kental ni pun cair dah.thp romntik dia tu mmg power.akk kata,bukn org kata.romntik yg xgedik.hahaha.suka sngt part 'saya romantik dgn awk lepas kita kawin yer'.br mggu lepas dgr ayt yg sm sebijik.lucu pulak bc ayt nih.tahniah liya.menceriakn hari2 pent akk. ^^
ReplyDelete