Monday, 6 August 2012

Marry Your Daughter ~ Episod 3

MYD ~ Kak Yus nyer version..



        Mesej daripada abah sebentar tadi mengundang rasa geram yang meluap-luap di hati AR.  Manakan tidak, abah nak outstation lagi.  Peristiwa di MSN semasa perlawanan tennis hari tu pun masih segar megar lagi di ingatannya.  Harus mamat airforce tu akan mengekor je dia ke mana-mana.  Dahlah esok hari Sabtu, kemudian hari Ahad.  Kalau hari bekerja tak apalah juga, tak adalah nak menghadap muka mamat airforce tu 24 jam.  Okey, memanglah tak dua puluh empat jam, tapi sah-sah sepanjang masa mata tercelik tu kena hadap muka dia yang budget hensem tu, err, tapi memanglah hensem.  Ada aku kisah, getus AR geram.

Argghhhhhhhh,  AR rasa nak menjerit kuat-kuat saat itu.  Nasib baiklah dia di pejabat, kalau kat rumah mahu habis bergegar Taman Perdana Satu tu dibuatnya.

“Abah, kenapalah abah susah sangat nak percaya pada Ad,” rungut AR seolah-olah abahnya berada di hadapannya ketika itu.  “Ad kan dah besar panjang, lagi pun kalau orang tau Ad ni anak abah, bukan kata nak usik nak jeling pun diorang dah ketar lutut,” sambungnya lagi lalu menghempaskan diri di atas kerusi.  Rambut yang terurai lembut dipintal-pintal melepaskan perasaan.

“Nasib kaulah Ad, nampaknya kena hadap jugalah muka mamat airforce tu,” getusnya.   Sepanjang petang mood AR memang dah tersasar kelaut, nak tersenyum pun dah rasa ketat muka comelnya tu.



“Hish, bising betullah loceng ni.  Orang nak layan movie sekejap pun tak boleh,” bising mulut AR mengomel sambil tangannya laju menekan butang remote control memperlahankan volume televisyen.  Cepat-cepat dia melangkah menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. 

“Assalamualaikum.”  Bulat mata AR memandang ke arah wajah lelaki yang memberi salam itu sebaik sahaja pintu terkuak lebar.  Hish, mamat ni buat apa kat sini malam-malam buta ni.  Bukan abah pergi outstation esok ke, hati AR sudah mula merungut-rungut. 

“Tak baik tak jawab salam tau,”

“Orang jawab dalam hatilah,” kasar AR membalas lawak tak jadi mamat airforce yang masih tercegat di muka pintu.

“Takkanlah tak bagi saya masuk?”

“First of all, awak buat apa kat sini malam-malam ni?  Bukan esok ke awak start duty?  Abah saya kata esok baru nak outstation kan.  Dah tak de kerja lain ke nak datang malam-malam ni?” Hah, dah macam bullet M16 mulut AR menembak soalan ke arah Iadid Arsyad yang tersenyum melihat wajah kelat gadis itu.  Memang dia dah jangka mesti omeh mulut gadis genit itu melasernya.  Hati kalau dah tertawan, berbakul-bakul sindiran pun sanggup hadap.

“For your information Cik Adnin Rania aka Ad, saya diarahkan ke sini untuk temankan awak bermula malam ni sehinggalah abah awak balik Ahad nanti.  One more thing, your father and mom already left two hours ago,”  balas Iadid tegas namun masih bernada lembut.  “So, boleh saya masuk sekarang?” sambungnya sengaja mendera rasa AR yang semakin kelat dengan muncung enam belas incinya.  Memang ketara sangat riak tak puas hati di wajah gadis itu. 

“Menyampah!” rengus AR perlahan.  Lantaklah kalau mamat airforce tu nak dengar pun.  Dia peduli apa.  Langkahnya disusun laju ke arah sofa lalu mencapai semula remote control yang dicampakkan di atas meja sebentar tadi.  Sengaja volume televisyen dikuatkan menandakan protes yang tak dapat hendak diluahkan terang-terangan.  Sengaja tau abah ni, sampai hati buat Ad macam ni, benci!  Patutlah bayang ibu pun tak ada semasa dia sampai di rumah tadi.  Ingatkan ibu keluar dengan abah pergi dinner ke.  Hish, sampai hati!

Abah pun satu, takat nak escort dia pergi mana-mana tu okeylah kan nak suruh mamat airforce ni.  Ni kat rumah pun nak suruh jaga, pak guard kat luar tu buat apa?  Makan gaji buta je ke?

“Er, kat mana saya nak letak barang-barang saya ni?”  Fokus AR terhenti dengan sapaan Iadid yang jelas benar kedengaran.  Hish, dah duduk di sofa sebelahnya pun mamat tu. 

Matanya mengerling ke wajah Iadid yang buat-buat innocent.  Bengkak sungguh hatinya saat itu.  “Kat belakang tu ada satu bilik, awak duklah kat situ,” ujarnya malas.

“Tapi, abah awak pesan saya kena duk dekat dengan awak.  Abah awak kata awak ni kalau tidur tak boleh bergelap, takut bunyi guruh pulak tu.”

Hish, abah ni!  Semua benda ke mesti nak bagi tahu kat mamat ni.  Geramnya!!!!!!!!

“Okeylah, bilik yang kanan sekali kat atas tu kosong.  Awak duklah situ.  Pergilah main jauh-jauh, saya nak layan movie ni pun tak fokuslah,” muncung enam belas inci sekarang dah bertukar dua puluh lima inci. 

Geram bercampur dengan menyampah ditambah pula dengan sakit hati, memang kalau blend cukup package lengkap untuk jadi silent killer malam tu.  Senyuman kemenangan di bibir mamat itu dah cukup untuk buatkan hati AR bagai nak tercarik-carik.  Nasib baik muka hensem, kalau tak dah lama kena baling dengan remote control ni, rungutnya perlahan.

            Memang tak dapat dinafikan, sekasar-kasar gadis bernama Adnin Rania ni rupanya ada terselit satu peel yang memang sukar nak percaya.  Takut dengan gelap dan bunyi guruh yang berdentum.  Dulu-dulu semasa AR kecil, asal bunyi guruh di langit dah pasti menyorok di celah ketiak Encik Hamid.  Hingga sekarang pun masih terbawa-bawa tabiat yang sama, cuma tak adalah lagi nak nyorok celah ketiak.  Ada pun bawa selimut bantal tumpang tidur di bilik abah dan ibunya.  Dapat tumpang di sofa pun jadilah. 


            Semerbak bau mee goreng menusuk-nusuk hidung AR yang leka menonton.  Sengaja malas hendak melayan rasa hati yang sebal dengan kehadiran Iadid.  Lantaklah mamat tu nak buat apa pun, ada dia kesah.   Semakin lama semakin dekat bauan itu.  Jam di dinding dikerling.  Hish, janganlah buat pasal, dah hampir dua belas malam ni.  Apa pasal pula time abah dan ibu tak ada ni nak buat hal pula, tiba-tiba je ada bauan segala ni.

“Nah, lapar tak?”  Nasib baik tak terloncat AR daripada sofa dengan sapaan Iadid yang datang secara tiba-tiba.  Matanya terarah kepada sepinggan mee goreng dan semug Nescafe panas yang dihulurkan oleh Iadid.  Patutlah, mamat ni ke yang masak.  Eh, bila masa pula dia ke dapur.  Iskh, sedap pula nampak mee goreng berasap-asap kat tangan mamat tu, nak tolak perut pun dah berdendang ni.  Ah, sapu aje!

Setelah pinggan dan mug bertukar tangan, Iadid kembali ke dapur meninggalkan AR sendiri.  Apalagi, masa untuk kayuh la.  Sudu dan garpu yang cantik terletak di sisi pinggan dicapai.  Satu, dua kunyahan, hmmm.. sedap juga.  Boleh tahan mamat ni memasak, kalau nak bandingkan dengan aku, jauh panggang dari bara, omel AR memuji masakan Iadid dalam diam. 

“Jangan segan, memang saya tau mee goreng saya sedap.”  Hampir tersedak AR mendengarnya.  Iskh, bila masa pula ada kat sini mamat ni. Laju tangannya mencapai mug dan meneguk nescafe suam itu.  Hmm, sedang elok je rasanya.  Iskh, malu seh!

Mee goreng yang enak tiba-tiba bertukar tawar dengan kehadiran Iadid yang selamba duduk di sofa sebelah dengan sepinggan mee goreng di tangan.  Laju je Iadid menghabiskan mee gorengnya tanpa memperdulikan wajah cemberut AR.  Dalam diam, hati Iadid bagaikan hendak tergolek lucu melihat wajah gadis itu.  Lagi kelat, lagi mencuka, lagi seronok disakatnya.  Hati kalau dah suka, macam-macamlah.

**************

Ketukan bertalu-talu di muka pintu menyedarkan AR daripada lenanya.  Tangannya mencapai jam kecil di meja tepi.  Terkumat-kamit mulutnya membebel apabila menyedari waktu masih awal.  Kacau betullah orang nak tido.  Dahlah malam tadi guruh dok main cak-cak kat luar tu.  Takkanlah dia nak tarik selimut pergi tidur di bilik si Iadid tu pulak.  Kang haru pula ceritanya.

“Apa?”  Iadid pegun seketika melihat wajah AR yang tersembul di sebalik pintu yang dikuak kecil.  Comel!  Bersih tanpa sebarang make up, dengan mata yang masih kuyu sukar dibuka, dengan rambut terjuntai bersepah yang menutupi sebahagian dahi dan matanya.  MasyaAllah, sesuatu yang indah untuk ditatap pagi-pagi ni.  Hati lelakinya bergetar seketika.

Cepat-cepat dia menyedarkan diri daripada hanyut dalam khayalannya sendiri.  “Solat Ad.  Bangun solat subuh,” ucapnya lembut.  Kelembutan itu juga berjaya menampar hati AR yang masih dengkel kerana diganggu lenanya.

“Solat, lepas tu kita jogging nak?  Saya tunggu kat bawah ye.”

“Uh, uh..okey.”  Mudah pula AR bersetuju kali ini.  Iskh, macam tak percaya dengan diri sendiri.  Pintu dirapatkan kembali.  Semacam ada rasa pelik yang mengalir di segenap urat sarafnya ketika itu.  ‘Solat Ad’.. masih terngiang-ngiang di telinga AR.  Selama ini, tiada siapa pernah mengingatkannya tentang solat melainkan abah dan ibu.  Kelembutan suara itu mengundang getar yang hebat di hatinya. 



Haruman roti bakar menyambut AR yang baru turun dengan track bottom dan t-shirt pendeknya seperti biasa.  Kata nak jogging, takkan nak pakai skirt bagai.  

“Jom breakfast,” jemput Iadid yang sudah pun duduk menjamu selera di meja makan besar rumah itu.  Iyalah, Encik Hamid ni bukannya tentera biasa, dah berpangkat Kolenel pun, sah-sah ramai tetamu yang selalu datang.  Kalau guna meja kecil, mana nak muat semua orang.

Setelah kerusi ditarik, selamba aje AR melabuhkan punggung dan mencapai sekeping roti bakar lalu disuap ke mulut.

“Bismillah dulu sayang oi,” tegur Iadid lembut. 

“Orang dah baca dalam hatilah, takkan nak jerit kuat-kuat kot,” sinis jawapan yang keluar dari mulut comel AR.    Milo panas dituangkan ke dalam cawan yang terletak elok di hadapan AR.  Iskh, rajin pula mamat ni melayan aku pagi-pagi buta ni, getus AR hairan dengan sikap Iadid yang terlebih rajin.  Jangan ada udang di sebalik batu sudah.  Kalau udang di sebalik mee senang sikit nak cari, ngap aje masuk ke mulut.

“Err, lepas ni nak pergi jogging kan?  Saya tunggu awak kat luar ye, nanti ni semua awak kemaslah.  Satu lagi, cantik kalau awak pakai t-shirt labuh sikit.  Bukan saya tak suka awak pakai macam ni, tapi kalau awak simpan untuk saya sorang pemandangan indah ni lagi baik.  Saya tak suka sharelah awak, sakit mata saya kalau lelaki-lelaki kat luar sana dok usyar awak baik punya,” dalam lembut Iadid membidas penampilan AR.  Pedas tapi cukup menyedarkan.  Terpanar seketika AR mendengarnya.  Hati bagai ingin tersentap tapi kelembutan nada yang keluar daripada mulut lelaki itu bagai angin dingin menyejukkan hati yang mula hendak menggelegak.  Langkah Iadid diekori dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Hish, dah dua kali hati AR begini.  Subuh tadi dan sekarang di meja makan ni.  Kenapa ye, tiba-tiba mulutnya tak selancar seperti biasa.  Kalau tidak bukan sahaja ribut petir, tornedo pun kalah kalau nak bercakar dengan mamat ni.

AR mengerling sekali lagi penampilannya di cermin besar yang tergantung di dinding bilik.  Erkk, nak pergi jogging je pun, bukan nak pergi shopping bagai. 

Senyuman Iadid menyambut AR yang sudah mengubah penampilannya.  Cepat-cepat sneakers disarung lalu AR memboloskan diri ke dalam perut kereta yang telah lama dihidupkan enjinnya.  Sepanjang perjalanan, tak banyak pun yang hendak dibualkan apatah lagi AR dengan muka kelat tak habisnya tu.  Kereta dibelok ke arah Taman Tasik Perdana, destinasi hebat untuk berjogging.  Dengan rimbun pepohon dan keindahan alam serta tasik-tasik di situ memang cukup menyegarkan.  Pandai jugak mamat ni pilih lokasi ye, ingatkan tahu dok kat kem aje.  Itulah pertama kali AR memuji Iadid. Heh, puji dalam hati ajelah!


****************************

P/s :  Maaf ye membuatkan anda ternanti2 n3 ini, maaf juga kalau tak best..huhuhuuu... harap anda semua terhibur dgn n3 kak yus yg tak seberapa ni.. okeh, now pass to Moon ye for the next n3.. adios..

23 comments:

  1. Tak best apanya, kak yus.. best ni! :D senyum2 je moon baca. dup dap dup dap nak menyambung lepas ni. hehehe!

    ReplyDelete
  2. Iyeadid ckp kat makcik AR 'sayang lewwerrrr..

    ReplyDelete
  3. Wohooooo... rasa nak berguling baca n3 ni. Superb ah Kak Yus! hihihi. ;)

    ~ Ayumi ~

    ReplyDelete
  4. Besttt.... Feeling sudah mariiii...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Terima kasih Nuratiza. Tunggu sambungan pulak k. hihi.

      Delete
  6. Kekekekek Ad ad ad. Nak lagiiiiiiii~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.agak confuse ckit part Ar dan Ad.Pggiln kat umah dia dia Ad dan Ar tu ngn kwn2 eih?.lagi 1,depa tu tggl berdua jer ke dlm umah tu?spnjg dok bc ni dok cerna tentang logiknya keadaan tu.lain2 rasa okei.makin lama makin menarik,makin teruja nak tahu kesinambungn dia.nak bc part Liya,akk lagi rs excited nk tgk hasilnya.tq tuk sis Yus ats n3 yg best ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Jiba , sepatutnya Kak Yus kena jawab ni. Tapi takpe, Ayumi jadi wakil. A'ah memang panggilan kat rumah Ad, dengan kawan2 dia dipanggil AR. Ad tu nama manjalah maksudnya. Soalan ke2 tu, kawasan rumah keluarga AR ni orang kaya, jadi mungkin orang sekeliling tak berapa nak heran la dengan menda tu. Err.. nanti kita minta Kak Yus jawab lebih detail. hehee

      Pape pun, terima kasih baca dan komen. :')

      ~ Ayumi ~

      Delete
    2. tinggal berdua je ke ? aishhh... ada je bibik kat bilik air masa tu.

      *saja nak kaver line. kih3*

      ~Rinsya~

      Delete
    3. K. Jiba ~ family AR aka Ad ni walau pun kaya (pangkat tinggi) tp tak mengamalkan sistem pembantu rumah, yg ada cuma tukang kebun n guard je.. disebabkan abah AR tu kena outstation, dia terpaksalah minta Iadid tolong jagakan AR (luar drp skop sebenar -- asalnya jadi escort/bodyguard utk urusan luaran je kan..).. as we know, abah AR ni bukannya nak lepaskan sgt anak dia, takut mcm2 terjadi, tp since dia mmg percaya sangat kat Iadid n ada sebab2 tertentu, dia mmg suruh Iadid tlg temankan AR. Moreover, ada pakguard n tukang kebun kat rumah diorang tu.. cuma kat dlm rumah je lah diorang dok duorang.. errr.. rumah diorang ni selalunya ada CCTV tau.. hehe ..

      Hope penjelasan k.yus (errr..) ni menepati apa yg K. Jiba persoalkan, maaf utk kekurangan ye.. teruskan support kami kay.. ~ Kak Yus.

      Delete
  8. serius best ! baca sambil sengih sengih wangi sorang2..haha.. good job kak yus..hehe..next writer all the best ! (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe! sengih2 wangi tu.. haa..mekaseh kerana memberi semangat. :)

      ~Moon~

      Delete
  9. Izzati:

    hahaha...AR tak bnyak mulut lak bila Iadid beri nasihat kat die..lembut jugak hati die tu...bestlah kak Yus..nak baca seterusnya plak..:)

    ReplyDelete