BAB
9
IADIDAKAN couple with this cutie and sweety Ad.
Got it? AR yang confess, bukan Yadidyadad kita tahu? AR kata;;
“Saya tak peduli siapa ‘someone’ awak tu, Iadid
because I really need to tell you this. I…I’m starting to love you,
Iadid and ‘Ad’ yang saya cakap tadi tu adalah awak. Iadid Arsyad. Arsyad,
Ad… Saya…”
Kind of cheesy wedges right? Terasa nak euww diri sendiri pun
ada.Di manakah AR mendapat kekuatan sebegitu sekali siap pandang mata Iadid
penuh manja tambah menggoda itu?Hati Iadid bergetar tahu?
Okey, tolak cerita couple-to-be sebab Iadid kata malam ni
nak jumpa bakal pak mentua minta kebenaran couple (Iadid punya konfiden
gila tahap tingkat teratas sedangkan AR langsung tak konfiden), sekarang ni better
fikir fasal bagaimana hendak memenangi hati ayahanda terchenta untuk memberi
kebenaran anak dara dia seorang bercouple. Pehh. Gila susah. Hampir
tercabut lutut AR sebabnya dari tadi dia nampak misai Tuan Hamid agak terlebih
panjang hari ini.
Satu petang AR bertungkus lumus di dapur untuk memasak hidangan
istimewa makan-malam. Siap bodek sang abah tolong ironkan seragam seminggu
(selama ni punya payah bila disuruh iron baju), buatkan kopi special punya
kaww-kaww (selama ni tolong hidang je),
tolong abah basuh dan mandikan kereta (satu jam duk service dari dalam hingga
keluar Waja putih abah), dan yang paling highlight sekali, urutkan kaki abah
sedangkan selama ni bila disuruh urut terus AR mencicit lari.
Naik hairan Encik Hamid siap garu kepala melihat kerajinan tahap
melampau AR.
“AD, come here…” panggil Encik Hamid lembut selepas AR siap
menyusun pinggan-mangkuk di atas meja makan. AR menoleh sekilas.
“Yes papa...?” AR melangkah menghampiri Encik Hamid dengan lenggok
manja. Mana pernah AR nak terlenggok-lenggok macam ni, special edition punyala.
Sehari ni je boleh tengok, hari lain harap maaf.
“AR abah ni ada buat salah ke?”
Apa pulak?
AR terus naikkan kepala. Excuse me, buat baik sikit pun terus kena
tuduh ada buat salah?
“Okey, kalau dah Ad buat muka macam ni padaabah, tandanya Ad tak
de buat salah.”Encik Hamid tersenyum lucu.AR terus tarik muka lega.
“AR nak cakap something pada abah?Atau nak minta sesuatu pada
abah?”
Gotcha! Muka AR jadi merah menyala.Malu satt terus terbayang wajah
Iadid terchenta di ruang mata. Habislahhhh….
“Takde la abah..Mana ada,” spontan bibir AR menjawab.Takkan la nak
cakap, Ad dengan Iadid nak couple, boleh tak abah?Namati ke tak sayang nyawa
namanya?
“Habis sejak bila Ad ada masa tolong abah mandikan Waja abah yang
Ad kata buruk sangat tu?”
Sedar pun abah kereta dia buruk! AR hampir nak tersengih. Betullah
tu…Waja tu dah buruk sangat tapi taknak beli kereta baru, padahal duit abah
berlambak dalam bank.
“Saja, tiba-tiba mood rajin datang…” tak sempat AR habiskan ayat
telefon bimbit abah berbunyi.
“Assalamualaikum?”
“Ohhh, Iadid.”
AR jegilkan mata. Bertuah punya pakwe, call abah tak kasi tau aku!
Naik biru muka AR melihat abahnya menala mata ke wajahnya. I’m dead meat!
“Malam ni ya? Okey, datang aje, uncle ada kat rumah.”
Telefon di matikan dan abah pandang wajah Ad macam tengah
cakap, ‘Okay Ad, you need to explain
everything to me…’ AR senyum segaris, tak mampu nak bersuara.
“Adnin Rania masak malam ni sebab tahu Iadid Arsyad datang ke?”
“Right…”
“Adnin kemas rumah, tolong abah basuh kereta, ironkan baju abah,
sebab Arsyad makan malam di sini ye?”
AR tunduk lagi dan lagi.
“Right…”
“Adnin Rania suka Iadid Arsyad ke?”
“Right.”
“Right?” Am I dreaming? Adnin Rania mengaku suka anak teruna orang
depan-depan abahnya ini? Encik Hamid bulatkan mata luas-luas, terkejut.
“Bukan Ad je yang suka Iadid, dia pun suka Ad jugak!”AR bela diri.
5 minit kemudian suasana jadi senyap.AR telan air liur saat abah
tiba-tiba melangkah terus ke tingkat atas.Abah marah?
Di tangga tengah Encik Hamid kembali menoleh ke arah Adnin Rania.
“Abah tak kisah kalau Ad nakkan Iadid, dia lelaki yang baik.Ad
tahu ke Iadid pernah bertunang?”
Pardon?
“Fitri meninggal dunia kerana brain tumor. Is it still okay for
you? Sebab abah tahu Ad tak suka jadi yang kedua di dalam hidup lelaki yang Ad
suka…”
AR ketap bibir.Iadid tak pernah cakap pun?!
SO NOW…
AR picit kepala kuat.Pelipis kening ditekan juga kuat.AR baru tahu
ada Fitri di dalam hidup Iadid.AR pun baru tahu Iadid pernah bertunang, malah
hampir berkahwin kalau tak disebabkan Fitri ada brain tumor.Astaghfirullah.
Brain tumor, mesti sakit kan? Kasihan Fitri.
Dan AR baru menyedari bahawa perkenalan antara Iadid dan dirinya
baru setahun jagung, baru menginjak angka beberapa bulan.Begitu mudah cinta ini
bersemi.
Iadid pernah menyanyikan lagu Tong Hua untuk AR. Pernah tak dia
menyanyikan lagu itu untuk Fitri?Lagu yang mampu menyentuh hati AR yang paling
dalam, dan tidak mustahil turut menyentuh hati Fitri suatu ketika dulu.AR telan
air liur kelat.Ala, orang dah tak ada… takkan nak ambil hati jugak kut Ad?
Tiba-tiba AR terasa tak nak dengar lagi lagu Alif Aziz yang sudah
menjadi ringtone telefonnya sekarang.Apa barang dengar lagu yang Iadid dah
pernah kasi pada perempuan lain kan? Nanti AR nak suruh Iadid belajar key lagu
terbaharu, lagu Cukup Sudah khas buat dirinya seorang. Ehem, itu lagu putus
cinta kalau tak salah…
“Iadid dah datang tu…”
Iadid dah datang?
AR pandang sekilas Iadid yang berdiri di muka pintu bersama
Imanina dan tersenyum mesra kepadanya.AR mencebik, spontan.
AR buat muka kayu aje duduk di ruang tamu sambil menonton filem
Kau Yang Terindah di TV3.Tawar hatinya menyambut kedatangan Iadid walhal tadi
petang dialah yang paling berdebar di rumah itu menantikan hari menjelang
malam.
Punya payah Iadid hendak berkomunikasi dengan AR sehingga terpaksa
menjadikan Imanina perantaraan semasa makan malam.Encik Hamid yang melihat
hampir tertawa.Anak dara dia buat hal, pandai-pandai Iadid hendak memujuk.Kalau
betul Iadid serius, tentu AR cair juga dipujuk suatu hari nanti.AR tu bukan keras
mana, ego aje lebih.
“Kak, abang tanya, sejak bila akak jadi ice princess.”
Terjungkit kening AR. Ice princess apa ke benda pulak dah?
“Akak tak tahu…” ringkas aje jawapan AR. Imanina pun dah naik
pusing melihat keadaan di tengah-tengah meja makan ini. Abang tercinta dengan
muka confuse, bakal kakak ipar masam sepuluh asam. Abang kata Adnin Rania dah
setuju untuk menjadi kekasih Iadid Arsyad secara official, ini bermasam muka
apa kes?
“Dia kata, ‘akak tak tahu’…” sampai Imanina kepada Iadid. Iadid
dah naikkan muka pandang wajah AR. Ad, tolong pandang saya…
Tapi Ad langsung tak pandang Iadid.Sampai lepak di ruang tamu Ad
tetap mengelak bertemu empat mata dengan Iadid.Dalam hati AR terasa sedih
juga.Fitri pergi sebab meninggal dunia, jadi ada kemungkinan Iadid masih
meletakkan perasaan sayangnya pada Fitri.Tak ke?
“Abang ni betul ke dah tanya betul-betul pada Kak Adnin?” bisik
Imanina pada Iadid.
“Dah…”
“Habis? Dia macam tak suka aje abang datang?” soal Imanina straight
to the point.Berubah wajah Iadid mendengarnya.
“Dia suka abanglah…” balas Iadid menekan suara.
“Betul ke?Kalau dia tak suka abang tiba-tiba macam mana?”
Eh budak ni nak kena ikat ke mulut dia? Iadid jegilkan mata. Geram
kerana asyik di provoke oleh adik tersayang.
“Iadid, uncle ingat kamu nak cakap sesuatu datang ke rumah uncle
ni?”tiba-tiba Encik Hamid bersuara. Yelah dari tadi duduk bersama tapi
masing-masing membisu, hanya Imanina dan Iadid aje yang berbisik-bisik, tak
manis pula kan? Tetamu kena dilayan baik-baik, nak harapkan Ad, jangan
haraplah.Tengok muka dia yang masam tu Encik Hamid dah sah yang AR tengah marah
pasal bekas tunangan Iadid.
Iadid berdehem kecil.Terasa serba-salah tiba-tiba. Yelah
kedatangan dia pun sebab dia nak cakap pada Encik Hamid yang AR dan Iadid akan
bercouple tapi melihat AR sekarang ni rasanya macam tak jadi je bercouple…
“Saya dah fikir masak-masak… Saya nak ambil Adnin Rania sebagai
isteri saya, kalau uncle izinkan…” lembut Iadid bersuara.
“Tak nak!” tiba-tiba suara AR mencelah.Siap berpeluk tubuh dan
merenung wajah Iadid sinis. Iadid separuh menggelabah menanggung kepala
menghadap AR. Terkejut kerana AR tiba-tiba menolak dirinya sedangkan AR sendiri
yang cakap, I’m starting to love you. Ke Iadid selama ini salah
dengar?
“Tapi kita dah bincang pagi tadi… Dan awak setuju?” soal Iadid
menala wajah AR tajam.
“Saya tak nak kahwin!” balas AR kuat.Iadid menahan hati,
memalingkan muka ke sisi.Hati dah cukup pedih kerana penolakan AR satu hal,
malu kepada Encik Hamid satu hal lagi.Sampai hati AR buat begini pada dirinya.
“Uncle, boleh tak saya bawa AR keluar sebentar?” Iadid tanya.
“Pergilah…” Encik Hamid memberi kebenaran.
“I’m not going anywhere!” AR terus berdiri, ingin menuju ke
tingkat atas.Cepat-cepat Iadid menahannya.
“Don’t be childish, Ad… you know what I mean. Kita dah janji pagi
tadi, takkan cepat sangat awak boleh terlupa janji kita?” Iadid tanya dengan
suara meninggi. Siapa suruh AR mencabar dirinya, kan dah keluar suara naga?
Tahu orang tu tentera, lagi nak acah-acah, kan? Sengaja mencari pasal.
AR tersentak.Terasa dirinya tercabar bila perkataan ‘childish’
keluar dari mulut Iadid. “So why don’t you tell me about your Fitri?!” tempelak
AR geram.
Tercengang Iadid di situ. Fitri? Dari mana AR tahu pasal kewujudan
Fitri Aiman?
“Your fiancĂ©, right?”
“Awak buat sikap macam ni sebab Fitri?” soal Iadid dengan nada
perlahan.
AR tarik nafas dalam, cuba menenangkan diri sendiri sebelum
kembali bersuara. “Kita, lebih baik kenal dahulu. I don’t want to be a silly
girl. Couple tapi tak kenal siapa awak yang sebenar…” AR ikut mengendurkan
suara.
Iadid cerlungkan matanya pada AR. Ikutkan hati dia mahu memaksa AR
untuk menarik balik kata-katanya tadi. Kata nak kenal baru couple, tapi
sesiapapun yang mendengar suara AR akan tahu maksud AR untuk let’s end
everything here. Ingat Iadid bodoh sangat ke?
“Kita putus.”
“Adnin Rania!!” naik suara Iadid.Wajah lelaki itu dah naik
merah.Okey, belum couple dah putus memang tersangat canggih, tetapi kenapa
Iadid terasa marah yang amat?
“Kita putus. Got it?” Adnin Rania berlari naik ke tingkat
atas meninggalkan Iadid tercengang di situ.Kecewa. Ingatkan tinggal memikat
hati Encik Hamid aje, rupanya hati Adnin lagi susah diikat.
Iadid pandang wajah Encik Hamid dengan pelbagai perasaan.Kecewa,
malu, marah dan sakit hati menjadi satu.
“I told you, kena beritahu segala-galanya pada Adnin before
you make your step.”
Encik Hamid tersenyum kecil sambil menepuk bahu Iadid
berkali-kali, cuba menenangkan hati anak muda itu.
Iadid diam cuma. Dalam hati menggumam geram, orang tua ni kalau
tak ungkit fasal Fitri tak boleh ke?
Memanglah ujian Encik Hamid untuk jadi suami Adnin tahap sukar
dari ujian ketenteraan!
“The key is Adnin’s heart. It does not matter to me… because I
trust her…” tiba-tiba Iadid teringat kata-kata Encik Hamid satu ketika dulu,
sebelum Iadid bertemu Adnin, sewaktu Encik Hamid pernah menyatakan kerisauan
tentang anak daranya yang seorang itu kerana belum bertemu putera hatinya.
Love
is unnamed feeling, makes you wanna cry and laugh, until you find the ending.
P.S:: Alhamdulillah akhirnya mampu jugak tertulis MYD malam tadi. Busy x hengat. Pagi tadi x dpt upload awal sbb kena pegi kursus memandu.. mueheh. <---dah tua baru nak belajar!
(ehem, kalau ada salah grammar harap dimaafkan yeppp.. Biasala main hentam dah bertahun tak pegang buku BI lagi dah. hihihi)
So now, pass to Ayumi Syafiqah. Caiyok3!!