Tuesday, 18 September 2012

Marry Your Daughter ~ Episode 8

MYD ~ Versi Moon menulis~




“Assalamualaikum Nina. Nina kat mana sekarang ni?” Tanya AR sebaik saja Imanina mengangkat panggilan telefonnya. Sejak Iadid ke Labuan, memang hampir setiap hari AR akan menemani Imanina. Ayah dia sendiri pun selalu berpesan supaya dia tengokkan Imanina tu.
“Waalaikumussalam Kak Ad. Nina ada dekat kampus. Kak Ad dah ada dekat mana?”
“I’m on my way to your hostel. Abang Iadid ada call cakap pukul berapa dia sampai?” Pantas AR membuka pintu kereta sebelum memanaskan enjin. Dia memang sedia maklum yang Iadid akan balik hari ni tapi dia tak tahu pukul berapa Iadid akan sampai.
“Dia cakap dalam pukul 1 macam tu.”
“Ohh… okey! Nanti bila Kak Ad dah sampai, Kak Ad call Nina ye. Bye…” Terus telefon bimbit diletakkan di dalam beg tangan dan ketika keretanya ingin keluar dari kawasan parkir, mata AR terbeliak luas apabila melihat seseorang yang sangat dikenalinya.
Iadid!
Iadid tersenyum kecil sebelum menghampiri kereta AR. Sengaja dia ingin membuat kejutan pada AR. Memang sepatutnya flight dia sampai pukul 1 tapi kerana tak tahan menanggung rindu, sanggup dia ambik flight yang lagi awal. Selepas jumpa Imanina tadi, terus dia bergegas datang ke sini. Luruh rindunya bila dapat melihat wajah comel AR.
“Iadid! Bila awak sampai?” Tanya AR pelik ketika Iadid masuk ke dalam keretanya. Iadid hanya tersenyum kecil sebelum menghulur sesuatu pada AR.
“Cenderamata dari Labuan. Hope you like it.”
“Iadid!”
Iadid mula ketawa. “Saya balik awal sebab saya rindukan someone…” ucapnya perlahan sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dalam hati dia menyambung, “Saya rindukan awak, Ad…”
AR mula berkerut dahi. Rindukan someone? Entah kenapa dia mula jadi serba tak kena. Siapa yang Iadid rindu sangat ni? Dia sedar yang dia mula rasa cemburu tapi sedaya upaya dia menahan supaya rasa cemburu itu tidak terlihat di wajahnya.
“Lepas ni bolehlah pergi jumpa dia…”
“Dah jumpa pun…”
“Ohh…” AR menggigit bibir. Nampak sangat yang Iadid langsung tak kisah untuk bertemu dengannya terlebih dahulu sedangkan dia di sini, daripada hari Iadid pergi sampailah sekarang, tak sabar-sabar untuk bertemu dengan jejaka di sebelahnya ini. Makin lama, makin hatinya dah tangkap leleh dengan Iadid. Apa agaknya ubat yang Iadid guna dekat dia? Baru jumpa dan kenal tapi hati dia dah terjatuh suka dekat Iadid.
“Ad, jom pergi makan nak?”
“Nina dah tahu ke yang awak dah balik?” Soal AR sambil memandu keretanya keluar dari kawasan parkir. Nada suaranya jugak tak seceria tadi. Mungkin kerana terluka dengan kata-kata Iadid tadi.
“Dah.”
“Kita ambik dia dulu la. Lepas tu baru pergi makan…”
“Dia tak nak join. Dia suruh kita pergi makan dulu…” Laju Iadid berkata. AR mengerling Iadid di sebelah. Rupanya Imanina pun dah berpakat dengan Iadid.
“Ajaklah someone yang awak rindu tu sekali.”
“Err… takpelah. Kita pergi makan berdua je dulu.”
AR jungkit bahu tanda tak kisah tapi dalam hati, dia tertanya-tanya siapalah agaknya someone tu?
**
“Ad, saya ada soalan nak tanya awak ni.” Iadid memandang AR yang sejak dari tadi hanya menguis nasi gorengnya. AR mengangkat muka sebelum mengangkat keningnya tanda menyuruh Iadid meneruskan dengan soalannya.
“Awak ada suka siapa-siapa tak?”
AR nyaris-nyaris tersembur air yang tengah diteguknya sekarang. Apa punya soalanlah yang Iadid tanya ni?!
“What?!”
Iadid hanya tersenyum kecil. “Soalan random je ni.”
“Kenapa nak tahu?”
“Sebab mungkin saya boleh tolong dia untuk mendapatkan hati ayah awak.”
AR mengelap mulutnya dengan tisu sebelum memandang Iadid. “Ada…” Jawabnya perlahan.
Iadid yang mendengar terus terkedu. Hampir luruh jantungnya mendengar jawapan AR. AR ada sukakan seseorang?! Entah kenapa dia menyesal tanya soalan macam tu tadi kerana sekarang hatinya dah hampir hancur!
“Siapa dia?”
“A very nice person . Dia selalu ada di samping saya…” AR bermain- main dengan jari-jemarinya. Iadid dikerling sekilas. Memang Iadid seorang lelaki yang baik kerana sentiasa berada di sampingnya dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang dia tak suka.
“Ohh… Nama?” Iadid mengepal penumbuk di bawah meja. Rasa sakit di dada susah untuk ditahan sekarang ni. Bimbang dengan kata-kata yang bakal terluah dari bibir comel AR.
“Ad,” jawab AR. Iadid Arsyad. Sengaja AR mengambil nama belakang Iadid. Kalau sebut Arsyad nanti, nampak sangat peliknya dan mungkin Iadid akan tahu.
“Ad?” Iadid menelan liur. Jangan harap dia nak panggil AR dengan panggilan ‘Ad’ lepas ni. Bila sebut Ad, mesti AR akan teringatkan lelaki tu.
“Saya panggil awak Rania mulai hari ni boleh?”
“Hah?”
“Rania. Tak nak Ad dah…”
“Eh, kenapa pulak?” Tanya AR pelik.
“Sebab awak kan tak suka saya panggil awak Ad,” balas Iadid mudah. Kalau dia tahu nama lelaki yang AR minat tu ‘Ad’… arghh! Terasa macam dirinya sudah tewas di tangan lelaki bernama Ad tu!
“Takpelah kalau nak panggil Ad pun. Saya dah tak kisah dah.”
“Nope.”
Dahi AR dah berkerut seribu. Kenapa pulak dengan Iadid ni? Lama AR memandang wajah Iadid yang kelihatan tenang tapi agak serius. Tiba-tiba dia tersenyum kecil dan berniat nak mengusik Iadid.
“Awak jealous eh?”
“Hah?” Iadid tayang muka terkejut.
“Awak jealous bila tahu saya ada sukakan someone kan?” AR mengukir senyuman manis sambil mengelip-ngelip kelopak matanya. Iadid menelan liur. Kenapa comel sangat makhluk Allah yang satu ni?
“Buat apa nak jealous?”
“Mungkin awak sukakan saya?”
Iadid buat-buat ketawa sebelum dia menjelir lidah dekat AR. “Perasan!”
AR hanya senyum kecil sebelum menyedut air minumannya. Dia tahu yang Iadid takkan sukakan dia. Siapalah dia untuk digandingkan dengan lelaki seperti Iadid kan?
“Cepat habiskan nasi goreng tu. Nanti saya nak bawak pergi satu tempat.”
“Pergi mana?”
“Ikut jelah…” Iadid senyum meleret sambil mengenyit mata. AR gigit bibir sebelum mengangguk kecil.
**
            AR mengikut langkah Iadid masuk ke dalam sebuah kedai muzik yang kelihatan agak klasik dari segi hiasan dalamannya. Berkerut jugak dahinya tadi apabila tiba-tiba Iadid memberhentikan keretanya di hadapan kedai ni tadi. Dia sama sekali tak menyangka yang Iadid akan membawanya ke sini. Ingatkan Iadid nak bawak dia pergi tengok pantai ke apa.
            “Rania, sini…” Iadid menggamit AR yang khusyuk melihat sebuah kotak muzik antik yang sangat comel.
            “Pak cik, ni kawan Syad.”
            AR memandang lelaki yang agak berusia di hadapan mereka sekarang. Lelaki itu mengangguk kecil sambil tersenyum mesra. AR turut mengukir senyuman sebelum memandang Iadid dengan pandangan memohon penjelasan.
            “Pak cik, piano saya ada dekat sini lagi?” Tanya Iadid tanpa memandang AR di sebelahnya. Dia perasan mulut AR sedikit terlopong bila dia cakap ‘piano saya’ tadi.
            “Ada… Pak cik letak dekat bilik belakang.”
            “Terima kasih, pak cik…” Iadid tersenyum sebelum menyuruh AR mengikut langkahnya ke bilik belakang. AR yang masih terpinga-pinga hanya menurut tanpa berkata apa-apa. Iadid pandai main piano?
            Sebaik saja mereka berdua sampai di bilik belakang, mulut AR terlopong kecil apabila melihat ada sebuah piano berwarna hitam yang tersergam indah di tengah-tengah bilik itu. Makin buat dia terlopong adalah apabila Iadid duduk di atas kerusi piano dan mula menekan not-not piano secara rambang.
            “Awak pandai main piano?” Soal AR dengan nada suara yang terkejut. Dia sama sekali tak menyangka yang Iadid pandai bermain piano. Dia ingatkan Iadid mungkin suka main gitar tapi definitely bukan piano!
            “Dah habis grade okey!”
            AR ketawa kecil sebelum menghampiri Iadid. Akhirnya dia duduk di sebelah Iadid dan turut sama menekan not-not piano. Dia cuma tahu satu lagu je. Lagu Happy Birthday. Tu pun bertahun dia belajar!
            “Saya mainkan lagu favourite saya nak?”
            AR mengangguk laju. Gila apa tak nak! Mestilah dia nak. Teringin nak tengok Iadid yang macho dan sentiasa cool ni bermain piano. Mesti nampak sweet kan? AR rasa macam nak tergelak. Boleh pulak dia cakap yang Iadid akan nampak sweet tapi rasanya memang Iadid akan nampak sweet jugak.
            “Lagu ni sebenarnya lagu Taiwan. Tajuk dia Tong Hua. Dalam English, tajuk dia Fairy Tale. Aliff Aziz ada nyanyi lagu ni dalam Malay. Saya nyanyikan dalam Malay ye?”
            AR hanya mengangguk sambil memandang Iadid. Tiba-tiba dia rasa cemburu dekat ‘someone’ tu. Bertuahnya dia sebab dapat cinta Iadid…

Kupeluk indah manisnya cinta,
Semuanya terasa indah,
Bagai di alam cerita cinta,
Hadir bahagia selama-lama

            Iadid mengerling AR di sebelah yang tunduk memandang jari-jemarinya yang bermain di atas not-not piano. Dalam hati, dia berharap yang AR akan memahami maksud di sebalik nyanyian dia ni walaupun dia tahu AR memang agak lambat menangkap perkara-perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan ni.

Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal 'tuk selamanya
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Ooooh... Percayalah bidadari.....

            “Iadid…” Panggil AR perlahan selepas Iadid selesai menyanyi. Iadid terus berpaling ke arah AR sebelum matanya terbeliak apabila melihat AR tengah menyapu air mata dan hidungnya merah.
            “Ra…”
“Call me Ad!”
Iadid terdiam. Ikutkan hati, dia ingin mengelap air mata di pipi AR tapi ditahannya. Mana mungkin dia menyentuh AR yang masih belum halal untuknya. Jika AR sudah menjadi isterinya, pasti dia sudah memeluk erat tubuh gadis kesayangannya ni.
“Saya tak peduli siapa ‘someone’ awak tu, Iadid because I really need to tell you this. I…I’m starting to love you, Iadid and ‘Ad’ yang saya cakap tadi tu adalah awak. Iadid Arsyad.  Arsyad, Ad… Saya…” AR mengelap air matanya. Hidung yang berair buat dia tak selesa tapi dia masih belum puas meluahkan isi hatinya. Bila dengar lagu yang Iadid nyanyi tadi, dia nak sangat kalau Iadid sudi jadi arjuna hatinya.
“Ad…” Iadid menyeru lembut nama AR. AR memandang Iadid dengan mata yang sembap. Iadid tersenyum manis sebelum menghulurkan sapu tangannya pada AR.
“Lap air mata tu…”
“Tak nak!”
“Saya tak suka tengok ‘someone’ saya tu nangis. Dia comel bila dia senyum je.”
“Eh?”
“Saya rasa malu sebab awak dulu yang confess. Patutnya saya dulu yang cakap…”
AR terdiam. Apa maksud Iadid?
“Someone yang saya rindu tu… awak.” Iadid menunduk sedikit. “Saya dah sukakan awak sejak dari hari pertama kita jumpa. Awak memang tak kenal saya tapi saya dah lama kenal awak. Saya hanya mampu lihat awak dari jauh selama ni dan bila ayah awak mintak saya jadi bodyguard awak, saya terus setuju. You don’t know how happy I am to be near you. To see you in front me of me. To talk to you…”
Iadid memandang AR yang masih lagi memandangnya dengan mata yang berair. “Saya sayang awak, Ad. No word can explain how much you mean to me.”
AR tersenyum kecil. Terharu dia mendengar luahan hati Iadid. Buat rugi je dia bersedih tadi. Rupanya dialah ‘someone’ di hati Iadid!
“Tapi abah…”
“Don’t worry. Nak dapat anak, kenalah menang hati ayah dia dulu kan? Saya akan cuba untuk memenangi hati ayah awak.”
AR mengangguk kecil sebelum kembali memandang Iadid. “Mainkan lagu lain," pintanya. Malu pulak bila nangis depan Iadid. 
“Anything for you…” ucapnya lembut sebelum mula menekan not-not piano.
“Hmm… Iadid, is this means yang kita…”
“Yes. You are mine and I am yours.” Iadid tersenyum manis dan AR pulak terkedu sebelum turut tersenyum. Haih, comelnya Iadid bila cakap macam tu!

****

Hehehe.. enjoy! :) Ad dengan Iadid dah luah perasaan masing-masing. Ni video lagu yang Iadid nyanyi untuk AR. Tapi saya suka versi English punya tapi tak jumpa lirik dia -.- Apa2 pun, enjoy! :D Pass dekat Kak Rin pulak.


Monday, 17 September 2012

Marry Your Daughter ~ Epi 7




“Memang uncle percayakan kamu.  Dan uncle harap, kamu tak rosakkan kepercayaan uncle.”

            Huh, sepanjang malam Iadid tak dapat melelapkan mata.  Asyik dok terkenangkan kata-kata keramat Encik Hamid tadi.  Hmmm.. mendalam dan sangat-sangat tersirat kata-kata tu.  Hendak dikaji selidik tapi tak tahu nak mula daripada mana. 

Hati asyik dok berkata-kata, hendak menguji akukah atau memang sedang membidik tepat ke muka aku yang dah sah-sah macam  angau kat anak gadis dia tu.

            Sedar tak sedar, sudah hampir subuh Iadid masih tidak dapat melelapkan mata.  Pusing ke kiri ternampak-nampak wajah AR yang tersenyum manis.  Pusing kanan timbul pula wajah Encik Hamid yang juga turut tersenyum.  Bezanya, senyuman Encik Hamid penuh dengan tanda tanya. 

“Ishhhhh, tidurlah mata.  Esok aku nak kena lapor diri awal lak ni,” keluh Iadid sambil menekup muka dengan bantal busuknya.  Eh, busuk lah sangat.


*****************

            Lewat!  Sudahnya  Iadid didenda sepuluh pusingan larian mengelilingi padang latihan pagi itu.  Jurulatih daripada Sri Lanka itu bukan kira pun, seminit ke dua minit ke, kalau dah kata lewat tetap lewat.  Memang Mr. Kithsiri jenis orang yang sangat tegas, selalu berpegang pada disiplin yang ketat untuk setiap pemain di bawah pengawasan dan latihannya.  Bukan setakat berpeluh, hampir nak tercabut segala otot kaki Iadid pagi itu.  Dahlah tadi lima pusingan bersama rakan-rakan, sekarang ni ditambah lagi sepuluh pusingan.  Ini semua gara-gara asyik teringatkan kata-kata Encik Hamidlah ni.

            Latihan kriket dimulakan dengan latihan memukul dan membaling bola seperti kebiasaannya.  Sudah tiga tahun Iadid menyertai Pasukan Kriket Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai pembaling malah beliau juga pernah dinobatkan sebagai pembaling terbaik dalam Kejohanan Kriket International Defence Cricket Challenge (IDCC) yang diadakan di Canberra tahun lalu.  Malah seorang lagi rakan setugas juga dinobatkan sebagai pemukul terbanyak dan seorang lagi sebagai pemain terbaik keseluruhan.  Tahun ini, mereka memikul amanah dan menggalas harapan yang sama tinggi untuk terus menjulang nama TUDM malah nama negara di mata dunia.  Peluang dapat menobatkan nama negara di mata pasukan lawan yang terdiri daripada pasukan pertahanan dari India, Autralia dan New Zealand merupakan saat-saat terindah dalam sejarah pertandingan kriket ini.

            Dua botol air mineral yang diteguk masih lagi tidak mampu menghilangkan dahaga Iadid.  Mana tidaknya, berlatih dari pagi sehingga matahari dah tergelincir memang membuatkan Iadid dahaga yang amat.  Hendak makan pun terasa perut dah penuh dengan air.

Hey young man, buat apa tercegat kat sini?”  Ah, suara tu macam cam je.  Bukan itu suara bakal bapa mertua ke?  Heh, beranganlah kau Iadid oi, ingat senang nak tackle hati orang tua ni. 

“Eh, uncle rupanya.  Buat apa kat sini?”  Iadid menhadiahkan sebuah senyuman lalu menyalami Encik Hamid yang sudah pun tercegat berdiri di hadapannya.  Hensem orang tua ni, detik hati Iadid.  Iyalah, jarang sangat nak tengok Encik Hamid lengkap berpakaian seragam Navy putihnya itu.  Banyak pula pingat-pingat kepujian yang bergantungan di dadanya.  Inilah antara tanda jasa-jasa yang pernah beliau hulurkan untuk negara.

“Uncle datang hantar report.

“Dah settle ke uncle pasal masalah lanun kat kepulauan Semporna tu?”

“Inilah yang uncle datang sini, sambil hantar report, ingat nak jumpa dengan YBhg Jen Dato’ Razali.  Bolehlah bincang dan minta buah pendapat.” 

Iadid mengangguk perlahan, dia amat maklum yang bos besarnya itu memang bersahabat baik dengan Encik Hamid.  Mereka dulu satu sekolah di Malay College Kuala Kangsar.  Siapa tak kenal graduan-graduan MCKK, ramai menteri-menteri dan orang-orang besar kelahiran kolej melayu yang berprestij itu.  Malah Iadid pun salah seorang daripada mereka.  Hendak juga tumpang nama, mana tahu kot-kot satu hari nanti boleh sama-sama menjadi orang penting dalam negara.  Tak payah jadi Jeneral pun tak pe, dapat bersara sebagai Mejar pun dah cukup. 

Ok young man, uncle nak jumpa YBhg Jen Dato’ dulu.  Nanti petang singgah rumah uncle, boleh kita bincang-bincang pasal ni.  Idea orang muda lebih bernas daripada idea orang tua,”  ujar Encik Hamid dalam nada berseloroh.

Wah, ada chance juga jumpa AR petang ni!  Tak dapat berbual dan menatap wajah AR depan-depan pun tak apa, asalkan dapat melihat sekilas pun sudah cukup. Iskh, angau tahap ke sepuluh dah agaknya si Iadid ni.  

            Nasib baiklah selepas berlatih Iadid tak perlu bertugas jadi awal sikit dia boleh balik ke rumah.  Iyalah, petang nanti nak berdating dengan Encik Hamid pula.  Eh, dating ke tu?  Heh, kalau dating dengan AR best juga bunyinya kan.  Tak kisahlah, yang penting kat rumah mereka. 

            Sambil mandi dan bersiap, sempat juga Iadid merangka beberapa usul mengenai isu kepulauan di Semporna tu.  Iyalah, berdasarkan pengalamannya bertugas di Sipadan dan beberapa kepulauan lain, mungkin usul-usulnya itu boleh digunapakai.  Jenuh juga hendak bersiap, sehelai demi sehelai baju yang dicapainya dicampakkan ke atas katil.  Alahai, mengalahkan nak pergi dating dengan awek.  Ah, dress up macam biasa ajelah.  Bukan nak ke majlis formal pun.  Tapi semenjak asyik teringat-ingat kata-kata Encik Hamid semalam, Iadid semakin terasa hendak memperlihatkan the best tentang dirinya.  Termasuklah penampilan diri juga.  Eh, ingat senang ke nak tackle hati bakal bapak mertua ni.  Heh, bapak mertualah sangat.  Berangan tinggi melangit mamat ni!


            Kelihatan Encik Hamid tersenyum menyambut kehadiran Iadid yang laju sahaja memakirkan keretanya di ruang parkir.  Uikhh, terserlah sifat kebapaan dan suami mithali Encik Hamid yang sedang memegang paip sambil menjirus pokok-pokok hijau hiasan milik sang isteri.  Walau pun berpangkat tinggi, tapi lelaki itu tidak pernah segan untuk membantu menyirami pohon-pohon kesayangan isterinya malah dia juga berkongsi minat yang sama.  Berkebun bersama-sama isteri tersayang pada waktu terluang tentu sekali akan lebih mengeratkan lagi kasih sayang mereka.  Itu rahsia kerukunan rumah tangganya yang boleh diwarisi oleh anak menantunya kelak.

“Mari Iadid, kita borak kat sini,” pelawa Encik Hamid yang telah pun mengambil tempat di meja kecil yang terletak di halaman mereka.  Cuaca yang redup memang sesuai sekali untuk bersantai begitu.

“Hmm, tadi praktis macam mana?  Nampak macam penat je, bila tournament tu?”

“IDCC tu bulan November ni uncle, risau jugalah kan.  Tahun lepas kita banyak bawa balik pingat, takut tahun ni kena caras pula.”

“Oh, no  worries young man.  Kalau kita kekalkan prestasi seperti biasa dan giatkan lagi latihan mesti tak ada hal,”  nasihat Encik Hamid ikhlas.

            Perbualan yang awalnya hanya berkisar pada latihan kriket mula menjadi semakin serius dengan usul-usul yang dibawa oleh Iadid.  Iyalah, dalam hal-hal keselamatan negara ni mana boleh buat main-main.  Nyawa setiap orang berada di tangan mereka.  Setiap usul perlu dibahaskan sebaik-baiknya.  Tapi, memang Iadid tabik spring kat Encik Hamid ni.  Walau pun lelaki itu jauh lebih tua dan berpengalaman daripadanya, namun tidak sesekali beliau memperendah-rendahkan setiap usul yang diberinya.  Malah, semuanya diambil serius dan diberi perhatian yang sewajarnya.  Itu membuatkan Iadid semakin senang dengan lelaki itu.  Kalau jadi keluarga, lagi mudah agaknya. 

            Perbualan mereka terhenti seketika apabila gemersik suara AR menyapa dengan sedulang hidangan petang.  Perlahan dan tertib sungguh anak gadis Encik Hamid ni.  Err.. betul ke AR yang berdiri di hadapan mereka ni.  Lain sungguhlah!

“Lorhh, kenapa tengok Ad macam tak pernah tengok perempuan ni Iadid oi,” tegur Encik Hamid dan sekali gus mengundang batuk kecil Iadid.  Alamak, kantoi la pula.  Boleh pula terpana seketika di hadapan Encik Hamid.

            Senyuman sinis AR sengaja dilemparkan kepada Iadid.  Padan muka!  Wajah Iadid yang merah padam sengaja dikerling.  Walau pun senak perut menahan tawa, tetap juga AR mengatur cawan dan piring di atas meja.  Sengaja sebenarnya dia mengambil dulang itu daripada tangan ibunya.  Iyalah, sengaja hendak menyakat Iadid dan tak sangka pula sampai Iadid terkantoi dengan ayahnya. 

“Itulah, cepat-cepat kahwin tak adalah tengok perempuan macam tak pernah nampak,” seloroh Encik Hamid sengaja membakar suasana.

“Eh, tak adalah uncle.  Terkejut tengok Ad hari ni, tak biasa kan saya tengok dia ala-ala gadis melayu terakhir ni.”  Alamak, frank sungguh jawapannya.  Iadid menekup mulutnya sendiri.  Hadoi!  Nasib baiklah jawapannya itu mengundang tawa besar Encik Hamid.  Kalau tidak, masak dia hari tu.  Kalau tak kena BBQ harus kena gulai lemak cili padi.

“Itulah, si Ad ni susah nak predict.  Mood dia macam-macam.  Nasiblah anak uncle seorang dia aje, kalau ramai peel macam dia dah lama uncle dapat heart attack.”  Nasib baiklah AR sudah pun meloloskan diri masuk semula ke dalam rumah.  Kalau dengar kata-kata dua orang lelaki yang berkait rapat dengan hatinya itu, sudah pasti terbakar hangus.  Kalau bukan dia yang terbakar, dah sah dua lelaki tu yang dibakarnya. 

“Berbalik pada soalan uncle pasal kahwin tadi.  Bila Iadid bercadang nak kahwin?”  Terdiam seketika Iadid mendengar soalan cepumas Encik Hamid itu.

“Err, saya rasa belum sampai seru lagilah uncle.  Lagi pun saya masih belum stabil lagi.”

“Hmmm, sebagai seorang lelaki, kestabilan itu penting.  Bukan sahaja dalam hal-hal kewangan, pekerjaan malah dalam hal-hal kerohanian juga.  Hendak menjadi suami ni bukan mudah.  Kena belajar selok belok rumahtangga, kena tahu tanggungjawab yang kita nak pikul.  Semua tu kita kena belajar.  Bukan macam muda-mudi sekarang, kenal, cinta lepas tu terus kahwin.  Memang betullah, kahwin itu lebih bagus daripada melakukan maksiat tapi harus ingat juga, kalau kahwin tanpa ilmu susah nak menjadi nakhoda bahtera rumah tangga tu,”  panjang lebar nasihat dan buah pendapat Encik Hamid.  Di sebaliknya tersirat maksud yang mendalam buat Iadid. 

“Betul tu uncle, sekarang ni saya sedang mengejar cita-cita untuk kenaikan pangkat tahun depan dan dalam masa yang sama, saya juga sedang mendalami ilmu di dada.  Saya ingin memulakan rumah tangga dengan penuh kesediaan,”

“Bagus tu Iadid, uncle setuju dengan cara Iadid tu.  Ilmu dunia dan akhirat kena seiring.  Sekarang ni Iadid Leftenan Muda kan.. itu pun sudah cukup baik untuk orang muda seperti kamu.” 

“Khabarnya kamu terlibat dengan misi menyelamat penumpang kapal yang karam di Pulau Layang-Layang tu kan?”  soalnya menyambung perbualan.  Topik awal tadi sengaja ditukar melihatkan resah anak muda itu.  Sengaja hendak menduga dan dalam masa yang sama ingin menyampaikan spesifikasi bakal menantu idamannya.

“Aah uncle.  Esok saya kena ke Labuan untuk misi bantuan tu,” jawab Iadid agak terkejut apabila Encik Hamid tahu sahaja tugasannya.  Mungkin beliau mengetahuinya semasa perjumpaan beliau dengan YBhg Jeneral Dato’ tengah hari tadi. 

“Habis tu, siapa yang hantar kamu ke airport esok?  Ke kamu pergi dengan Airforce driver?”

“Imanina je yang hantar saya esok uncle.”

“Eh, takkan nak biarkan si Nina tu drive sorang-sorang balik nanti.  Esok pukul berapa nak bertolak?  Singgah sini dulu ambil Ad, biar dia temankan Nina balik nanti,” ujar Encik Hamid.  Concern juga dia tentang hal kebajikan adik si Iadid tu.  Iyalah, dia pun ada anak gadis.  Lagilah, siap kena pasang bodyguard bagai risaukan anak dara nan seorang.  Ini kan pula Imanina yang masih terlalu muda tu hendak dibiarkan seorang memandu pulang dari airport.

            Senyum.  Bukan setakat senyum, sengih pun dah termasuk sekali.  Pucuk dicita, ulam mendatang.  Tak sangka Encik Hamid akan mengutarakan idea yang brilliant, sangat-sangat brilliant seperti itu.  Memang tak tidur pulalah si Iadid malam ni.

*********************

            Imanina sudah sedia berdiri di hadapan pagar ketika Honda putih itu menghampiri pagar rumahnya.  Satu senyuman ikhlas diberikan sebagai santapan pagi kepada pemandunya.  Pintu depan penumpang segera dibuka dan terpacul wajah comel Imanina.  Suka dia melihat wajah gadis itu.  Memang ayu bertudung polkadot ala-ala trend masa kini.

Morning sis, jom,” ujar Imanina manja.  Tangan dihulur memberi salam kepada AR yang telah lama mendapat tempat di hatinya.  Memang dia suka benar kalau gadis itu yang akan menjadi kakak iparnya.  Eleh, hati abang Iadidnya itu mudah sangat hendak ditebaknya.  Kat muka pun dah jelas macam cermin.

“Hello cik-cik adik, nak borak pun masuklah dulu,” sergah Iadid apabila menyedari kedua-dua gadis itu masih tercegat berdiri di luar kereta sambil berbual.  Sempat pula nak bermesyuarat tingkap.  Kedua-duanya memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan sengihan.  Iyalah, kan dah tak pasal-pasal kena sergah.  Kalau dah berjumpa, memang ada-ada je yang hendak dibualkan.

“Alah abang ni, kan awal lagi ni. Flight abang pukul sebelas pagi, ni awal-awal dah bertolak,” rungut Imanina sengaja.

“Pergi awal bagus sikit, sempatlah kita sarapan kat airport nanti,” mendatar sahaja balasan Iadid.  Matanya sesekali mengerling ke arah AR yang hanya fokus memandang ke hadapan.  Ada sejalur rasa resah bermain di wajah gadis itu. 

            Sepanjang pemanduan, masing-masing lebih banyak melayan perasaan sehinggalah kereta diparkir.  Tidak banyak yang dibawa oleh Iadid, hanya sebuah bagpack yang mengandungi uniform serta beberapa keperluannya sahaja.  Lagi pun misi itu hanya untuk beberapa hari sahaja, bukan lama pun. 

“Jom breakfast dulu,” pelawa Iadid dan sudah tentu dipersetujui sebulat suara.  Masing-masing keluar rumah dengan perut kosong demi mengejar waktu.

            Pilihan mereka, Kopitiam yang terletak berhampiran dengan ruang berlepas.  Lagi pun menu sarapan di Kopitiam itu pun menyelerakan juga.  Imanina yang sejak tadi menjadi pemerhati tingkah Iadid dan AR yang lebih banyak mendiamkan diri.  Entah kenapa ye, kedua-duanya seperti hilang kata-kata. 

Take good care of yourself dik, abang tak ada dua tiga hari ni stay kat kampus ajelah,” pesan Iadid setelah panggilan masuk ke ruang pelepasan keudara.  Risau juga dia dengan keselamatan adik kesayangannya itu.

All right bro, janganlah risau.  Adik taulah nak uruskan diri sendiri, lagi pun Kak Ad kan ada, boleh je nanti temankan adik,” lincah je balas gadis comel itu.

“Eh, jangan nak mengada-ngada susahkan Kak Ad.  Kak Ad tu banyak kerja nak dibuat, nanti layan adik tak ke mana semuanya,” tingkah Iadid sambil matanya terpacak ke wajah AR yang nampak agak murung.

It’s ok.  I’ll look after her for you, no worries,” balas AR yang menyedari dirinya diperhatikan.  Tersentuh juga melihat keakraban dua adik beradik ni, iyalah, dia kan anak tunggal.  Manalah pernah merasa kasih sayang adik beradik macam diorang ni.

“Dahlah, awak kena masuk dah ni.  Jangan risau pasal Nina, nanti saya jengok-jengok dia.  Awak tu, jaga diri baik-baik.  Pergi dengan selamat, balik pun dengan selamat.”  Alahai, macamlah si Iadid tu hendak pergi berperang.  Hendak menyertai misi menyelamat je pun.

“Awak pun jaga diri elok-elok,” pesanan akhir Iadid sebelum melangkah meninggalkan kedua-dua gadis kesayangannya.  Pelik!  Hati rasa sayu pula saat itu. 

            Suasana riuh rendah di luar balai berlepas itu seakan mati seketika.  Ketika itu telinga AR hanya terdengar alunan lagu yang berkumandang di kedai CD berhampiran.  Asyik dan memilukan.

Selalunya haruku tak sebegitu biru,
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh,
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana,
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar,
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku,
Putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih..
Tujukanku lagu sedih….


********************************************************************

Maaf ye .. entry kak yus ni lambat sikit.  Kali ni tak banyak sangat scene AR dan Iadid berdua.. lebih byk scene En. Hamid n Iadid kan.. hmmmm... agak2 la kan, dah dpt ke teka ciri2 menantu pilihan En. Hamid??  IDCC (pertandingan kriket antara pasukan tentera) tu mmg wujud ye.. n as for Misi menyelamat tu.. credit dan sekalung tahniah untuk para penyelamat airforce kita yg telah membantu 14 pelancong n 12 crew kapal mewah yg karam di perairan P. Layang-layang pd 8 Jun 2021 lalu..  bergandingan bahu bersama team Navy KD Ganas.

Maaf utk sgl kekurangan.  Ok.. Moon, now k.yus pass kat Moon ye.. Lots of luv..K.Yus

Saturday, 1 September 2012

Marry Your Daughter epi 6

MYD ~ Ayumi version.


KALENDAR yang terletak elok di hujung meja dicapai. Dibelek-belek seketika sebelum sepasang mata bundarnya itu akhirnya terpaku pada satu tarikh. Eh sat! 20 hari bulan? Esok 20 hari bulan? Bukan ke 20 hari bulan tu...
            Birthday ibu!
            AR rasa nak terloncat tiba-tiba apabila teringatkan hal itu. Ya, esok merupakan hari jadi ibu. Dan esok juga ibu dan abah akan pulang dari kampung. AR berfikir-fikir. Setiap tahun, dia tak pernah gagal lagi buat birthday party untuk ibu. Walaupun hanya party kecil-kecilan yang tak payah jemput ramai tetamu, itu dah lebih daripada cukup.
            Nampak saja kelibat Adira melintas di depan mejanya, AR segera memanggil. Adira berpaling lalu mengangkat kening, isyarat bertanya apa kemahuan AR memanggilnya.
            “Kau free tak petang ni?” AR bertanya sambil berdiri tegak di depan Adira. Hubungan dia dengan Adira nak kata rapat tu tak adalah sangat, tapi setakat nak ajak keluar lepak sama-sama rasanya tak ada hal. Lagi-lagi kalau ajak teman shopping, laju aje minah tu setuju nak ikut. Jadi driver satu hari pun tak apa kut. Tapi kalau bab nak kongsi rahsia, AR kena fikir 200 kali dulu baru boleh cerita dengan Adira.
            “Petang ni? Lepas habis kerja aku freelah. Kenapa?” Adira bertenggek di tepi meja AR.
            “Macam ni... aku ingat nak pergi beli barang sikit lepas kerja nanti. Esok ibu aku balik dari kampung, jadi aku ingat nak masak special sikitlah untuk dia.” AR malas nak cerita hal sebenar. Cakap nak masak untuk ibu yang balik dari kampung esok dah cukup dah tu.
            “Ohh... so nak keluarlah petang ni?”
            AR angguk laju-laju.
            “Okey! No problem. Kereta aku ke kereta kau?”
            “Kereta kaulah. Kereta aku masuk ICU semalam, tak keluar-keluar lagi,” sengih AR dengan muka tak bersalah.
            “Oooo...” Adira terangguk-angguk. Faham. “Okay then, lepas habis kerja nanti...”
            “Okey, thanks Dira! I owe you one!” ucap AR gembira sambil menepuk bahu Adira sekali.
            Adira buat muka dan kemudian melenggang ke tempatnya semula.


TAMAT waktu kerja, AR dan Adira sama-sama bergerak ke arah surau kecil di tingkat paling bawah syarikat itu untuk menunaikan solat Asar. Selepas itu barulah mereka beriringan menuju ke tempat parkir kereta. Nasib baiklah Adira sudi nak temankan siap jadi driver sekali, kalau tak AR tak tahu nak minta tolong siapa lagi.
            Iadid?
            Pin! Pin!
            Bunyi hon yang boleh tahan kuat tu mengejutkan AR dan Adira. Masing-masing berpaling serentak. Tengok kereta Honda putih kat depan mata, AR telan liur. Eh mamat ni... ada sixth sense ke apa? Baru aje hati ni sebut-sebut nama dia, terus muncul depan mata. Erk.
            Iadid keluar dari kereta dengan senyuman manis. “Hai, Ad!” sapanya mesra.
            AR jeling Adira yang dah terlopong tengok Iadid. Dia tahu mesti Adira terkejut bila tiba-tiba ada mamat handsome tegur dia.
            “Err... hai! Awak buat apa kat sini?” AR bertanya sambil merenung Iadid dengan dahi berkerut.
            “Nak jemput awak baliklah. Kereta awakkan tak siap baiki lagi?” Iadid senyum lagi. Sempat dia menoleh pandang ke arah gadis di sebelah AR. “Hai... saya Iadid, bodyguard Cik Adnin Rania.” Dengan selamba dia memperkenalkan diri.
            Mulut Adira yang dah sedia terbuka, makin luas ternganga. Bodyguard? Dia pandang muka AR yang dah kelat-kelat masam.
            “Err... tak! Ermmm... sebenarnya dia ni... err...” AR kalut nak menjelaskan. Ish mamat ni, ni dah kali kedua dia mengaku dia bodyguard aku. Tapi okeylah mengaku bodyguard daripada mengaku suami macam hari tu. Kalau tak memang puting beliung bakal melanda satu ofis aku ni.
            “Ad, awak nak pergi mana?” Iadid memintas dengan soalannya.
            “Err... saya nak pergi... pergi jalan-jalan dengan kawan saya ni,” jawab AR tergagap-gagap.
            Iadid toleh jam di tangan. Sudah pukul 6.35 petang. “Tapi Ad, awak kena balik rumah sebelum pukul 7.00 malam. Remember?” Iadid mengingatkan AR tentang hal itu.
            AR mengeluh panjang. Ingatkan bila abah tak ada, dia bolehlah bebas sikit. Rupa-rupanya sama aje! Kenapalah Iadid ingatkan dia pasal curfew tu? Depan Adira pulak tu. Heh, buat malu kaum aje!
            “Tapi...” AR cuba membantah tetapi suara Iadid mematikan kata-katanya.
            “Maaf Ad, tapi ini arahan abah awak. Saya tak boleh biarkan awak langgar peraturan yang dia dah tetapkan,” tegas Iadid. Dia berdiri tegak sambil menyilangkan tangan ke belakang.
            AR mendengus geram. Peraturan! Arahan! Itu ajelah yang mamat ni tahu. Menyusahkan betul. Terkumat-kamit mulut AR membebel itu dan ini.
            Adira yang sedari tadi terlopong menyaksikan adegan depan mata mula tersedar. Lengan AR disenggol. “Kenapa ni? Jadi ke tak nak pergi ni?”
            “Maaf, Cik...” Iadid menyampuk tiba-tiba. Jari telunjuknya dituding ke arah gadis di sebelah AR itu.
            “Adira,” sambut Adira laju. Ada senyuman manis di bibirnya.
            “Cik Adira... maaf ya, tapi Cik Adnin Rania memang kena balik rumah sebelum pukul 7.00 malam. Saya harap awak faham.” Iadid membalas senyuman Adira.
            Adira terkebil-kebil. Macam tak percaya pun ada jugak ni.
            “So Ad...” Iadid membuka pintu kereta sambil tangannya mempersilakan AR masuk ke dalam.
            AR ketap bibir. “Sorry Dira... aku tak dapat pergi. Kira cancellah eh?”
            “Ohh... okey tapi...” Adira masih mahu bertanya tetapi tak sempat bila AR dah cakap ‘bye’, siap melambai lagi sebelum terus masuk ke dalam kereta. Lelaki yang mengaku bodyguard AR tadi pun dah masuk kereta. Sekejap saja, kereta itu sudah dipecut pergi.
            AR diam sepanjang perjalanan. Bukan tak ada Iadid cuba ajak sembang tapi dia malas nak layan. Perasaan geram tadi masih lagi tak hilang. Bukannya dia nak pergi buat benda tak senonoh. Setakat nak pergi beli barang untuk masak. Masak pulak bukan untuk orang lain, untuk ibu sendiri. Itu pun salah ke? Hishhh... geram tahap kuasa giga!
            Iadid yang perasan kebisuan AR itu mula dijentik perasaan gelisah. Hmm... apa nak buat eh? AR merajuk dengan aku ke? Habis tu, takkan nak kena pujuk kut? Aish... tak retilah!
            “Tadi awak nak pergi mana sebenarnya?” Iadid cuba memecah kebekuan suasana dalam kereta itu.
            AR diam. Mata terkebil-kebil pandang luar cermin tingkap. Sikit pun tak heran kat Iadid. Arh, lantaklah. Biar dia cakap sorang-sorang. Proteslah kononnya ni...
            Satu idea tiba-tiba melintas di kepala Iadid. Dengan selamba dia menaikkan volume radio ke tahap yang paling tinggi. AR yang terperanjat terus terjerit. Siap dengan melatah sekali. Terkejut beruk punya pasal, dia tak sedar dia dah terpukul lengan Iadid dengan beg tangannya.
             “Eh Ad, saya tengah drive ni. Janganlah macam ni...” Iadid kalut mengelak pukulan bertalu-talu AR. Nasib baik dia sempat mengawal stereng kereta. Kalau tak, mesti esok keluar kat frontpage surat khabar – ‘Pasangan kekasih maut dalam kemalangan kerana bergurau senda dalam kereta.’
             Erk. Macam melampau aje imaginasi kau tu, Iadid...
            “Huh. Padan muka!” kata AR sambil menjeling tajam. Dia berpeluk tubuh lalu menoleh pandang ke luar cermin tingkap kereta.
            Iadid memperlahankan semula volume radio. Niat asal cuma nak bergurau, tak sangka pulak AR makin naik angin. “Ad, sorrylah, saya gurau aje tadi tu...” Teragak-agak Iadid memohon maaf.
            AR hembus nafas kasar. “Bergurau pun agak-agaklah! Kalau saya ada sakit jantung, dah lama arwah tau?”
            “Dah saya tanya, awak tak nak jawab. Terpaksalah guna cara tu nak buat awak buka mulut...” jawab Iadid selamba.
            “Eiii...” AR masih mahu marah tapi bila melihat senyuman manis Iadid, terus amarahnya lenyap. Dia terdiam di kusyen kereta dengan getaran yang maha hebat di hati.
            “Saya tanya tadi, awak nak ke mana dengan kawan awak tu?” Iadid melembutkan suara. Melihat reaksi AR, dia tersengih dalam hati. Kalau tahu AR mudah cair tengok senyumannya, sumpah dia takkan berhenti senyum depan AR.
            AR menyandar tenang di kerusi. “Nak pergi beli barang. Esok birthday ibu. Saya ingat nak buat surprise untuk dia. Sempatlah sebelum dia balik malam esok,” jawabnya perlahan. Tak payah dipaksa-paksa, laju aje ayat-ayat tu keluar dari mulut.
            “Ohh...” Iadid terangguk-angguk. Isyarat masuk ke kiri diberikan. AR yang pelik terus kerutkan dahi.
            “Awak nak ke mana ni? Rumah saya kan ambik jalan lurus aje?” AR hairan.
            Iadid senyum lagi. “Kita cari masjid untuk solat maghrib dulu. Lepas tu saya teman awak pergi beli barang-barang tu. Okey tak?”
            AR tertelan air liur. Nada suara Iadid yang lembut itu membuatkan jiwanya bergetar satu rasa. Indah sangat!
            “Err... tapi kan... saya ada curfew. Kena balik rumah sebelum pukul 7.00 malam. Remember?” AR sengaja pulangkan paku buah keras. Sekadar satu usaha untuk menghilangkan debaran di dada.
            Iadid sengih. “Mestilah saya remember. Tapi... hari ni kira dimaafkanlah eh?”
            Erk. Boleh pulak macam tu? Haih mamat ni, macam-macam! Berani pulak tu nak bawak aku keluar malam-malam ni. Ni kalau abah tahu, silap-silap dia terus lucutkan jawatan ‘bodyguard’ Iadid.
            Eh, tak boleh macam tu. Mintak-mintaklah abah tak tahu. Fuh! Fuh! AR berdoa dalam hati.


“AWAK nak masak apa?”
            Soalan itu buatkan kepala AR tertoleh 180 darjah ke belakang. “Ermm... ibu suka makan spaghetti goreng. Tapi saya tak berapa nak pandai sangatlah nak masak benda tu.” AR menggumam perlahan. Kalau tahun-tahun lepas, bibik yang masakkan makanan-makanan tu semua. AR cuma handle bahagian buat kek aje. Tapi tahun ni... err...
            “Alaa... senang aje tu. Serahkan semuanya pada saya!” Iadid tepuk dada. Konon macam hebat aje.
            AR mencebik. “Boleh ke awak masak?”
            “Wanna bet?” Iadid kenyit sebelah mata.
            AR tertelan air liur. Pantas kepala ditoleh ke arah rak di sebelah. “Okey, awak masak,” putusnya.
            Iadid tersenyum senang.
            “Barang apa nak kena beli ni?” AR bertanya sambil menoleh sekilas ke arah Iadid yang sudah berjalan di sebelahnya.
            “Yang pertama of courselah spaghetti, kan? Kat rumah awak ada tak bawang, lada, dan semua bahan-bahan asas tu?”
            “Hmm... ada kut,” jawab AR kurang pasti.
            “Kut? Nampak sangat jarang masuk dapur.” Iadid merumus selamba. Sebelum beg tangan AR naik ke lengannya lagi, cepat-cepat dia angkat kaki.
            AR merengus. Heh, dia tak ingat ke aku yang masakkan untuk dia semalam? Ugrhhh... Dipaksa kaki untuk mengikut langkah Iadid ke hulu ke hilir mencari bahan-bahan. Sesudah itu, dia menarik lengan baju Iadid supaya mengikutnya mencari bahan untuk membuat kek. Kek tak payah nak over-over sangat. Kek coklat cincai dah cukup. Itu favourite ibu tau?
            Setelah semua barang-barang discan harganya, AR mengeluarkan dompet dari beg tangannya untuk membuat bayaran. Namun belum sempat dia menghulurkan duit, Iadid sudah terlebih dahulu membayar harga barang-barang yang telah dibeli.
            “Eh, awak... tak payahlah. Biar saya yang bayar...”
            “Tak apa, anggap aje kali ni saya belanja awak.” Selamba Iadid membalas.
            “Eh, tak naklah macam ni. Saya yang nak beli barang ni jadi biarlah saya yang bayar.” AR berdegil. Duit di tangan dihulurkan kepada Iadid sebagai ganti harga barang yang telah dibayar Iadid tadi.
            Iadid menolak tangan AR. “Tak apa, tak payah susah-susah. Biar saya yang bayar. Saya tak kisah pun...”
            “Awak tak kisah tapi saya kisah. Saya...”
            “Tak apa, saya...”
            “Awak janganlah macam ni. Ni barang saya...”
            “Tak apa, biar saya yang bayar...”
            “Iadid Arsyad!”
            “Adnin Rania!”
            AR merengus geram.
            “Err... anak berdua ni dah siap ke? Ramai lagi orang beratur ni nak...” Satu suara menegur.
            AR dan Iadid sama-sama menoleh. Baru tersedar mereka sedang menjadi tontonan umum. Gadis cashier yang berdiri di depan kaunter juga sedang merenung mereka dengan mata terkebil-kebil. AR rasakan wajahnya merah dan berbahang.
            Iadid ambil duit di tangan AR lalu diletakkan ke dalam beg tangan AR. Kemudian barang-barang yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik diangkat satu-persatu. Setelah memberikan senyuman paling manis untuk AR, dia segera berlalu pergi.
            AR terpaku sebentar di situ. Ohh Iadid... senyumanmu benar-benar mencairkan hati ini!


LAGU Sedang Ingin Bercinta yang berkumandang dari corong radio membuatkan badan Iadid bergoyang-goyang menari. Jari-jemarinya pula mengetuk-ngetuk stereng kereta sambil mulutnya menyanyi mengikut alunan lagu itu dengan perlahan. AR yang perasan tingkah Iadid itu menoleh pandang ke sebelah. Tersenyum dia melihat ‘tarian’ Iadid. Tak dapat menahan rasa lucu, gelaknya terlepas juga akhirnya.
            Iadid menoleh. “Kenapa gelak?”
            “Awaklah... kelakar tau tak?” AR gelak lagi.
            Iadid menjongket sebelah kening. “Lagu ni best apa. Cuba awak dengar betul-betul. Saya kalau dengar lagu ni mesti rasa nak berjoget lambak aje...”
            Makin kuat ketawa AR mendengar kata-kata Iadid itu. Tak sangka boleh tahan kelakar jugak mamat ni. “Apa kata kalau awak berzapin? Lagi syok!” balasnya sebelum menyambung tawanya lagi.
            Iadid tersengih. Tangan kirinya menaikkan volume radio. Kepalanya masih bergoyang-goyang mengikut alunan muzik yang semakin lama semakin rancak.

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak?
Berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir?
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala

            AR ketawa lagi mendengar nyanyian Iadid. Tak sedar bila masanya dia pun join sekaki nyanyi lagu tu. Nak-nak bila sampai part ala-ala dangdut tu, lagilah sakan menyanyi sama-sama dalam kereta. Si Iadid tu langsung tak ada rupa orang bawak kereta. AR pulak, selamba aje ikut sama menari dengan Iadid. Nasib baik dalam kereta aje, kalau dalam rumah, maunya satu kawasan perumahan tu mengamuk sebab tak dapat tidur!

Aku sedang ingin bercinta
Karena mungkin ada kamu di sini
Aku ingin...


SAMPAI di rumah, Imanina sudah sedia menanti di depan pintu. Pantas disambut beg-beg plastik yang dihulurkan Iadid. Kemudian beg-beg plastik itu dibawa masuk ke dapur.
            “Thanks, Nina! Akak dah penat sangat ni. Akak naik atas dulu eh?” AR meminta diri untuk naik ke tingkat atas.
            “Tak ada hallah, kak. Lagipun Nina free malam ni. Nak tengok TV kejap lagi.” Imanina tersengih.
            Setelah membalas sengihan Imanina, AR segera menuju ke tingkat atas. Sampai di depan pintu bilik, dia terdengar namanya dipanggil Iadid. Kepalanya tertoleh semula.
            “Terima kasih untuk tadi,” ucap Iadid sambil tersenyum manis.
            Terbuai seketika hati AR melihat senyuman Iadid itu. Mengancam habis!
            “Tadi? Maksud awak?” AR kerut kening. Tak faham maksud Iadid, atau lebih tepat lagi dia takut nak faham!
            “Err...” Iadid garu-garu kepala. Mamat ni nampak aje macho, gentleman konon tapi bila tiba bab-bab hati dan perasaan ni, berpeluh jugak sebenarnya. “Terima kasih sebab... sebab...”
            Sebab apa? Hati AR mendesak. Melihat Iadid yang terus terkial-kial, AR segera bersuara. “Tak apa, saya faham. Saya pun nak ucap terima kasih kat awak sebab dah teman saya pergi beli barang-barang tadi.”
            Fuhh! Nasib baik AR tolong cover line. Eish, buat malu ajelah kau ni Iadid Arsyad oi!
            “Sama-sama. Erm, awak tidurlah. Good night.” Iadid melambai kecil.
            AR membalas dengan senyuman nipis sebelum meluru masuk ke bilik. Di sebalik pintu yang dah tertutup rapat, AR memegang dada yang tiba-tiba berdegup laju. Bibir yang tadinya dilapisi senyuman nipis kini makin melebar. Ohh Iadid Arsyad...


TAK henti-henti AR toleh ke arah jam. Dalam 10 minit, dah 5 kali dia renung jam tu. Berharap jarum jam cepat-cepat berputar supaya dia dapat pulang ke rumah secepatnya. Sejenak, peristiwa pagi tadi kembali terlayar di ruang fikiran.
            “Nanti petang saya jemput awak balik. Tunggu sampai saya datang tau?” Iadid berpesan ketika AR sudah pun menolak pintu kereta.
            AR memusingkan kepala memandang Iadid. “Okey. Tapi jangan lambat tau? Ingat, kita kena masak petang ni. Malam nanti ibu dengan abah sampai.”
            “Ya, saya takkan lupa. Petang nanti kita masak sama-sama k?” Iadid kenyit mata. Perkataan ‘kita’ itu sengaja ditekan dalam-dalam. Eish Iadid, main mata dengan anak dara orang nampak!
            “Oi mak cik!”
            Tepukan di bahu membubarkan lamunan AR. Dia angkat kepala. Adira sedang tersengih ke arahnya.
            “Berangan apa weh? Ingatkan Encik Bodyguard kau yang handsome tu ke?” Adira mengusik sambil ketawa mengekek.
            AR telan liur. Eh minah ni... kalau ya pun janganlah cakap kuat-kuat. Kalau orang lain dengar macam mana?
            “Tak adalah. Memandai aje kau ni...” AR pura-pura sibuk sambung kerja.
            “Dia tu ke yang kau bawak masa pergi MSN hari tu?” Adira masih belum puas mengorek cerita.
            AR kembali mendongak. Nak tak nak, dia tetap kena cerita jugak. Kalau tidak, sampai ke sudah Adira takkan berganjak dari mejanya. “Ya, dia tulah. Bukan bodyguard sangat pun sebenarnya. Kawan abah aku aje...”
            “Handsome kau! Mana abah kau kenal dia tu?” Adira sudah bercekak sebelah pinggang.
            “Err... entah, manalah aku tahu!” dalih AR. Takkan dia nak buka cerita pasal kepulauan yang jadi rebutan Malaysia-Filipina tu pulak? Kang tak pasal-pasal ternganga pulak minah ni.
            “Oit, oit... ni apa sembang-sembang ni? Tak ada kerja dah ke?” Hilman tiba-tiba menyampuk. Sakit pulak hati tetiba bila dengar Adira duk puji-puji bodyguard AR. Heh, dia pasang telinga dari tadi tau?
            Adira mendengus sambil menjeling ke arah Hilman. “Sibuk ar mamat ni! Orang tak kacau dia pun.”
            “Eh, suka hati akulah. Ni bukan ofis bapak kau.”
            “Memanglah, tapi aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan ARlah!”
            “Memanglah cakap dengan AR. Tapi telinga aku ni dengar. Aku tak pekaklah weh.”
            “Yang kau menyibuk pasang telinga tu apahal?”
            AR tekup telinga. Ni kalau biar, maunya meleret sampai ke petang. Dia bingkas bangun menuju ke arah tandas.


IADID berdiri di depan pintu rumah. Ralit dia memerhati AR dan ibunya sedang makan spaghetti yang dimasak sambil bersembang rancak. Imanina pun join sekaki. Saja aje dia nak tengok muka AR puas-puas. Lepas ni entah bila nak jumpa lagi. Lagipun kejap lagi dia dah nak kena balik rumah. Gila nak tidur sini lagi? Mampus kena pancung kepala dengan Encik Hamid nanti.
            “Iadid...”
            Panggilan itu menyentakkan Iadid. Dia menoleh ke sebelah. Tak sedar bila masanya Encik Hamid sudah tercegat kat situ. “Uncle...” Memang di luar waktu pekerjaan, dia lebih senang memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘uncle’.
            “Macam mana dengan Ad sepanjang uncle tak ada ni? Dia ada buat hal?” Encik Hamid bertanya sambil merenung muka Iadid. Daripada cara Iadid merenung AR, dia sudah tahu apa yang tersirat di hati anak muda itu. Dia bukan buta untuk menilai. Lagipun dia dulu pernah muda jugak. Mesti dah pernah rasa apa yang Iadid rasa sekarang ni.
            “Tak ada, uncle. Ad okey... senang nak jaga dia,” jawab Iadid tanpa sedar kata-katanya itu menyampaikan maksud yang tersirat kepada Encik Hamid.
            Encik Hamid angkat kening. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. “Betul dia tak ada buat hal?”
            Iadid mengangguk. “Betul, uncle. Uncle boleh percayakan saya. Semuanya okey. Dijamin!” Iadid mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum bangga.
            Encik Hamid ikut mengangguk. “Memang uncle percayakan kamu. Dan uncle harap, kamu tak rosakkan kepercayaan uncle.” Ditepuk bahu Iadid beberapa kali dengan senyuman penuh makna tersirat di bibir. Kemudian dia berlalu mendapatkan isteri dan anaknya.
            Iadid rasa tak tertelan air liur. Lain macam aje bunyi pesanan Encik Hamid tu. Dia dah tahu ke pasal perasaan aku kat anak dia tu?
            Oh nooo!!!



AR versi Ayumi. Tapi mata dia tak berapa nak besar laa... hik3
~#~#~#~#~#~

Pssstttt... Thank you for reading! Maaf.maaf.maaf untuk semua kekurangan. I know n3 ni agak bosan sikit compare dengan n3 lain kan? Jadi ampunkan saya untuk itu. Sesungguhnya, kami ber4 berusaha sehabis daya untuk memberikan yang terbaik kepada uolls para readers sekalian.

Ada apa2 nak cakap? Sila tinggalkan komen di ruangan komen. Cik Ayumi sekarang tengah dalam mood orientasi. Almaklumlah, budak baru nak masuk U. Jadi lepas habis je orientasi saya akan baca semua komen tu keh! *ceh. bunyi macam banyak je komen tuh. :P

Kata orang, nak pikat anak, kena pikat ayahnya dulu. So Iadid, ada berannnnnn?

>> Kak Yus , sila asah pensil anda. :-)

~bersambung~